25 December 2011

Lima bulan itu..

Lima bulan menyepi
Menyepi dari terbuka hati
Untuk berbicara tentang duniawi
Untuk berbicara tentang hal diri

Lima bulan menyendiri
Menyendiri dengan hal pelajaran ini
Untuk menyiapkan diri dengan keadaan ini
Untuk menjadi student berdikari

Apa ada dengan lima bulan yang lalu
Hanya satu siulan baru
Dengan pergerakan masa yang semakin berlalu
Menembusi masa yang baru

Aku cuba menjadi someone yang baru
Dengan inisiatif yang baru
Dengan semangat yang baru
Dengan haluan yang baru

Tapi lima bulan yang lalu itu
Hanya berlalu tanpa laluan baru
Melihat saja masa berlalu
Tanpa percubaan menjadi sesuatu yang baru

Lima bulan.. Terdiam diri
Terdiam melalui perbicaraan jari jemari
Mulut hanya ditutup dengan sendiri
Sambil otak berfikir untuk meluahkan isi

Apa yang ada pada lima bulan sebelum itu..

06 September 2011

Update takde motif

Last update : 18 July 2011
Sekarang dah 6 September 2011.
Hmm... Lama sangat dah tak update. Niat nak update tu ade tapi otak aku tak sebijak blogger yang suka kemukan pendapat sendiri, tak sekreatif fotoblogger yang banyak gambar cantik untuk dipampang,tak sehebat blogger yang sudah dikenali ramai.
Aku ni student biasa yang terkapai-kapai mencari identiti.

Cuti yang dah dibagi pun dah nak setel down dah. Isnin depan start la kelas.
Tengok jadual Isnin sampai Rabu start pukul 8 pagi. Habis lah kau ngadap la muka aku yang tak cukup tidur nanti. =='

Kelas dah nak start. Jadual dah dapat. Strategi nak pergi balik kelas dah diatur.
Sebulan lebih je nak susahkan orang,lepas tu berdikari la kau Ra.
Ok tetibe tak sabar nak jumpa EVVa =p

Hah update takde motif. Saje nak luahkan hati. Oke nak sambung main game lagi.

18 July 2011

Bukan Megi

Dari minggu lepas lagi hidup tak berapa nak teratur. Lagi-lagi lepas cuba tidur kat ruang tamu untuk seminggu sebab bilik tinggal tiga orang penghuni termasuk aku. Tidur lambat,bangun lambat. Makan tengahari start petang. Tak petang,jadi makan malam terus. Pandai-pandai sendiri nak paham.
Bila dah jadi makan tak teratur, si dia suggestkan satu makanan yang bukan sebungkus megi, yakni sebungkus mi sedap. Tapi macam mi korea. Nak sebut pun aku tak paham sebab tulisan pun bukan dari tulisan rumi.
Mi kegemaran saya. ^_^
Iron board jadi tempat masak
Siap! =p
Camnila gaya seorang student yang malas nak beli makanan kat bawah dan jenis bangun lambat~