23 August 2015

After 22 November 2014

It has been a long time aku tak post anything on own blog.
Dah bersarang dengan post lama.
Let me restart all over again.

Hai. Saya Rara. 25. Dan ya, saya bukan single. =p

After 22nd November 2014, things already changed.
I am someone's wife.
I am not in a group of S or M size. Super huge than before. T_T
And I still love my food.
*Twink

It's a bit odd at first to find out that you need to change your habits.
Cooking? Yes. Day by day I will always referred to any types of 'Google' recipes.
Sebab by follow all the steps given, then my cooking will be an A plus.
Sort of.

And yes, as we already married before bulan Puasa started,
I need to get up earlier than 6.
We got no problem at picking which hometown to go to for Raya.
And luckily, we ended up Raya at both hometowns. Lovely.

So now it's already 9 months of marriage.
Setiap hari bangun pagi, you will have that sense of 'Tak sangka dah jadi isteri orang'
Sebab before getting married, aku selalu check the calendar.

So now I am a happy woman.
Love you dear husband.
Always will.


17 October 2014

..Please be strong

Allah tahu had limit hambaNya. Allah tahu kita boleh terima dugaan dan hadapinya.
Allah itu Maha Mengetahui.

17 Oktober 2014.
Sesudah Maghrib sampai ke saat ini, aku masih termenung jauh. Jauh dari sasaran realiti hidup.
Aku cuba bayangkan hidup aku. Tak perlulah nak merenung dua tiga tahun ke depan. 
Cukuplah sekadar dua bulan ke depan.
Dalam rasa seronok bercampur aduk dengan perasaan risau, aku takut.

Kehidupan aku seringkali diulik dengan perasaan 'Aku boleh hadap semua ni. Aku dah besar. Aku paham keadaan sekeliling, keadaan diri sendiri. Aku boleh survive'

Tapi yang pasti, Allah dah elok atur perjalanan hidup kita. Dari mula aku masih kecil, sampai dah besar panjang. 24 tahun aku hidup, aku banyak merancang. Aku banyak membayangkan situasi ke depan. Tapi Allah lebih tahu.

Banyak cabaran aku dah hadap. 
Nampak aku selalu tersenyum.
Nampak aku serba senang dengan hidup. Nampak aku selalu gelak ketawa.
Jujur aku kata, aku banyak berlakon. Biar orang tak tahu.

Tapi bukan semua tahu di balik tembok yang aku dah bina bertahun-tahun sejak sekolah lagi.
Balik rumah, duduk dalam bilik aku banyak termenung.
Aku banyak menyendiri. 

Tapi Allah tahu aku masih kuat menerima. Allah uji dan uji.
Alhamdulillah.

Syaheera my dear,
please be strong for your own good.





23 April 2014

Hey dah...

Dah 6 bulan kerja.
Wow lagi. Sebab masih tak percaya. Dulu sibuk nak kerja. Now dah kerja, sibuk nak rehat. Erk. ==

Hey dah 10 bulan aku tinggalkan bumi Melaka.
Wow lagi. Sebab sekali lagi aku tak percaya. Dulu sibuk nak lari dari Melaka. Now dah duduk Bangi, sibuk nak pergi Melaka.

Dah 6 bulan ni duk Bangi.
Wow lagi. Sebab masih tak percaya lagi aku bermastautin di negeri orang. Dulu sibuk nak cari kerja kat negeri sendiri. Now hamik kau, jauh lagi dengan family.

Dah 6 bulan aku duduk sini.
Wow lagi. Sebab masih tak percaya lagi yang aku makin dekat dengan yang tersayang. Dulu sibuk mengadu lepas belajar susah gila nak jumpa. Now setengah jam je jarak perjalanan kalau nak jumpa. Senangnya.

