30 June 2010

Zaman MHS ku..

Rude Awakening : Ada spare leher tak?
Salam semua..
Dah nak masuk 5 hari berturut2 aku sakit leher.Entah pasai pa la si leher ni nak buat hal.Saja la ni taknak bagi aku mengadap depan laptop berjam2.Sekarang ni kalau nak online pun mesti kena duduk 2 posisi.Duduk macam biasa,takpun baring. ==' Ada petua tak nak kasi elok balik?
----------------
AGENDA UTAMA
Pabila masuknya minggu orientasi..

Zaman junior dah mula kabur,senior pulak bakal menyusul
Tanggal 12.7.2010,bermulalah perjalanan aku bukan sebagai seorang junior,tapi seorang senior di UTeM.Pikir2 balik,cepat tol masa berlalu.Kadang2 duk pikir lek,eh cam baru semalam ja aku pi daftar,terkedek2 pi kaunter demi kaunter nak siapkan dokumen2 yang patut,masuk lak zaman MHS aka orientasi.Pastu susuli lak dengan tersesat kat kampus sebab taktau kelas kat mana.Cukup kelam kabut masa mula2 masuk.
Kata junior.Semua benda nak baru kat sana.

Setau aku minggu ni,akan mulanya pendaftaran budak2 baru masuk UTeM nanti.4 haribulan tak silap aku.Jeng3...Tak sabar nak tengok budak2 comel masuk mendaftar.Tak lupa juga dengan jejaka2 baru nanti menyusul.Eh,tetiba.
Abaikan statement itu ye.Aku tak menggatal.
Teringat budak2 baru ni nak hadap hari orientasi aka Minggu Haluan Siswa,aku teringat lek zaman aku berMHS.
Bagi aku dah cukup terseksa dah seminggu tu.
Seminggu tu la aku tak cukup makan.Makanan diorang bagi pun ikut tak ikut mood ja.Kadang2 sedap gila,kadang2 tak sedap.Kalau dah lapar tuh,main taram je telan.Janji tak pengsan dalam dewan.
Seminggu tu jugak la aku tak cukup tido.Mane taknye.Tetiap hari sepanjang minggu tu kena bangun awal.
Tak sah kalau pagi2 je bunyi alarm handphone lagu Wondergirls yang Nobody tuh.
Sampai aku dah jadi benci kat lagu tu gara2 lagu tuh penyebab aku kena bangun pagi awal sangat.
Comel kan mereka? ^_^ Sumber Google.

Hari pertama tuh semart ah,habaq kat budak bilik.
'Sya,kita set jam pukul 4 pagi la.Senang nanti takde kelam kabut nak siap.'
'Ha ok je.Set jam kat handphone.'
Hari pertama je.Start hari keempat,dah mula malas bangun awal pagi.
Bila bangun awal tu,aku ingat boleh la balik awal malam tu,tapi tak jugak.Tengah malam baru nak habis.Belum cukup lagi nak berbaris tunggu bas kediaman masing2 nak balik.Bila semua pakat nak berebut balik awal,kadang2 terpaksa potong barisan.Hee..Cukup tak hirau orang tu nak kata pa,janji aku sampai bilik awal,nak tido.Sebab esok paginya tetap kena bangun awal gak. ==' Tertekan jiwa.
Sesi Ice Breaking.Sumber Google.
Tak sempurna hari orientasi kalau takde sesi berkenalan,sesi pecah ais ( ice-breaking ),sesi kenal2 dengan pensyarah dan juga P.A.Aku cukup tak suka kena pecah2 ais ni.Yela aku ni pemalu.Aku tak reti nak bergaul.Tambah2 lak budak2 sebaru ngan aku ramai betul budak lelaki.Kalau dapat kumpulan yang majoriti lelaki,ang ngan sorang lagi ja perempuan,kena pandai2 ah survive. ^_^
Nasib baik kumpulan aku balance lelaki perempuan.Takde kekok sangat.
Tapi dah seminggu duk tengok orang yang sama je dalam kumpulan,aku dah dapat biasakan diri. 
Tu baru pecah ke kumpulan dengan orang2 yang baru nak kenal tang tu gak.

