11 March 2010

Tolonglah paham... T-T

Rude Awakening : Napelah hari ni cam sengal gila..
Kasut kuh menarik! XD
Keadaan kesihatan aku setakat ni still lagi dalam keadaan tidak memuaskan.Lutut agak sengal hari ni.Mase kelas TITAS petang tadi,duk berdenyut ja kepala lutut ni.Hadoi,ape kes lak si lutut aku ni.. T-T
Tunggu lagi beberapa hari,kalau still tak oke,maknenye something tak kena dengan lutut aku ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam perjalanan balik dari kampus ke hostel pukul 6 petang tadi,aku merenung balik segala mala kejadian pada hari ni kat kampus.Ade perubahan sedikit,sebab akhirnya aku berjaya tak mengantukkan diri aku kat kelas TITAS tadi.Seronok~ ^-^
Tapi still,aku takleh nak lupekan peristiwa hitam pagi tadi di kelas Autocad.Pikir2 balik,nak meraung pun ade,nak gi tampaq orang pun de,nak refresh balik hari ni pun ade.Semua benda la benda aku nak buat,asalkan benda tuh tak patut berlaku.
Peristiwa hitam aku bermula seawal jam 8 pagi..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni kelas yang telah diwar2kan oleh budak kelas bermula jam 9 pagi.Oke bangun lambat sedikit dari biase sebab bas sampai pukul 8.Menjadi kebiasaan,kalau ade test Autocad,pensyarah akan start lambat sikit.Dengan muke yang hepi sebab dapat bangun dengan lambatnye,menuju ke bas dengan perut yang sangat lapar.Tak sempat nak jamah2 ape2 pun pagi tadi.Air kosong je.

Sampai depan bangunan FKP tepat jam 8.25 pagi.Naik ke aras satu menuju ke makmal,sudah menjangkau pukul 8.29 pagi.Usha dari cermin kelas,pensyarah dah mai dah.Eh awal pulak beliau datang.Oke takpe.Masuk dengan muke yang sememeh je,terus duduk kat tempat aku.Mase tuh ramai lagi tak datang.Yelah,kate kelas pukul 9.Yang datang awal dari kami tadi mesti ke kafe pi makan pagi.
Mase tuh pensyarah sangat cool,memulakan kuliah beliau dengan bab baru.Tak teringat minggu lepas beliau dah khabar dah ade kuliah dulu,baru start test.Mase tuh aku rase dah lain macam.Pukul 8.40 sorang2 datang.Sampai nak dekat pukul 9,baru penuh kelas.Aku tengok muka pensyarah mase tuh dah mula berubah.Tapi still cool.

Tapi cool beliau tak lame.Pastuh,tak pasal2 beliau mula bertukar mood.Mane tak moody,student datang lagi lambat dari pensyarah.Memang mase tuh otak aku dah mula sedia untuk kena marah beramai2.

Adoi spoil mood pagi aku nak belajar autocad tanpa sebarang nguapan pun.
Lepas dibebel,sambung kembali dengan kuliah.Lega sebentar.Tapi  leganya hanya sementara je.Beliau sambung lagi.Tapi kali ni bunyinya bukan versi marah,tapi lebih kepada versi perli.
Aku memang jenis tak suke dengaq perlian orang,sebab perli lagi pedih dari kena marah.Aku lagi rela kena sound track dari kena perli memanjang.Sampai la saat bermulanya test,still lagi beliau berleter.Aku sabar ja dengan try memberi sepenuh perhatian kat kertas soalan.Telinga aku biarkan pekak seketika.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Drawing untuk autocad section B test aku dah siapkan.Dah letak dah dalam pendrive untuk hantaq kat pensyarah.Mase tuh beliau duk kira mase.Aku ingat masa yang dikira tuh sekali harung dengan kertas A.Aku pun buatlah kertas A aku bagi siap,yang pendrive tadi diberi kat member lain untuk menyimpan data yang dah buat habis dah tadi.
Tepat jam 12,masa dah tamat.Oke lega walaupun hakikatnya aku tak dapat nak jawab sangat kertas A.Ikut logikatronik aku je menjawab soalan A.Mengharapkan soalan drawing tadi je untuk mendapat markah penuh 15.
Nak dijadikan cerita,disebabkan kami lambat hantar hanyelah selama beberapa minit je,drawing kami tak diterima.Aargh!Segala petir,menudng hitam dah mula nak keliling pale aku.
Aku rase nak bagi tendangan padu je dekat semua pc kat lab mase tuh.Penat2 aku duk tumpu kat lukisan tuh,beliau dengan senang hati tak menerima.
Bukan kami ja,ade gak yang kena reject sebab hantar lambat. Ya Allah,mase tuh aku dah pikir,habislah 15 markah aku hilang sia2 ja.Janganlah disebabkan mood beliau yang tak balance tadi yang membuatkan beliau buat demikian. T-T
Balik dari kelas tadi sampai ke kelas petang kami duk hingaq pasal ni.Punyalah tak puas hati.Aku tak kesah kalau kena denda diri luar kelas ke..Tukar jadual kelas ke ( walaupun beliau dah pun tukarkan jadual ke hari Selasa yang semestinya akan memenatkan),tapi aku tak dapat terima bila melibatkan markah test.Tolonglah paham.Test ni kesannya sangat mendalam buat student seperti aku.Markah nak angkat ke cgpa.Tak sanggup aku tengok markah Autocad tak dapat A sebab ni je harapan aku nak naikkan pointer lepas.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni otak aku duk pikir je pasal 15 markah tuh.Buat hati jadi moody je.Disebabkan satu punca je,banyak kesan negatif yang dapat.
Dan aku sempat lagi buat konklusi sendiri..
Sejauh mane profesionalnya anda dalam sesuatu kerja,anda takkan terlepas dari melakukan perkara yang kadang2 tak patut dibuat bila mood anda mula bercelaru.
Pesanan ni ditujukan kepada semua,termasuk aku.
Haih,panjang pulak aku melalut.Sambung kerja tutorial.
P/S : Cuba bayangkan..Kalaulah student pun ikut mood,habislah.Mau taknye satu kelas tak datang kalau semua datang bad mood.Betul tak?