By next week dah sebulan aku tukar status.
Wow lagi. Sebab masih tak percaya aku dah berstatus fiancee orang. Dulu sibuk pikir lama lagi ni, setahun dua kerja baru nak pikir. Now dah nak sebulan dah cincin tu tersarung kat jari. Happy =)


Doakan aku sehingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat.
Doakan aku berjaya dalam hidup.
Doakan aku moga cekal dalam cabaran hidup.
Doakan aku untuk berjaya macam orang lain yang dah berjaya.

Aku doakan untuk kalian semua perkara yang sama =)

Nampak tak hidup makin lama makin ceria, penuh warna-warni. Alhamdulillah~

15 February 2014

2014

Saturday...
And I just sitting here in my small room, pikir apa nak taip dalam blog ni.
It's been a while aku tak update. Zaman berblogging hilang macam tu je masa tahun akhir zaman belajar dulu.
Skill menaip pun sudah hilang. Funny how life turns out to be.

Hari ni aku spending most of my time dalam bilik, layan cerita Big Bang Theory sampai lebih 20 episode. Dari pagi sampai sebelum Maghrib tadi.
Sangat takde life aku ni.
Rumah sunyi. Padahal ada orang. Tapi macam takde.

2014. Yeah, dah lepas dah 2013. Azam takde pun. Just go with the flow and improvise. Tu je.
Speaking of 2014, zaman bekerja aku masih dalam keadaan baik. Takde yang tak elok lagi happened. Alhamdulillah for that.
And now I realise, zaman bekerja memang sangat lain than zaman belajar dulu.
Hari-hari weekdays aku dah boleh hafal dah.
7.30 siap pergi kerja. Sampai tempat kerja, clock in before 8 pagi. Kalau dengar bunyi SOP, aku boleh agak dah pukul 7.50. Rutin.
Kerja until 5.30 petang. Then head back home. Pukul 9 malam dah landing atas katil, skroll2 phone sampai 11. And tido. Continues sampai habis weekdays.
Macam life cycle.

And now I know.. why everyone after dah habis belajar will say, 'Zaman belajar lagi seronok. Please do enjoy your student life'

Yeah.. Please enjoy them. Eventhough assignment menggunung, projek bertambah. Chill. Once in a life time.
Unless kau sambung Master.

Nak sambung ke? Naaah~..
Kumpul duit2.
Mohahaha!

10 October 2013

.. A strength to live

Being the eldest is pretty hard actually.
Parents give high expectations. Your siblings will tend to make you as their mentor to succeed.
And diri aku masih lagi tertanya, am I fulfilling their expectations and needs?
Or just being nobody?

Umur dah cecah 23. Hebat tak hebat laju je putaran dunia.
Allah masih lagi panjangkan umur. Alhamdulillah.
Tapi makin naik usia, banyak benda dah kena start pikir.
Mulalah start memikirkan hal dunia kerjaya sendiri.
Hal perancangan mengumpul duit, untuk perkahwinan sendiri dan juga aset harta.
Berpusing-pusing benda ni saja dari start aku dah dapat surat tawaran bekerja.

'Aku dah besar. Dah kena berdikari dah ni,' bisik hati sendiri.
Tapi how am I suppose to convince everyone yang aku sebenarnya dalam persediaan.
Persediaan untuk hidup sendiri dengan penuh yakin.
Muka ni nampak childish sangat ke sampai orang pun dah tak nampak aku ni boleh bawak diri ke tak.
Kadang-kadang aku sendiri pun letih nak yakinkan orang.
No. Bukan nak meninggi diri sebab dah boleh hidup sendiri.

And yet, belum lagi aku nak start hidup baru, ada yang nak jatuhkan semangat.
Ye, perlu untuk aku tau macam mana realiti hidup dekat luar. 
Mungkin aku masih stuck dalam dunia belajar.
Dunia yang tak perlu pikir pape. Just study and succeed. 4 flat perhaps.
Ye, perlu untuk mereka-mereka ini yang sudah bertahun-tahun hidup bekerja berkongsi.
Berkongsi macamana susahnya untuk survive dalam dunia industri. Macamane nak ngam dengan dunia tu.
Tapi tolong. Aku perlukan sokongan. Bukan ketakutan yang belum tentu akan jadi.
Bukan aku taknak percaya. Mungkin boleh berlaku. 
Tapi aku belum mula lagi. Aku nakkan semangat padu.
Baru aku bersemangat nak mula hidup yang baru. 

