28 May 2010

Tudung biasa jela kut yang sesuai

Rude Awakening : Baring sambil guling2.
Salam semua..
Hangat tak terkata.Bak kata Neo,Malaysia is freaking hot you know.Ngahaa. ^_^ Kelmarin aku tengok suhu luar dah mencecah 36 darjah celsius.Nasib baik ade orang invent aircond.Takdela panas meraban dalam bilik.Lepas tiga kali tambah nasi ayam buatan ibu,terus menghempaskan badan aku ke tilam.Guling sane,guling sini.Ah takleh jadi.Bosan teramat.
Rindu pulak aku nak bukak buku ilmiah..Semester tiga,sila bukak cepat.
------------------------
AGENDA UTAMA
Tudung bawal,tudung sarung,selendang?
Tudung.
Ape tu tudung eh?
Lain orang,lain definisi.
Lain orang,lain fungsi.
Tapi satu je yang memang tetap sampai akhirat.
Tudung untuk menutup aurat.

Selama 20 tahun aku hidup,dari sekecil bayi sampai sebesar manusia normal,aku dah tengok macam2 bentuk dan jenis tudung orang duk pakai.Dari besarung camtuh je sampai melilit bagai nak rak.Tapi yang aku pasti,tiga jenis ni memang dah komfem orang duk pakai:
Bawal,Sarung,Selendang
-----------------------
Bawal
Masa zaman sekolah aku dulu,tetiap pagi tak sah kalau tak mengadap cermin selama 15 minit untuk betulkan tudung je.Biasalah dulu kalau tudung sekolah tuh tersalah gosok,mulelah pagi tu nak buat hal.Bak kata orang,tudung degil sangat,susah nak bentuk.Kalau tudung dah buat hal,aku terus tukar tudung lain sampai tudung tu elok berbentuk bulat kat puncak.Time sekolah dulu,tudung sekolah aku wajib ade tiga.Tuh boleh bertukar2.Memang keluar bilik tu,berpeluh gak a sebab betulkan tudung je. ==' 
Sumber dari Google
Aku pernah sekali duk tanya member aku camane tudung dia statik je.Kalau angin kencang camane sekali pun,tudung dia maintain je.Tak terpeleot langsung.
'Ala weh,kau buh je lilin kat tudung.'
'Aaa..Buh satu tudung ke weh?'
'Eh takla!Buh kat tempat yang sepatutnya je la.'
Dulu aku jenis blur2 sikit.Lilin tuh aku ingat kena bagi cair dulu,pastuh kasi letak kat tudung.Nasib baik aku tak try sebab memang dah sah salah teknik melilin tudung.Lilin tuh kena gosok2 je kat tempat yang korang nak lilin.Toksah kasi cair.
Kalau aku,aku jenis simple sikit.Tudung aku paling koman aku selalu pakai mesti putih,hitam.Senang.Masuk dengan semua baju.Sampai ibu aku pun tegur takdak tudung len ka nak pakai.Tapi sekarang tak dah.Macam2 jenis warna tudung aku pakai.Kate dah meningkat dewasa ye dak? ^_^
Sumber dari Google
Eh,tudung sekolah dalam kategori bawal gak kan?Huhu..Abaikan.
Sarung
Sumber dari Google
Aku ingat lagi lepas Ikin isteri Mawi tuh mula memakai tudung jenis bersarung,mulalah orang ramai mengikut.Sampaikan nama tudung sarung tuh dah bertukar nama jadi tudung Ikin.Kalau pi mana2,lagi2 kat shopping complex,mesti ade je kakak2 serta makcik2 yang memakai tudung camni.Bukan tuh je.Kat sekolah2 pun ramai cikgu2 yang dah mula pakai.Termasuk ibu aku sendiri.
'Ibu,best sangat ke pakai tudung Ikin ni sampai ramai sangat yang duk pakai..'
'Tudung ni senang pakai.Nak bentuk pun senang.Takdelah lambat sangat bersiap.'
Memang aku admit,tudung sarung tuh memang senang nak pakai.Kalau nak keluar dengan family,akulah paling lambat bersiap sebab betulkan tudung.Ibu aku dalam jangka masa 5 minit je dah siap dah pakai tudung.
Bukan aku taknak pakai.Aku dah cuba tapi muka aku ni stok bulat.Jadi cam muka doraemon je sekali pandang.Terus taknak pakai.Lagi rela pakai tudung berbelit kasi muka aku nampak kurus sikit. =='
Sumber dari Google
Tabiat orang kita.Kalau sorang dah start set trend fesyen,lagi2 tudung,mula la bagi nama sempena nama orang tuh.Aku nak gak ah buat.Nanti mesti wujud nama tudung Ra.Tapi nak gubah camane lak eh? Nanti ah aku pikir.
Selendang
Selendang ni aku rasa paling popular di kalangan remaja perempuan.Aku tak pernah tengok lagi baya2 mak aku yang pakai.Ade kut tapi mungkin jarang sekali.Selendang ni setau aku mula jadi trend lepas Yuna pakai.Kira Yuna ni yang memperkenalkan selendang lilit.Ke ade lagi sebelum Yuna?Kalau salah,sila tegur ya.
Sumber dari Google
Start aku masuk U,baru aku perasan memang cukup ramai budak U memakai selendang.Member2 aku sebelum ni yang tak pernah pakai selendang,sekarang rajin lak pakai.Kadang2 aku tengok lawa lak diorang ni pakai.Comel,ayu je aku tengok.Kalau pakai selendang,baju ape2 jenis pun boleh masuk.Memang cantik.
Member2 biaselah,mesti nak cucuk2 aku suruh pakai.Pernah sekali tengah syok2 rehat,sambil layan lagu,dak rumah aku,Aisyah datang kat aku.
'Ra,bila nak try pakai selendang ni..'
'Taktau.Ala kalau Ra pakai buruk beno la..Dahla pipi makin gemuk ni.Komfem tak elok.'
'Ala Ra,belum cuba belum tau.Try jela.Meh sini nak pakaikan.Ambik selendang Sya kat bilik tuh.'
'Huhu..Ok2..'
Muka rela tak rela,aku bagi la beliau lilit2 selendang tuh kat kepala aku.Tak lame pastu,aku usya cermin.Cam ok je.Tapi tengok dua tiga kali,cam gemuk lak muka aku.Takpe,kasi snap foto.Bukti aku dah pakai selendang.
Jangan gelak ye. =='
Ha,dan2 lepas tuh aku try pulak pakai selendang pergi hangout ngan member.Tuh memang first dan last kut aku pakai untuk berjalan sebab dah kena tegur dengan pakwe roomate aku,dikatanya aku nampak tembam sangat pakai selendang.
Klik2 kalau tak nampak imej ni~
Huhu..Lepas ni tekad nak kuruskan pipi.
Last2,tudung bawal jugaklah yang menjadi pilihan hati sampai sekarang.
P/S : Teringat masa ex bagi hadiah lepas balik dari Kelantan.Tudung pink.Dan2 lepas tuh minat pink. 

