11 March 2010

Tolonglah paham... T-T

Rude Awakening : Napelah hari ni cam sengal gila..
Kasut kuh menarik! XD
Keadaan kesihatan aku setakat ni still lagi dalam keadaan tidak memuaskan.Lutut agak sengal hari ni.Mase kelas TITAS petang tadi,duk berdenyut ja kepala lutut ni.Hadoi,ape kes lak si lutut aku ni.. T-T
Tunggu lagi beberapa hari,kalau still tak oke,maknenye something tak kena dengan lutut aku ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam perjalanan balik dari kampus ke hostel pukul 6 petang tadi,aku merenung balik segala mala kejadian pada hari ni kat kampus.Ade perubahan sedikit,sebab akhirnya aku berjaya tak mengantukkan diri aku kat kelas TITAS tadi.Seronok~ ^-^
Tapi still,aku takleh nak lupekan peristiwa hitam pagi tadi di kelas Autocad.Pikir2 balik,nak meraung pun ade,nak gi tampaq orang pun de,nak refresh balik hari ni pun ade.Semua benda la benda aku nak buat,asalkan benda tuh tak patut berlaku.
Peristiwa hitam aku bermula seawal jam 8 pagi..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni kelas yang telah diwar2kan oleh budak kelas bermula jam 9 pagi.Oke bangun lambat sedikit dari biase sebab bas sampai pukul 8.Menjadi kebiasaan,kalau ade test Autocad,pensyarah akan start lambat sikit.Dengan muke yang hepi sebab dapat bangun dengan lambatnye,menuju ke bas dengan perut yang sangat lapar.Tak sempat nak jamah2 ape2 pun pagi tadi.Air kosong je.

Sampai depan bangunan FKP tepat jam 8.25 pagi.Naik ke aras satu menuju ke makmal,sudah menjangkau pukul 8.29 pagi.Usha dari cermin kelas,pensyarah dah mai dah.Eh awal pulak beliau datang.Oke takpe.Masuk dengan muke yang sememeh je,terus duduk kat tempat aku.Mase tuh ramai lagi tak datang.Yelah,kate kelas pukul 9.Yang datang awal dari kami tadi mesti ke kafe pi makan pagi.
Mase tuh pensyarah sangat cool,memulakan kuliah beliau dengan bab baru.Tak teringat minggu lepas beliau dah khabar dah ade kuliah dulu,baru start test.Mase tuh aku rase dah lain macam.Pukul 8.40 sorang2 datang.Sampai nak dekat pukul 9,baru penuh kelas.Aku tengok muka pensyarah mase tuh dah mula berubah.Tapi still cool.

Tapi cool beliau tak lame.Pastuh,tak pasal2 beliau mula bertukar mood.Mane tak moody,student datang lagi lambat dari pensyarah.Memang mase tuh otak aku dah mula sedia untuk kena marah beramai2.

Adoi spoil mood pagi aku nak belajar autocad tanpa sebarang nguapan pun.
Lepas dibebel,sambung kembali dengan kuliah.Lega sebentar.Tapi  leganya hanya sementara je.Beliau sambung lagi.Tapi kali ni bunyinya bukan versi marah,tapi lebih kepada versi perli.
Aku memang jenis tak suke dengaq perlian orang,sebab perli lagi pedih dari kena marah.Aku lagi rela kena sound track dari kena perli memanjang.Sampai la saat bermulanya test,still lagi beliau berleter.Aku sabar ja dengan try memberi sepenuh perhatian kat kertas soalan.Telinga aku biarkan pekak seketika.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Drawing untuk autocad section B test aku dah siapkan.Dah letak dah dalam pendrive untuk hantaq kat pensyarah.Mase tuh beliau duk kira mase.Aku ingat masa yang dikira tuh sekali harung dengan kertas A.Aku pun buatlah kertas A aku bagi siap,yang pendrive tadi diberi kat member lain untuk menyimpan data yang dah buat habis dah tadi.
Tepat jam 12,masa dah tamat.Oke lega walaupun hakikatnya aku tak dapat nak jawab sangat kertas A.Ikut logikatronik aku je menjawab soalan A.Mengharapkan soalan drawing tadi je untuk mendapat markah penuh 15.
Nak dijadikan cerita,disebabkan kami lambat hantar hanyelah selama beberapa minit je,drawing kami tak diterima.Aargh!Segala petir,menudng hitam dah mula nak keliling pale aku.
Aku rase nak bagi tendangan padu je dekat semua pc kat lab mase tuh.Penat2 aku duk tumpu kat lukisan tuh,beliau dengan senang hati tak menerima.
Bukan kami ja,ade gak yang kena reject sebab hantar lambat. Ya Allah,mase tuh aku dah pikir,habislah 15 markah aku hilang sia2 ja.Janganlah disebabkan mood beliau yang tak balance tadi yang membuatkan beliau buat demikian. T-T
Balik dari kelas tadi sampai ke kelas petang kami duk hingaq pasal ni.Punyalah tak puas hati.Aku tak kesah kalau kena denda diri luar kelas ke..Tukar jadual kelas ke ( walaupun beliau dah pun tukarkan jadual ke hari Selasa yang semestinya akan memenatkan),tapi aku tak dapat terima bila melibatkan markah test.Tolonglah paham.Test ni kesannya sangat mendalam buat student seperti aku.Markah nak angkat ke cgpa.Tak sanggup aku tengok markah Autocad tak dapat A sebab ni je harapan aku nak naikkan pointer lepas.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni otak aku duk pikir je pasal 15 markah tuh.Buat hati jadi moody je.Disebabkan satu punca je,banyak kesan negatif yang dapat.
Dan aku sempat lagi buat konklusi sendiri..
Sejauh mane profesionalnya anda dalam sesuatu kerja,anda takkan terlepas dari melakukan perkara yang kadang2 tak patut dibuat bila mood anda mula bercelaru.
Pesanan ni ditujukan kepada semua,termasuk aku.
Haih,panjang pulak aku melalut.Sambung kerja tutorial.
P/S : Cuba bayangkan..Kalaulah student pun ikut mood,habislah.Mau taknye satu kelas tak datang kalau semua datang bad mood.Betul tak?

9 comments:

Nabiel said...

lek ler~
blum final ag~hehehe
next time bt btul2!!
jgn tido lmbt~wawawa

Rara said...

biel...Nak rilek pa...autocad mane de final exam.

Neo_matrixzz said...

alahai...lect tu pun xnk consider lngsung la plak..

Rara said...

neo : tu la..ikut mood dia je.. T-T tengah sedih g nie

hack87 said...

Aku rasa macam nk hempuk je pc tu td... tah la korunk dengar ke tak aku dok hentak mouse ngn keybod td.. masalahnye aku da ciap awal, bukannye xsiap... pc tu yg buat hal... sume mnde aku buat ilang "not responding". sengal pnye pc... tah la... nak kate technician bangap tak jugak sebab blaja tggi2... nk kate bodoh pon xley gak.. malas boley la kot.. pc buruk camtu install autocad 2008 mana nk larat.. sial..

Ismail Noh said...

Lec jenis straight..tiada pertimbangan~

Rara said...

hack : saba weh..kite segeng,jangan risau. T-T

Noh : agak ah...huhu

ParkAir said...

tapi cikgu/lecturer yang paling garang la kita akan ingat sampai bila2.. :)
gaya orang sepak pc tu macam david beckham la.

Rara said...

Parkair : betul tuh tapi tuh ha..markah nak amik katne dah..huhu