It feels a total burden. Sebab aku jenis berfikir terlampau jauh.
Bimbang pada benda yang tak sepatutnya.
Imaginasi melampau dengan negativiti.
So please. I just need some strength. 
A strength to live.






03 October 2013

Welcome onboard

Dah sebulan aku tinggalkan UTEM. Yakni aku sudah selesai bergelar sebagai seorang student yang berkaliber dan juga rajin berusaha *pui!

Dan bermulalah kehidupan yang menjadi semakin pasif disebabkan tiada lagi subjek yang akan diambil lagi.

Ikutkan aku dah empat bulan menganggur. Yelah habis exam pun 18 Jun tak silap.Sekarang ni pun dah masuk Oktober.
Tapi disebabkan amanat yang diberi oleh beloved supervisor aku untuk settlekan projek beliau, aku tak merasa sangat hidup menganggur. Sebab dalam jangka masa selepas habisnya exam, aku sambung jadi SRA untuk dua bulan.

Tapi kerja projek tu still tak settle. Maaf tuan supervisor. Saya tak mampu nak siapkan semua. Hii.. =p

Dalam masa dua bulan jadi SRA tu, aku banyak membuang masa sambil mencari orang untuk projek survey tu. Sambil tu proceed buat paper untuk publish.
Memang aku admit, aku tak suka kerja tu. Sebab aku tak suka bercakap dengan orang.
Tapi sebab dah elaun pun dapat, aku gahkan jugak. Tu pun slow progress. Janji hati mau ikhlas buat kerja.

Atas sebab elaun yang ikutkan cukup tapi tak cukup nak sara diri kat Melaka serta panggilan dari rumah mohon pulang semula, aku decide nak undurkan diri. Lagipun contract dengan supervisor pun sampai bulan Oktober. Kira ngam dah la masa tu nak blah.

Time nak balik semula ke Perak untuk jangka masa yang lama tu sangat mengusik jiwa raga aku.
Selalu kalau balik Perak pun sebulan, lepas tu balik Melaka. Yela cuti semester.
Dah tak rasa nak lepak dengan member. Dah rasa macam susah nak jumpa buah hati. Eh?
Benda-benda tu yang selalu main-main dalam minda aku.

Tapi at the same time, aku rindu dekat rumah. Sebab masa tu tiga bulan lebih aku dah tak balik.
So dengan berat campur senang hati aku balik Perak bertarikh 6 September 2013.

Dan start tarikh tu mulalah aku sebagai seorang penganggur.
Aku admit memang tersangatlah lemau bila jadi penganggur tanpa kerja. Awal-awal masa balik, ok lagi. Seronok sangat dapat rehat. Rasa jiwa rileks, tenang je.
Tapi bila dah start masuk bulan baru, aku dah gelabah. Stress pun ada. Sebab kerja tak sangkut.

Ikutkan progress dari budak kelas aku sendiri, mostly dah bekerja masa tu. Ada yang dah dua bulan start keje. Ada yang 4-5 interbiu sekali dapat. Hanya tunggu panggilan kata 'Anda dah berjaya dapat kerja tu'.
Ada yang dah seronok sampai bertwit dan update status di mukabuku mengatakan

'Bertukar status'
'Alhamdulillah..'
'Akhirnya bermulalah kehidupan baru'

Dan pada masa tu jiwa aku sangat down. Bukan cemburu (adalah sikit) tapi jadi tak senang duduk. Masa tu banyak tempat aku dah hantar. Banyak resume aku submit.
Sampai satu tahap tu aku pikir,' tak laku ke resume aku? Tak layak ke aku nak bekerja?'
Sampai satu tahap tu juga aku dah mula pikir decision aku untuk bekerja instead of sambung master itu kesalahan paling besar dalam hidup aku.

