15 May 2010

Kawan

Rude Awakening : Terkena lagi..
Salam semua..
Sudah 4 hari aku di kampung.Menghirup udara yang agak lain rasanya berbanding udara di bandar.Bermanja dengan nenek kesayangan,lepak bersama sepupu yang sekepala dengan aku dan paksu yang tak habis2 dengan game beliau.Akhirnya terubat rindu ni.
Kes kaki aku?Ha sudah beransur pulih.Terima kasih nenek sebab tolong urutkan.Terima kasih doktor sebab bagi ubat yang 'sedap' untuk ditelan. -.-'
----------------------------------
AGENDA UTAMA
Nak kawan pun bermasalah ke?
Dicuri dari Google.
Kawan?
Ape tu kawan ek?
Maybe ade yang cakap,kawan tuh boleh dibeli.Bagi je barang,bagi je duit,komfem dapat kawan.
Ade ke camtuh?Mungkin.
Ade yang cakap,kawan tuh tempat nak luahkan masalah.Luahkan je.Kawan sebagai pendengar.
Wujud ke?Mungkin.
Macam2 definisi kawan yang korang leh buat.Kawan istimewa?Kawan sekepala?Kawan sehidup semati?
Bagi aku,kawan tuh susah nak dapat.Kawan la hidup aku,kawan jugalah penyeri hidup aku.
Tapi ade ke yang hargai?Mungkin.
Incik Google bagi ^_^
Kawan istimewa?
Aku sehabis baik ingin biarkan saja.
Bila difikirkan,lagi sunyi aku rasa.
Nak luahkan,takut dia hilang.
Ah diamkan saje,asalkan dia selalu ada,aku gembira.

Aku tertekan.
Tatkala persahabatan yang aku buat,disalah ertikan.
Ade yang berkawan sebab ikhlas.
Ade yang berkawan sebab terpaksa.
Ade yang berkawan sebab cinta.
Ade ke?Mungkin.

Aku tak kisah.
Biarlah aku dibuli macam mane pun.
Biarlah aku dikutuk dari belakang,depan,kiri dan kanan.
Biarlah aku yang mengalah,mengikut,mendengar.
Biarlah aku yang menerima,dihentam,dimarahi.
Janji aku dapat menjaga hati kawan aku.
Walaupun aku tau aku pernah menyakitkan hati kawan aku sendiri.

Masalah demi masalah disebabkan oleh kawan aku dah pernah lalui.
Tapi yang aku tau,semuanya berpunca dari aku.
Takpe,walaupun kadang2 bukan salah aku,tapi biar aku yang menerima semua kesalahan itu.
Aku minta maaf kalau sebabkan aku,kau dan kau bergaduh.
Aku sanggup berundur diri,jika itu jalan penyelesaiannya.

Ah,coretan demi coretan merapu dah aku sampaikan.
Jiwa aku kacau,terpaksa aku luahkan saja di diari maya aku ni.
---------------------------
Biar kawan beribu,nanti kawan takde hidup tak tentu.
Aku sayang korang. =)
P/S : Makin hari makin tunggang terbalik ayat aku -.-

 Setiap manusia mesti ade konflik masing-masing

6 comments:

lilema_ said...

sbr beb..msh lg ke mslh ko tuh? nk wat cmne kan..mnsia berubah. tp xpe, ak ada :D

Rara said...

Aku sabar ni..huhu..Tengah tabah nak hadapi. T_T
Hehe..aku tau kau sentiase ade ngan aku. ^_^ Sayang kau!

Neo_matrixzz said...

kawan sejati sentiasa ada susah dan senang..sentiasa beri pertolongan bila susah..Sama2 ketawa..same2 bersedih.. Sentiasa buat anda tersenyum.. Dia tidak pernah ada iri dalam hati jika kawan nye berjaya..

Jumpe kawan sejati?

Rara said...

sudah jumpe =) kalau sedih,dye sedih bersame.sumenye same2.

akmal hacks said...

oke...siapakah gua di pandangan lu.. hehe.

psst: mggu dpan gua gi lmut..wakaka

Rara said...

akmal : lu an,gua xpasti g ah..hehe..baru kenal an?hehe..yeke bro?roger ah!