Rude Awakening : Hari keberapa eh FIFA sekarang?
Salam semua..
Pukul 1.29 pagi.Yee..aku takleh tidur lagi.Skrol page facebook atas bawah melihat status orang.Ternyata kebosanan aku sudah di tahap melampau walaupun detik masa untuk tidur sudah tiba.
Biar aku merepek sedikit malam ni boleh?
Hari ni aku taknak adekan agenda utama maupun agenda pertama atau kedua.Hari ni aku nak buat entri sepah2 merabai dengan kata2 aku yang kadangkala tak masuk dek akal.
Pejam celik,pejam celik..
Usia aku sekarang dah nak cecah 20.
20..Angka dua dengan kosong.
Apa ade pada usia kalau fikiran kadangkala tak berapa matang?
Apa ade pada usia kalau segala perbuatan kadangkala macam budak tak cukup umur?
Otak merewang berfikir ke sana ke mari.Mencari jawapan yang kadang2 aku pun tak pasti.
20..Dah 20 tahun aku hidup di atas Bumi yang nyata ciptaan Allah yang maha Esa.
20 tahun aku rasakan,aku hidup kadangkala gembira kadangkala tertekan.
20 tahun aku rasakan,aku hidup tak berapa nak menentu dengan masalah yang menggedik-gedik nak datang.
Kadang2 aku rasa hidup aku ni kadang2 takde arah tuju.Utara,selatan,timur,barat semua aku harung.
20 tahun dah.Kadang2 aku tak perasan usia aku makin hari makin nak tua.
Muka je muda tapi fikiran makin tua.
Jumpa kawan sekelas,sekolah,setadika,sejiran.Semua tanyekan benda yang sama.
'Kau kat mane sekarang eh?'
'Stadi kau camane eh?'
'Kau single ke double weh?'
Tiga soalan wajib nak didengar.Semua jawapan berubah2 mengikut peredaran usia aku dan mereka.Reunion demi reunion.
Dia dan dia sudah berjaya.
Masuk universiti sana sini.Ke luar negara,bukan di Malaysia.
Aku pun sama macam mereka.Tapi otak aku dan mereka jauh berbeza.
Bukan soal pandai atau bodoh bak kata orang.
Tapi soal rajin dan malas menjadi persoalan.
Umur macam ni..Semua benda aku nak teringat.
Dari zaman tadika sampai ke matrik aku nak selongkar
Bermula di saat aku pertama kali membuka mata.Jalan pun tak berapa nak betul.
Saat aku terjatuh depan ustazah dalam pejabat sekolah.
Saat aku dipulaukan oleh kawan aku sendiri.
Saat aku pertama kali mengenal erti cinta.
Saat aku pertama kali dikecewakan cinta.
Saat aku gembira menerima keputusan yang best dibaca.
Saat aku meraung menerima keputusan yang hampeh dibaca.
Entah dari mana daya ingatan aku mendapat kekuatan.Formula statistik dan mesin tak pulak aku teringat.
Otak ni kadang2 manja.Ikutkan saje.
Kadang2 aku menyesal bila teringat peristiwa lampau yang tak boleh terima,tak patut dibuat,tak patut disimpan.
Tapi sesalan bagai nak rak pun tak guna.
Hanya satu yang aku pasti..
Teruskan perjuangan wahai diri.
Aku tetap disini.Mencari cinta yang hakiki.
Mencari kejayaan yang pasti.
Mencari kebahagiaan dalam diri.
Ha sudah selesai upacara mengarut tahap cipan.
Doakan aku.Aminkan aku.Agar hidup dalam jangka 20 tahun ini ditambah lagi angka usiaku.
P/S : Kan dah terbuat satu entri sengal ^_^' Maaf kali ni takde gambar. ^_^
4 comments:
amin....
Life is hard when u take it seriously..
Cheer it UP!!!!!
mmg sengal....tapi ok lagi drpd entri yg saya wat...=_='
rastamat : tenkiu2..hehe..
afiff dan mann : maseh ^_^
Post a Comment