Rude Awakening : Cawan Dunia ^_^
Salam semua..
Memandangkan aku bukan peminat bola yang sejati,so aku tak berapa excited nak menyambut kedatangan Fifa World Cup yang dah pun berlangsung.Yang aku duk tau komfem malam ni kedai mamak duk penuh dengan para jejaka tampan maupun tak,menjerit2 tengok bola sambil duk hirup ayaq teh tarik.Sebelum tuh,aku nak selit sikit lagu tema FIFA tahun ni.Lagu waka2 eh2..Suka lak aku dengo lagu tuh.
-----------------------------
Sekarang ni aku kat kampung tapi kali ni balik ngan family.
'Ra,kau sakit lutut lagi ke duk balik kampung lagi ni?'
'Sengal gile soalan ang kan ? ^_^ Cibai mulut ang kang.'
Sebabkan adik aku tak berjalan lagi,parents aku decide nak balik kampung gak walaupun aku baru je balik hari tuh.Sampai2 je,sawah dah nampak hijau2 sikit.Bagus,ade peningkatan.
Agak2 petang sikit tuh,paksu ajak pi usya wayang.Tapi last minit tak jadi disebabkan penuh lak seat hari ni,so kasi lepak kat Pizza Hut je,pekena pizza.Bertambah lagi la berat aku pasni. =='
Tengah dalam perjalanan nak ke pizza hut tuh,lalu kawasan Tesco.Sat2 tuh la aku duk tergelak ngan sepupu aku.Sebab tempat tuh menyelamatkan aku dari kena sembelit yang terlampau.
---------------------------
AGENDA UTAMA
Tesco penyelamat ku
Pandang je Tesco tu,duk teringat peristiwa di pagi raya haji tahun lepas.Seperti biase,family akan tetap balik ke kampung untuk menyambut bersama.Tambah2 lagi bila semua sedara mara pakat balik nak beraya.Memang best la raya waktu tu sebab bukan senang nak berkumpul beramai2 camni.Kalau balik raya sebelum2 ni,ade je yang takde.Kira memang tak cukup kuota la.Kadang2 family mak ngah aku tak balik,kadang2 family aku tak dapat nak balik sebab beraya kat Sarawak.Kira duk pusing2 camtu je la.
Tapi bukan ni aku nak cita.
Pagi raya haji tuh,lepas balik dari solat raya,macam biasela hidangan raya yang memang tetiap raya akan ade mesti dah tersedia kat atas meja.Aku ni jenis takleh tengok lontong yang nenek aku masak.Memang kalau tak tambah 4-5 mangkuk memang tak sah.Satu mangkuk tuh cukup la dalam 5 ketul nasi himpit aku harung.Sebab tu la aku tembam camni.
Sumber Google
Ni la lontong.Tapi nenek aku buat lagi sedap ni.
Nak dipendekkan cerita,pagi tuh gak la takde air.Biasela raya2 camni memang ada je terputus bekalan air.Time tak raya,ade lak air.Air pun nak beraya gak kut.
Lepas makan tuh,lepak2 dulu depan tv ngan sepupu.Yang ade kamera tuh,duk posing2.Pastuh letak kat FB.Kan2?Jangan nak kelentong tak penah buat. ^_^
Tengah duk melayan cerita raya kat tv,mula la perut ni dah buat hal.Seperti yang tersedia maklum,kalau dah terlampau banyak makan dengan makanan semalam tak tercerna lagi,komfem ade bahan2 makanan yang takleh nak hadam nak keluar dari badan.
Ah,time2 camnila kau nak sakit perut..
Bila air masa tuh duk kering,memang sengal la kalau time tuh lak sakit perut.Nak buat bisnes pun tak selesa. =='
Tak cukup sakit perut tuh,tetiba sepupu aku ajak pi rumah member dia nak beraya.So tak pikir pape,aku pun join la dengan lagi 3 orang sepupu aku.Dengan keta kancil,kami pun pi la rumah si member ni.Pepaham jela bila beraya rumah orang,mesti de makanan.Aku takleh kalau makanan sedap2 duk terjamu lagi2 bila si member ni duk jamu nasi himpit ngan kuah,dengan sambal yang sedap gila..Komfem makan dalam sepinggan.Kalau tak malu tuh,memang rembat lagi sepinggan.Dah tak ingat dah perut merana sakit2 nak pi tandas.
Dalam setengah jam pastu,sepupu pun duk mintak diri nak balik.Dalam keta,memang kembung gila dah perut.Sepupu yang lain pun duk rungut perut sakit nak buang.
Tengah duk rungut2 tu,tetiba lalu sebelah Tesco.Dan2 time tuh la idea yang sangat brilliant jengah dalam otak aku.
‘Ape kate kita g melabur kat tandas Tesco.Komfem2 ade air kan ?’
Bila dah tak tertahan sakit,semua pakat setuju.Sepupu aku yang duk drive ni masuk la lorong ke Tesco,cari parking.
Dengan aku yang berbaju kebarung hijau ngan kasut tinggi,masuklah Tesco tuh.Niat bukan nak membeli,tapi melabur sakan kat tandas.
Masuk2 je tandas,bertambah2 lagi sengal bila satu tandas je dapat guna.Lagi satu tuh duk terkunci je dari tadi.Dalam berlima tuh,kami pun duk ikut giliran masuk tandas.Sambil tunggu giliran tu,macam biase,posing depan kamera,depan cermin.Orang duk masuk pandang pelik je.Peduli hape,dah duk pakai lawa2,snap je la satu dua.
Aku la yang last.Keluar2 tandas buat muka lega.Yela,duk tahan dari pagi tadi.Dengan muka innocent control ayu,kami pun keluar la Tesco tanpa sebarang plastic Tesco pun nak bawak.Ala bukan datang nak bershopping,datang nak melabur je.Dalam keta duk gelak je bila pikir balik.
‘Nasib baik ade ayaq,kalau tak..taktau la sampai bila nak tahan.’
‘Tapi kan ,duk pelik gak ni.Tandas sebelah kita tuh duk berkunci macam ada orang.Sampai turn kita semua habis pun still tak keluaq2 lagi.’
‘Ntah2 orang dalam tuh mati kut.’
Terdiam di saat mendengar jawapan dari sepupu aku yang muda dari aku.
Biarlah jadi misteri.
P/s : Lepas ni kalau tadak air,serbu JJ lak!
4 comments:
ya, ni la rakyat malaysia yg kita nak. guna semua perkhidmatan yg ada.. ahaha
aku selalu singgah petronas je, shell ke, atau adik beradik dengan stesen minyak.. ahakz
Ahaha..nak g stesen minyak sangat jauh dari lokasi.Paling dekat itu tesco ja.huhu
bagus2..guna kan kelengkapan yang disediakan..
^_^ heee..
Post a Comment