Kusut masa tu. Sebab kalau boleh aku nak kurangkan beban family.
Tu je matlamat aku.
At the same time, aku memang taknak sambung pun belajar. PSM pun stress gila. Master? =='

Tapi dalam masa aku kusut, stress semua, member2 bagi semangat. Supervisor aku pun sama. Buah hati lagilah. Tapi aku dengan dia pun dedua sama je. Stress sebab tak dapat mana2 interbiu.
So dedua la bagi semangat sesama sendiri. Memang fair.

Tapi aku tau.. Allah dah rancang perjalanan hidup kita. Allah dah rancang rezeki kita di mana.
Kita je yang kena usaha.

Aku decide nak hantar dekat satu company ni. Ikutkan itu dah last option. Aku bagi buah hati hantar dulu resume dekat tempat tu, tapi masa tu aku tak hantar. Aku rasa macam takde peluang nak dapat.
Lepas kena pujuk rayu buah hati, baru aku decide nak hantar.
Aku ingat lagi, masa tu aku pandang je email tu. Aku takut nak hantar. Sebab jauh dari tempat tinggal.
Takut parents tak approve.
Tapi entah rasa terpanggil nak hantar, aku gahkan jugak hantar.

And unexpectedly, company yang aku ragu-ragu nak hantar tu la yang panggil aku dulu. Menangis gembira masa tu.
Sebab tula first time aku dapat merasa perasaan dapat interbiu kerja. Parents pun ok kan je. Diorang suruh pergi dulu try, jauh tu belakang cerita.

First interbiu start masa tarikh 25 September. Datang pun 3 candidate termasuk aku.
Nervous yang amat sangat sebab aku tahu masa tu kena confident kena high gila babeng, speaking pun kena teratur. Dan itulah weaknesses aku paling besar sekali aku kena harung masa tu. Masa tu sangat sacrificekan diri and abah sebab pergi balik hari. Memang letih badan sangat masa tu.

But its worth a shot. I've made it to the second round. Alhamdulillah.

Aku pergi ke second interbiu. Masa tu four days after the HR called untuk datang semula for the next round.
Masa sampai tu aku dah nampak ada sorang panel foreigner, manager tak silap. (lupa) and another two panel yang pernah interbiu aku masa the first one, head department as well as the team leader.
Bertambah lagi rasa nervous and takut disebabkan masa tu aku sorang je. Confidence level masa tu pun memang kena tinggi nak kasi impress every panel, especially the boss.

And the unexpected again happened. Lepas sejam aku habis dinterbiu, HR called.
'Syaheera, you've made it. You got the job. Congratulations!'

And that was the happiest moment in my life. Aku tak percaya, aku dah berjaya harung and dah dapat kerja.
No more menganggur at home.
No more.
And the most important is, aku dah boleh tolong my family.

Starting this 16th Oct, aku bertukar status. From a degree student to an employee.
Dan apa aku nak cakap disini ialah whatever everything you do, jangan give up dan jangan mengeluh.
Rezeki kita Allah tentukan. He knows what's the best for us. Cuma Dia nak kita usaha sampai kita berjaya. And tawakal padaNya. That's for sure.

For those yang masih mencari, masih dalam keadaan seperti aku yang dulu, keep on berusaha and berdoa.
Good luck.

Pray for the best.

Welcome on board to new world, Rara. :)





20 February 2013

Numb

Sometimes you just can't believe that you already a grown up.

Makin tua. Makin berisi. Makin malas.
Makin. Makin. Makin.
23 tahun dah dicecah.
Dan masa depan saya masih kabur macam 5 tahun lepas.

23 already and I cant even think what would I be 5 years from now.
Tak perlu tunggu 5 tahun, after graduate nanti cukup.
For the first time in my life, I'll be survive.
Dengan duit sendiri. Dengan pendirian sendiri. Dengan matlamat sendiri.

