Salam semua..
(Terima kasih kepada encik Google)
Yes!Graduate dah semester 2!Akhirnya aku dah berjaya menamatkan riwayat final exam.Dah habis dah semua paper.Keluar saje dari dewan kompleks sukan,terukir satu senyuman.Bukan senyum sebab soalan senang ye.Senyum sebab dah hilang semua bebanan stress stadi selama beberapa hari ni. ^_^ So lepas ni korang nak buat lawak bodoh dengan aku,aku ok je.Tak moody2 dah. Hehe..
-------------------------------
AGENDA UTAMA
Makin hari makin dewasa
Semester dua sudah pun melabuhkan tirainya.Menunggu bulan 7 lak untuk semester tiga tahun dua.Hoh!Pikir2 balik,kejap je masa berlalu.Aku teringat kembali masa aku mula2 kenal apa itu UTeM.Universiti yang aku tak pernah dengar sebelum ni.Dapat je tawaran ke UTeM,menangis.Menangis gembira?Tak.Menangis sebab dapat jauh sangat dari tempat tinggal.Ahaha..Sengal betul masa tu.Teringat kembali masa aku berMHS dulu.Kenal dengan budak rumah aku yang sampai sekarang menjadi teman sehati sebilik serumah.Aku cukup tak suka seminggu orientasi tuh.Sampaikan aku fobia mendengar lagu Nobody-Wondergirls memandangkan lagu tuh telah diset menjadi ringtone alarm masa tuh.Dengar je lagu tuh,komfem dah pukul 4 pagi. -.-' Serius tak cukup rehat seminggu tuh.
Oke tuh dulu.Sekarang sudah setahun aku menjadi siswi UTeM.Ternyata aku bangga menjadi salah seorang warga UTeM.Walaupun aku budak biologi suatu ketika dulu,aku cuba untuk survive dalam dunia engineering.Semester satu aku sangat lambat untuk menerima maklumat2.Dari istilah2 elektrik sehinggalah ke istilah mesin.Final exam memang ngam2 je usaha aku.Nasib baik cukup2 makan untuk aku teruskan ke semester dua bila dapat result semester yang lepas.Oke kesilapan aku tak berusaha lebih.
Semester dua menyusul.Banyak perkara aku belajar.Bukan saje dari segi pembelajaran aku.Tapi dari segi kematangan aku menghadapi bermacam2 dugaan.Dari dugaan duit,perasaan,kawan dan stadi,semua digabungkan sekali.Tapi dari tu la,aku dapat mematangkan pemikiran aku.Subjek2 yang diterima pun makin susah.Dengan bengkel2 projek,ditambah tekanan subjek2 yang agak susah untuk difahami.Bak kata abah,nilah belajar pelajar U.Makin lama makin tinggi level kepayahan subjek.Takpe,aku usaha lagi untuk naikkan pointer.Tapi aku tak pernah rasa aku cukup sedia bila dah final. -.-' Berkat doa dan kata2 semangat dari kawan2 dan family,aku akhirnya berjaya mengharungi exam dengan kuatnya.Ni semua gara2 aku buat kontest kecik kat FB aku. ^_^
Sayang kat korang.. ^_^
(Sila klik untuk tumbesaran imej yang hebat)
Pemenang kontest aku telah dihighlightkan kaler merah jambu itu ^_^
Sangat sempoi.Hehe..
Semester dua jugaklah..aku dapat kenal dengan seseorang yang telah buatkan aku gembira sampai sekarang. ^_^ Perkenalan dari blog,akhirnya kekal persahabatan tuh sampai sekarang.Makin lama makin suka.Makin lama makin... wink~Hehe..Tak perlu tau siapa.Biar aku je yang tau sape gerangan blogger itu ^^ Di kala aku sedih,beliau lah pengubat duka aku.Di kala aku gembira,beliau lah yang menambahkan lagi suasana kegembiraan aku.Di kala aku keseorangan,beliaulah yang menjadi peneman.10 bulan aku hidup tanpa kekasih,tapi aku tak kisah.Selagi ada beliau,aku tak terasa sunyi seperti dulu.
Ah,cukuplah kau nak bersandiwara pulak kat sini ye Ra.
Usia
Makin hari makin tua
Makin hari makin dewasa
Kadangkala dibiarkan nampak muda
Kadangkala dibiarkan begitu saja
Usia
Makin hari makin meninggi
Angka 20 makin menghampiri
Walaupun diri sendiri tak termatang lagi
Aku tak kisah,ade yang tak puas hati?
Ah sudah aku bersajak lagi
Ntah amende yang aku merepek lagi
Sekian saja entri kali ni
Kalau tak best,sila keluar dari sini ^_^
----------------------
Teringin nak beri sesuatu kepada pembaca setia.Oh tunggu saja pembaca setia ke-400,aku akan berikan sesuatu.Ok? ^^
5 comments:
masih panjang perjalanan tu. apa pun tahniah kerana berjaya melepasi satu halangan
mari meronggeng!!!!!!!!!!!!!
semoga berusaha dengan lebih gigih pada sem hadapan
yeay~~... sudah cuti...
Gi la bercuti..jangan tension2 lagi..
Senyum slalu.. (",)
hehe..trimass semua..tak tension lagi..kembali normal.
Post a Comment