10 comments:

::dAuZsHaNLeY:: said...

haha...
dulu2, member2 ade yg suke tiup2 tudung dorg tu...
muncung kan sket bibir tu dan tiup keatas...
ade tak?

Rara said...

hehe..lupela nak mention kat entri..Ade je..termasuk empunya blog ni.selalu kasi tiup.

Tengku Mann said...

hahaha....comel lak gambar tu...^ ^

aion said...

ra, selendang before yuna famous lagi dah kua. just tak ramai pakai :D

Neo_matrixzz said...

cute ar tgk pakai selendang tu..nampak natural je...
Betul ke tembam..ok je....
jgn ar give up pakai selendang lak..

Rara said...

hokage : ehe..mane de (muke merah gila)

aion : eh yeke?oh da salah.maseh2~! ^_^

Neo : ngehee...T la try pakai lagi ^_^

Zon Artis staff said...

tak kisah tudung apa pun yg penting menutup aurat.. jgn pakai tudung saji plak sudah even tudung saji tu menutup aurat.. buruk perangai org tua-tua cakap. hehee..

Rara said...

ZA , hehe..kalau ade gak pakai tudung saji tuh memang taktau nak kata pa..hehe.

zulfitry.com said...

yang penting tutup aurat ye tak?

tapi kadang2 tu..ada gurl yang pakai selendang nampak telingga..haha macam mana tuh?

Rara said...

Nhidayat,same dengan kuh.Sep2!hehe..
Zul,betul2.oh yang tuh taktau nak kabo pe..sekadar tutup camtuh je kut.huhu.