Wow to yourself..
Kau dah jauh merentas kehidupan sendiri.
23 tahun dah.
Mana kau nak pergi.
Mana hala tuju kau sendiri.
Mana kemahuan kau selama ni.

Where is your future?
Ask yourself.


21 January 2013

Future?

Can't even remember the last time I wrote my own blog.
Been busy lately. Well yeah. Sort of.

Cuti semester again. And only one semester left to go.
Dan saya masih lagi dalam kebuntuan; untuk menjadi seorang yang bekerjaya after degree, or just simply sambung for another level.

Saya tak confident to make any decision. Even untuk my own future. =.=
Hopefully this time, saya akan buat decision yang betul.

... Oh well that's it.
Lack of ideas again.
Ahhh bestnya jadi blogger macam dedolu. T_T

p.s : Rojak bahasa =p

06 October 2012

6 minggu dah. Semester tujuh dah.

Dah nak masuk 6 minggu semester pertama tahun keempat.
Tahun terakhir sebelum menjejaki alam kerja.
Sambung master? Insyaallah kalau masih lagi boleh membawa diri sendiri, yakni berdikari dengan sendiri.

6 minggu dah.
Kerja makin bertimbun. Assignment menunggu, kerja projek dah jadi haru biru.
Semua nak siap. PSM jangan cerita, tetiap minggu kena jumpa.
Entahlah survive ke tak la semester ni.

6 minggu dah.
Input belajar ada, tapi kemalasan itu tetap ada.
Nak bukak buku rasa malas, ni kan pulak nak revise.
Memang tak la.

6 minggu dah ni.
Semester ketujuh dah ni.
Tapi perangai macam student baru masuk belajar.

6 minggu dah.
Tinggal lagi 8 minggu je lagi kau nak harung.
8 minggu nak siapkan semua kerja.
Boleh?

Semester tujuh dah ni.
Entah diri ni masih lagi buntu dengan masa depan sendiri atau tak.

02 September 2012

Family baru saya ^^

The best part bila masuk ke tempat baru bila kau dapat..
Berkenalan dengan orang baru.
Berkenalan dengan persekitaran baru.
Berkenalan dengan alatan baru.
Semua baru.

Pengalaman sepuluh minggu bagi aku dah cukup bermakna
Sebab bagi aku, pengalaman baru bukan selalu nak dapat
Mengeluh, mengeliat tu dah normal
Tapi lama-lama jadi seronok

Kerana praktikal, aku dah punyai keluarga baru
Keluarga DVI, keluarga kelima besar
Terima kasih untuk tunjuk ajar
Layan kerenah bertiga
Maaf kalau ada terkasar bahasa
Insyaallah jumpa lagi di lain masa






Jangan lupakan saya yang kecil lagi inesen ni ^_^v

07 July 2012

8 minggu lagi...

Praktikal dah start. Position untuk praktikal tak sehebat mana.
Bukan duduk ofis, goyang kaki.
Bukan jadi engineer-wannabe nak digahkan sana sini.
Operator semata-mata tapi banyak buat jasa.

Belajar dua minggu pertama, solder saja.
Solder solder solder. Tu jela dihadap.
Baru praktikal, kalau kerja tetap?
Mau lali menghadap benda sama tetiap hari sampai berhenti.

Baru aku rasa macamana susahnya jadi pekerja di bawah.
Duduk 9 jam bertubi-tubi nak siapkan banyak PCB.
Apa orang selalu kata?
Orang bawah takkan merasa apa yang orang atasan rasa.
Lagikan pula orang atasan nak merasa apa yang orang di bawah rasa.
Tapi aku tahu. Normal semua tu.

Takde operator, takde barangnya.
Takde operator, bankrap la organisasinya.
Itu je dia konklusi dia.
Mohon jangan dipandang minah kilang, mat kilang semata-mata.
Takde diorang semua, barang kita guna sekarang pun takde.

p.s : 8 minggu lagi nak harung, kuatkan semangat walaupun penat.