Doktor,saya nak dicheck sebab sakit.Bukan nak bersembang -.-

Rude Awakening : Memerlukan rawatan.Anybody?
Baru je selesai menyiapkan slideshow TITAS untuk dibentangkan pada esok petang.Slide dah ready tapi yang nak presentkan kat depan tak prepare mentally.Takleh bayang camane aku nak bentangkan esok.Mesti menggigil dulu.Tapi boleh dimaafkan kut sebab aku menggigil pun sebab demam. (Erk,ade ke alasan camtuh?)
Ok abaikan~
--------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya setelah seminggu aku menahan kesakitan,pergi jugak aku ke klinik petang tadi.Aku dah tak tahan sangat dah.Dengan lutut macam nak tercabut,suhu badan dah mulai lari dari keadaan suhu badan asal,kepale dah sedikit pening,dengan perut yang setiap hari Rabu boleh dikatekan kena gastrik,takpun loya nak muntah.Ni semua sosej kafe la nie.
Ang ni Ra,dah tau sosej tuh buat ang sakit perut,ang pi makan gak. -.-'
Hee..Semestinya aku memang budak degil melampau.
Oke dah mula nak lari dari cerita.
Aku sebenarnye malas benau nak pergi klinik,sebab aku malas nak bersiap.Tapi disebabkan telah didesak oleh member2 aku termasuk blogger yang rapat dengan aku dan member facebook ( dan dengan kondisi kesihatan yang makin melarat ) ,aku pun pergilah.Member yang hantarkan.Terima kasih kepada beliau sebab sanggup hantarkan aku ke klinik walaupun mase tuh hari dah mula nak menyusul ke petang.Beliau lah yang kuat desak aku suro pergi klinik. ^-^
Nak pergi klinik kerajaan,mesti dah tutup (Alhamdulillah sebab aku tak suke klinik kerajaan,lambat buat kerja ),so mencarilah klinik swasta yang ade kat kawasan Melaka.Oke dah jumpe.Klinik Famili 24 jam.Dengan muke yang nampak sangat sakit,aku masuk,daftarkan nama dan menunggu turn aku untuk dipanggil.
Tak sampai 15 minit,aku sudah dipanggil.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Nak berjalan masuk ke pejabat doktor,aku dah perasan doktor yang nak check aku doktor lelaki.Ok nice,tapi tak best sebab dah kawen. -.-' Hee..Aku memaen je lah.Hakikat sebenar,aku prefer berjumpe doktor perempuan.Takde la rase nak segan2 kalau disuruh selak seluar ke kalau nak check lutut.
Kalau doktor hensem camni,tetiap hari aku sanggup singgah klinik.

