02 September 2012

Family baru saya ^^

The best part bila masuk ke tempat baru bila kau dapat..
Berkenalan dengan orang baru.
Berkenalan dengan persekitaran baru.
Berkenalan dengan alatan baru.
Semua baru.

Pengalaman sepuluh minggu bagi aku dah cukup bermakna
Sebab bagi aku, pengalaman baru bukan selalu nak dapat
Mengeluh, mengeliat tu dah normal
Tapi lama-lama jadi seronok

Kerana praktikal, aku dah punyai keluarga baru
Keluarga DVI, keluarga kelima besar
Terima kasih untuk tunjuk ajar
Layan kerenah bertiga
Maaf kalau ada terkasar bahasa
Insyaallah jumpa lagi di lain masa






Jangan lupakan saya yang kecil lagi inesen ni ^_^v

07 July 2012

8 minggu lagi...

Praktikal dah start. Position untuk praktikal tak sehebat mana.
Bukan duduk ofis, goyang kaki.
Bukan jadi engineer-wannabe nak digahkan sana sini.
Operator semata-mata tapi banyak buat jasa.

Belajar dua minggu pertama, solder saja.
Solder solder solder. Tu jela dihadap.
Baru praktikal, kalau kerja tetap?
Mau lali menghadap benda sama tetiap hari sampai berhenti.

Baru aku rasa macamana susahnya jadi pekerja di bawah.
Duduk 9 jam bertubi-tubi nak siapkan banyak PCB.
Apa orang selalu kata?
Orang bawah takkan merasa apa yang orang atasan rasa.
Lagikan pula orang atasan nak merasa apa yang orang di bawah rasa.
Tapi aku tahu. Normal semua tu.

Takde operator, takde barangnya.
Takde operator, bankrap la organisasinya.
Itu je dia konklusi dia.
Mohon jangan dipandang minah kilang, mat kilang semata-mata.
Takde diorang semua, barang kita guna sekarang pun takde.

p.s : 8 minggu lagi nak harung, kuatkan semangat walaupun penat.

24 June 2012

Day one: Cuti

...
Lagi dua sem nak jadi student sepenuh masa.
Lepas ni taktau gaya hala hidup macam mana.
Entah dapat kerja ke tak, semuanya usaha.

Membayangkan Isnin ni dah mula nak praktikal..
Rasa malas je sebab rasa letih disebabkan perahan otak yang melimpah ruah ke arah final tak habis lagi.
Membayangkan nak mengadap muka baru di company.
Entah macam mana la gaya aku yang baru nak masuk nanti.

So, mari mulakan hari dengan fikiran positif untuk Isnin ini.
Walaupun aku tahu cuti sem dah mula lagi.
Tapi rasa macam tak cuti langsung. T_T
p.s : Thank you Zicky for accompany me from Malacca to KL =)