24 June 2012

Day one: Cuti

...
Lagi dua sem nak jadi student sepenuh masa.
Lepas ni taktau gaya hala hidup macam mana.
Entah dapat kerja ke tak, semuanya usaha.

Membayangkan Isnin ni dah mula nak praktikal..
Rasa malas je sebab rasa letih disebabkan perahan otak yang melimpah ruah ke arah final tak habis lagi.
Membayangkan nak mengadap muka baru di company.
Entah macam mana la gaya aku yang baru nak masuk nanti.

So, mari mulakan hari dengan fikiran positif untuk Isnin ini.
Walaupun aku tahu cuti sem dah mula lagi.
Tapi rasa macam tak cuti langsung. T_T
p.s : Thank you Zicky for accompany me from Malacca to KL =)


11 February 2012

Suatu tengahari Sabtu..

Jam 10.30 pagi.
Baru lepas servis kereta. Balik dengan perasaan mengantuk disebabkan selalunya lepas jam 9 pagi, mesti aku akan topup balik tidur. 
Bukan topup,tapi dah terbiasa tidur lepas jam itu.
Hati dah gembira dah bila sampai rumah. 
Niat nak tidur dah disimpan dah. Tinggal nak buat je.
Tapi sekali terbantut. Abah dah pesan awal dah,ada kenduri kahwin.

Mendengar perkataan kenduri aku dah lemau. Mau nak mencari baju kurung dalam almari yang dah semacam tongkang pecah tu satu hal.
Ikutkan hati nak pakai je baju biasa ke kenduri. 
Tapi disebabkan nak menjaga penampilan perempuan,dipaksakan jugak.

Perempuan.
Kalau tak bergaya tak sah. Muka mesti tebal dengan mekap. Baju mesti cantik digosok. Kasut kalau boleh nak setinggi 1 inci paling kurang.
Orang laki apa tahu. Baju kemeja siap, songkok tersisip elok atas kepala.
Senang. 

Jam 12.30 tengahari.
 Kereta parking cantik je bersebelahan dengan dewan IKM yang tersergam biasa dari pandangan mata aku. Perasaan dah gembira dah sebab makan free. Langkah demi langkah menuju ke dewan dengan gaya konfiden-muka-inesen.
Macam biasa,akan ada tuan rumah di ruang legar untuk menyambut tetamu.
'Muka tuan rumah cam tak berapa kenal,saudara gamaknye', hati berbisik.

----------------

Nasi dah penuh dalam pinggan. Lauk yang dibagi seciput je. Aku senyum je melihat.
Dasar jimat betul.
Mata meliar cari seat yang boleh tengok pelamin. Sebelah makcik tu kosong.
Walaupun memang dah jelas terpampang dah takde orang melainkan makcik dan suaminya, aku tanya dengan senyuman biasa. 
'Makcik,takde orang ke?'
Sambil makan,makcik tu mengangguk tersenyum.

Dengan mulut pecah, digahkan jugak menyuap nasi. 
' Abah, mana Uncle Nasirnya? Tak nampak pun. Betulke kenduri kat sini?'
Dengan senyuman sinis, abah jawab..
' Salah tempat dah ni. Makan je.'
'Abah ni biar betul. Dah makan dah ni.'
'Makan je.'
Dengan hati percaya tak percaya,tetiba announcement naik.
'Selamat datang ye kepada hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan anak kepada En Abdul Hamid dan..'
Dem.
----------------

Lepas habis makan, terus exit. Abah salam jugak dengan tuan rumah. Muka konfiden senyum.
Aku? Perasaan facepalm sampai dalam kereta.

 7 jam lepas kejadian,baru aku tahu kenduri tu belah pihak perempuan. Tuan rumah yang aku kenal datang bersama pengantin.
=='







30 January 2012

... at least aku tak..

Duduk rumah,aku rasa biar aku tak makan sangat pun takpe.
Cukup la sekadar kurangkan buncit je.
Paling koman pun,1 kg?