Duduk saje kat kerusi pesakit,doktor pun tanyelah soalan yang sangatlah koman kalau berjumpa doktor.
'Boleh tau awak sakit ape?'
'Ha boleh2.Ni doktor,lutut saya ni sakit dah seminggu.Macam urat lari.Bila urut je,makin sakit'
'Yang pergi urut tuh pasai pa..Memangla makin sakit.Nanti takut urat2 halus tuh terputus kalau awak urut.'
Erk,boleh putus urat ke..Aku ingat beliau nak pegang lutut aku ke ketuk2 sikit ke,tapi sekadar pandang dari jauh je.Pastuh ingatkan nak sambung check sakit aku yang lain lak,tup2 doktor tuh pi cerita pulak pasal anak dia nak ambik result SPM la,nak pi Mesir la,doktor dengan jurutera la.Macam2 beliau membebel dan bercerita.Aku pun layan same.Senyum2,mengangguk2 je dengar doktor tuh berceloteh.Dalam hati rase nak je tegur,'Doktor,tolonglah sambung check sakit saye ni.. T-T '
Lame jugak la aku duduk dalam pejabat doktor tuh,lebih kurang dalam 20 minit gak ah duk berborak dengan aku sambil check.Aku cute sangat ke weh?Ahaha.Abaikan keperasanan aku ye. .Sakitnye bukan teruk pun,just demam+batuk+sakit lutut+gastrik.Tuh je.Kesian customer laen duk tunggu je giliran.Maaf,bukan salah aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ubat yang aku dapat,aku rase cam agak tak puas hati la..Huhu..Tadi doktor tuh duk sebutlah aku ada gastrik.Tapi ubat gastrik tak bagi.Ok sengal.
Aku demam,tapi ubat demam pun tak bagi. -.-'
Lutut ni,dibagi ubat tahan sakit je. Mmm..boleh hilang ke sengal lutut ni kalau makan ubat tahan sakit je..Huhu..
Balik dari klinik,lepas abes je solat Maghrib,terus terbungkang kat atas katil.Badan dah tak tahan dah.Tuh tidur.Pukul 9 baru bangun,siapkan Autocad.Done!
Aku nak ucapkan terima kasih sebab mendesak aku ke klinik.Kalau tak memang aku dengan senang hati menangguhkan perjumpaan aku dengan doktor. X)
Dan maseh sebab ambik berat gak pasal kesihatan aku.Aku terima nasihat dari korang,dan jangan risau,EV akan sihat insyaAllah..
EV sayang anda semua.. =)
Nasib baik ubat doktor bagi sedap.

07 March 2010

Pabila dikelilingi oleh seribu bunga

Rude Awakening :Hidup baru bermula
Okay minggu ni punyela berlambak assignment aku nak kena siapkan.Dari assignment D.E hinggalah ke assignment kelab foto aku.Pening2. -.-
--------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni macam biase,bila cuti awam ade je,mula a mengeliat nak bangun lambat.Tapi tak selambat semalam..So bangun2,dah mandi semua bagi wangi,aku pun bukak la tutorial D.E.Laptop tak bukak pun pagi tuh.Ok ade perubahan diri.Tapi sempat siap nombor 1 ja.Pastuh keluar beli lauk untuk makan tengahari.Alang2,singgah Mydin.Check duit dalam bank.Ok cukup untuk bayar yuran nanti.
Petang tuh,aku cadangnya nak sambung balik tutorial pagi tadi.Tapi terstop pulak bila housemate aku mintak bantuan nak edit audio untuk aerobik nanti.Bukan saje2,tapi untuk assignment kelab aerobik beliau.Naik pening gak pale aku tengok benda alah ni.Asyik crash je.Sengal ja.By the time pukul 5,baru siap audio tuh.Dalam keadaan yang terlampau semak tuh,tetibe ringtone Disturbia berbunyik kat handphone.Mesej dari si Naim masuk,mengajak aku ke Taman Seribu Bunga untuk assignment foto aku bersama Asilah,kawan sekelas.Sepatutnya pagi tadi,tapi dah semua bangun lambat,terpaksa pergi waktu petang.Lengkap berpink,aku pun pergi.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Masuk2 pintu gate Taman Seribu Bunga,aku terkesima sebentar.Serius lawa tempat tuh.Time tuh gak ramai fotografer mengambil gambar.Ade yang snap foto untuk foto wedding,ade gak yang snap foto bunga2.Termasuk kami.Excited.Aku dapat tangkap pakai Nikon si Naim dalam beberapa keping je.Yang selainnye,semua menggunakan handphone kesayangan aku.
Foto2 di bawah ni disnap oleh aku dengan handphone SE C510a.Aku tak tipu ye.
Ini bunga ape? =) Aku taktau weh!
Macam dekat luar negara.Seronok~
Bunga teratai
Tiang beranda rumah kampung
Kerusi itu sangat lawa
Batu2~
Pokok tersergam indah~
Ok aku dah tak tahan sakit lutut dah.Nak rehat,pastuh sambung buat tutorial!Hee~