21 June 2010

Formspring untuk ape eh?

Rude Awakening : Brasil tetap di hati.Terbaik semalam!
Salam semua..
Ternyata dalam minggu ni banyak pulak benda aku nak kabo dalam blog.Menjadi kepuasan dapat meluahkan ape2 yang terbuku dalam hati dan minda aku melalui blog aku sendiri.Tak kisah kalau ade ke tak yang baca,janji hati aku puas. ^_^
Oh btw,petang tadi si Ejam mintak bantuan untuk aku edit gambar budak yang comel ni memandangkan aku post status berkaitan dengan edit gambar.Hasilnya simple tapi cukup untuk serlahkan kecomelan si budak yang ternyata comel ni ^_^
Aku suka budak kecik.Mata besar ^_^
--------------
AGENDA UTAMA
Formspring ni untuk ape sebenarnya?
Imej ni atas ni ialah profile Formspring aku ^_^
Dulu2 pakat2 ramai layan Friendster.Lepas tuh Myspace.Sat2 tuh lak Tagged masuk.Dan sejurus lepas tuh Facebook lak jadi santapan remaja nak online.Dan lepas tuh Formspring lak jadi taruhan.
Aku rasa macam dah ramai je yang dah buat akaun Formspring ni.Tak caye cuba kasi usya setiap profile rakan2 korang kat FB.Komfem ade terselit link Formspring.Takpun korang kasi search je.Mesti terjumpa ah sorang dua.
'Formspring ni amenda ek?'
Meh aku terangkan dari sudut pemahaman aku.


Formspring ni merupakan satu platform untuk kenalan kau atau sape2 je untuk bertanyakan pape soalan yang diorang nak tanya.Dari soalan yang berfakta,sampailah ke soalan yang takleh blah.


Dan kenyataan yang aku nampak sekarang ni,Formspring macam dah jadi tempat untuk pihak tertentu bertanyakan soalan yang boleh membangkitkan kemarahan si tuan empunya Formspring.
Kalau ikutkan users yang aku follow ni,aku perhatikan kebanyakan soalan yang ditujukan banyak ke arah menjatuhkan maruah berserta hinaan.Tak paham?Oke aku kasi satu contoh soalan.
'Kau ada dara lagi tak?'
Soalan di atas ni terkena kat kawan aku.Bukan aku.Dan soalan ade dara ke tak juga pernah ditujukan kat kawan aku lagi sorang.
Yang aku musykil,ape motif si anonymous ni nak tanya soalan begini?Perlu ke?Dah takde soalan berfaedah ke nak tanye?
Tanda soal,tanda soal,tanda soal.
Bukan soalan tuh je.Banyak lagi soalan yang berbentuk camtu ditanya bertubi2.Nampak sangat nak menjatuhkan hak asasi dan privasi orang.Dan ternyata juga seorang pengecut bila si pembenci ini meletakkan anonymous sebagai pengenalan diri.
Ya ternyata kau hebat sebagai seorang penakut dan pengecut bagai ayam dalam sangkar menunggu masa nak kena sembelih.
Dan kepada pengguna Formspring lak perlu ada inisiatif untuk berpikir adakah sesuai soalan ni dipost ke hadapan.Jangan semua soalan korang nak letak kat depan untuk dibaca khalayak umum.Kalau terlalu personal,delete saje.Itu pendapat aku.
Aku malas nak berkata panjang lebar.Biar pikir secara monolog dan jawab sendiri.
Konklusi yang aku dapat buat,makin ramai yang dah mula nak salah gunakan platform2 seperti ni.
==' Sekali lagi entri kali ni pun cam sengal je aku rasa.


P/S : Aku pun pernah terkena soalan yang agak siot untuk aku jawab dari seorang anonymous..Atas dasar pro dan nasihat kawan,aku delete saje soalan tuh.Senang cita.

6 comments:

Tengku Mann said...

isk...bahaya gak formspring ni...sek baek saya tak wat....

sengal ke entri ni?
bagi saya ok je...janji ada idea nak wat entri...^^

jUst skyNNiEy said...

aku pon terkena jugak ! takda masa aku nak jwd soklan gitu...tapi brani uhh tak main anonymous...haha :D

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku layankan jer apa soalan pun.Cara kita menjawab soalan-soalan begitu dapat mencerminkan IQ kita.Kena bijak berkata dan mempertahankan diri.

p/s:Paling tak boleh blah ada yang tanya "apsal rupa aku macam Brad Pitt".Wakaka.

botol said...

aku xder formspring lagi.huhu

Emora Valeria said...

JS ,tuh berani gile ah.haha
MFJ,soalan brad pitt taklea blah.meh aku usya sket.btw,memang betul cakap kau.kalau jawab melenting,lagi dia suka an.
Botol,try a wat satu.hehe
Mann,tak sengal eh?masyeh ^_^

ravishingpeacock said...

lum de akaun formspring lg huhu tatau best o x