Yelah, dah ramai sangat kata aku ni kuat makan.
Ye,aku perasan.
Tapi gaya macam aku dah naik 10 kg.

Ye,aku memang suka pun.
Suka orang kata aku dah gemuk.
Suka.. Suka sangat.

Tak percaya? Kau try la tanya jasad aku.
Mesti dijawab, eh memang. Memang dah berat.
Tak kisah pun. Tak kisah.
Apedehal? *bak kata orang

Cuba kau tanya hati aku.
Mau merengek. Mau nak menjerit.
Ye gurau realiti, macam biasa
Ye aku tahu. 
Aku tak terasa pun. Hati aku yang terasa.

Hati,sape yang tahu. Macam kau boleh tengok hati aku macam mana.
Aku tau aku dah naik berat. Tak perlu ingatkan.
Tolonglah paham.
Itu hati aku yang bersuara.

At least aku tak anorexia. Cukup. Tutup cerita.

24 January 2012

Cinta-cinta hati saya

Saya ada mereka. Mereka yang sentiasa bersama saya dalam setiap 24 jam saya di Melaka. Mereka yang selalu memanggil saya dengan panggilan kaklong,walaupun saya tau saya lagi muda dari mereka. ^_^
Saya juga ada mereka. Mereka yang sentiasa di sisi saya dalam hari-hari saya di kelas yang ceria. Mereka yang selalu membantu saya dalam subjek yang boleh buatkan saya menangis dalam gelap gelita.
Saya juga ada mereka. Mereka yang dulunya sentiasa bersama saya di alam sekolah..sampai saya dah besar panjang setua dua puluh dua.
Saya juga ada mereka. Mereka yang dari saya kecil sehingga saya besar sentiasa berada bersama saya. Tak kira susah senang macam mana pun saya,mereka sentiasa ada. Sebab mereka ialah keluarga saya. 
Dan saya ada dia. Dia yang sentiasa gembirakan saya dan menerima saya seadanya. Dia yang sudah menjadi  hati dan jantung saya.

Gembira saya bersama mereka. Mereka yang tak pernah dibenci oleh saya. Mereka yang tahu keadaan saya.
Merekalah cinta-cinta hati saya.
Peduli apa sama musuh-musuh saya. Kerana saya tahu ada yang sayang pada saya.
Awak ada?





02 January 2012

2012. 2012


2012 bermula dengan buku dan nota. Berserabut atas meja. 
Macam biasa student seperti aku akan mula belajar seminggu sebelum. Walaupun sepatutnya kena cover semua subjek dalam masa dua tiga bulan yang lalu.
Student. Sape yang mula belajar untuk final masa baru nak start semester memang aku tabik dengan seriusnya.
=p

2012 aku bermula dengan cerita gembira,cerita duka
Duka itu yang aku tak sangka. Bicara tentang sahabat yang bertarung nyawa.
Dugaan Allah. Hanya mampu berdoa dan beri semangat kepadanya.
Aku tahu dia kuat. Kuat untuk kehidupan. Kuat untuk menjadi kuat.
Tabahkan hati. Kuatkan semangat. Semoga cepat sembuh. Rindu melihat wajah seri gembira.
Wajah yang sering memberi senyuman tatkala berjumpa.
Walaupun jarang berjumpa. Hati tetap senang berbicara dengannya.

2012. Biar apa yang berlaku tahun sebelumnya,biar ia jadi kenangan lama.
Kenangan pahit dibuang,kenangan manis disimpan.
Tahun yang baru ini biar aku menjadi someone yang baru.
Baru dimata aku. Baru dimata sahabat. Baru dimata keluarga.
Azam baru? Tak perlu dibicara tentang azam yang baru.
Biar azam lama menjadi sandaran.
Azam yang tak sempat aku nak laksanakan.

Kepada sahabat handai. Selamat berjuang untuk kejayaan.
Biar usaha. Jangan membabi buta.
Biar susah untuk kesenangan yang mendatang.
=)

Ikhlas dari hati yang sekecil kura-kura.


25 December 2011

Lima bulan itu..

Lima bulan menyepi
Menyepi dari terbuka hati
Untuk berbicara tentang duniawi
Untuk berbicara tentang hal diri

Lima bulan menyendiri
Menyendiri dengan hal pelajaran ini
Untuk menyiapkan diri dengan keadaan ini
Untuk menjadi student berdikari

Apa ada dengan lima bulan yang lalu
Hanya satu siulan baru
Dengan pergerakan masa yang semakin berlalu
Menembusi masa yang baru

Aku cuba menjadi someone yang baru
Dengan inisiatif yang baru
Dengan semangat yang baru
Dengan haluan yang baru

Tapi lima bulan yang lalu itu
Hanya berlalu tanpa laluan baru
Melihat saja masa berlalu
Tanpa percubaan menjadi sesuatu yang baru

Lima bulan.. Terdiam diri
Terdiam melalui perbicaraan jari jemari
Mulut hanya ditutup dengan sendiri
Sambil otak berfikir untuk meluahkan isi

Apa yang ada pada lima bulan sebelum itu..

06 September 2011

Update takde motif

Last update : 18 July 2011
Sekarang dah 6 September 2011.
Hmm... Lama sangat dah tak update. Niat nak update tu ade tapi otak aku tak sebijak blogger yang suka kemukan pendapat sendiri, tak sekreatif fotoblogger yang banyak gambar cantik untuk dipampang,tak sehebat blogger yang sudah dikenali ramai.
Aku ni student biasa yang terkapai-kapai mencari identiti.

Cuti yang dah dibagi pun dah nak setel down dah. Isnin depan start la kelas.
Tengok jadual Isnin sampai Rabu start pukul 8 pagi. Habis lah kau ngadap la muka aku yang tak cukup tidur nanti. =='

Kelas dah nak start. Jadual dah dapat. Strategi nak pergi balik kelas dah diatur.
Sebulan lebih je nak susahkan orang,lepas tu berdikari la kau Ra.
Ok tetibe tak sabar nak jumpa EVVa =p

Hah update takde motif. Saje nak luahkan hati. Oke nak sambung main game lagi.

18 July 2011

Bukan Megi

Dari minggu lepas lagi hidup tak berapa nak teratur. Lagi-lagi lepas cuba tidur kat ruang tamu untuk seminggu sebab bilik tinggal tiga orang penghuni termasuk aku. Tidur lambat,bangun lambat. Makan tengahari start petang. Tak petang,jadi makan malam terus. Pandai-pandai sendiri nak paham.
Bila dah jadi makan tak teratur, si dia suggestkan satu makanan yang bukan sebungkus megi, yakni sebungkus mi sedap. Tapi macam mi korea. Nak sebut pun aku tak paham sebab tulisan pun bukan dari tulisan rumi.
Mi kegemaran saya. ^_^
Iron board jadi tempat masak
Siap! =p
Camnila gaya seorang student yang malas nak beli makanan kat bawah dan jenis bangun lambat~ 



03 July 2011

Hobi baru

Blog ni dah lama tak terupdate. Update pun paling cantik pun letak gambar untuk Wordless Day tu je. Idea dah tak flow secantik macam dulu dah. Mungkin sebab banyak sangat benda lain nak kena pikir sampai idea nak update blog pun jadi malas nak keluar.

Amalan kejuruteraan aka LI dalam kampus yang mengambil masa selama 10 minggu akhirnya habis dah. Rasa terlepas beban untuk sem ni. Tinggal projek yang terbengkalai ni je.Kalau tak dah boleh balik dah mase ni.
Agak-agak tengah bosan time-time dah habis LI ni, aku mulalah start balik hobi aku yang aku dah lama buang masa lepas matrik dulu.
Lukis,menampal,mewarna macam budak-budak~
Edit gambar.Oke fine tak lawa aku edit ==

Ok dah takde idea dah nak menaip . Dem betul =='