Fakulti ku ^_^ Sumber Google
Hari keberapa tah,nanti diorang kasi pecah ke kos pulak.Huu aku ingat lagi masa tuh aku terpisah habis dari budak kelas aku.Aku tersesat duk barisan dengan kakak ex dip yang sambung ijazah ni.Memang masa tuh nak nangis ah.Ye ah,takde kawan punye pasal.Tapi mulut paksa bukak gak sembang dengan kakak sebelah aku.Tanya la macam2,janji sembang.Aku taknak orang duk kata aku sombong. ==' Nasib baiklah akak tuh rajin gak menjawab. ^_^
Memang masa tuh budak kelas aku sendiri tak berapa perasan dengan kewujudan aku. Sedih gila.
Lepas tu berpecah lagi.Kali ni sesi berkenalan dengan P.A masing2 aka Penasihat Akademik.Tang tu la sibuk duk mencari member kelas yang sama P.A masa tu.Akula paling kelam kabut kut.Ye ah,budak kelas sendiri pun tak kenal lagi,memang gelabah.Stok takleh jalan sendiri.Kena ade teman.
Duk tanya2 tuh,jumpa gak a sorang.Bila kumpul2 dengan P.A masing2,ai ramai pulak budak kelas aku.
Yang bestnya P.A aku ni bukan calang2 orang.Profesor Madya.Title saja dah bikin ternganga. ^_^ 
Nak kata Melayu,bukan.Sebab P.A aku memang dari keturunan Pakistan.Muka cam mat saleh.Jangan kata la,memang kena speaking habis la dengan beliau.Nak berbahasa melayu memang beliau tak paham.Terkedek2 ah aku dengan member2 masa tuh nak bukak mulut cakap dalam BI.Kalau beliau duk explain,kitorang duk angguk je memanjang.Kalau ye pun nak respon,yes dengan no.Kalau taktau nak jawab pe,diam je.Aku lagi la,nak kena susun dulu ayat2 dalam pale otak,baru lea cakap. =='
Cukup ah sesi suai berpecah belah.

MHS juga mengingatkan aku tentang perkataan ini.
GRENADE!!
Perkataan yang bikin gua panas sepanjang minggu MHS.
Mentang2 baru masuk,dah kasi bom.Eh tak2.Hehe..
Abang2 dan kakak2 faci cukup suka buli manja dengan perkataan ni.Kalau bising sikit ,dah kena grenade.Buat hal sikit,dah kena grenade.Bengang je masa tu.
Meh la aku habaq sikit Grenade ni camane.
'Bila saya sebut je Grenade,korang semua kena tunduk ye!Tutup pale dengan tangan tu!'
Ha camtu la.
Grenade yang paling aku ingat sampai sekarang,mereka pi grenade masa aku sakit.Masa tu faci cukup bengang ngan kitorang sebab suasana jadi kelam kabut bila suruh tukar tempat.Time tu la beliau grenade.Semua kena tunduk.Yang berjalan tuh semua kena baring.Akulah salah sorang mangsa yang tengah berjalan masa tu.Tahan je sakit. ==!
Tertekan gila masa tu.
Tapi aku rasa untuk MHS kali ni,takde kut grenade ni.Alhamdulillah untuk budak baru.

Hari terakhir orientasi aku paling gembira.Sebab nak habis dah seksaan aku bangun pagi,tidur lambat. ^_^
Pagi2 bersukan di Kompleks Sukan UTeM.Macam2 sukan diorang buat.Aku masuk bawak bola ping pong dalam sudu kut.Nasib baik menang.
Sumber Google
Menjadi tradisi juga pabila FKP akan menjuarai sukan. ^_^ Tahun ni kasi menang lagi ye juniors. ^_^
Masuk ke malam lak,ada sesi majlis penutup.Ada la orkestra,makan pun sedap2.Bla3...Dan habis..Aku dah takde idea dah nak elaborate lebih.
Banyak jugak aku rakam dan snap foto masa MHS.
Tapi hampeh bila handphone kena format,tak sempat nak transfer. Segala rakaman video faci2 ni menari,dengan gambar2 sume takde.==' So takdela gambar MHS aku nak masuk dalam entri.Hampa tahap hyper betul.

Aku rasa dah2 la aku merapu meraban.Tengok ayat dah macam tunggang terbalik dah.
Sebelum tu pesanan untuk aku pada korang2 yang baru nak masuk alam U.Tabahkan hati,kuatkan semangat. ^_^
P/S : Incik Portal!Bila mau update itu kediaman semester depan! =='



29 June 2010

Masuk FB je dapat duit?Kaya la kalau camtu.

Rude Awakening : Oh Brazil menang eh malam tadi?
Salam semua..
Ye ternyata aku peminat yang tak alert dengan jadual perlawanan.Baru Subuh tadi aku tau Brazil menang 3-0 dengan Chile.Hoh terbaik Brazil.Biar peminat yang tak terlalu tegar ini menyokong anda dari jauh sampai ke final. ^_^
Dah cukup pasal bola.Aku tak reti nak cerita pasal bola.
-------------------------
AGENDA UTAMA
Masuk je dapat duit?Senangnya.
Klik imej di atas untuk tumbesaran yang hebat ^_^
Tengah syok duk ber-FB,melayan member2 yang sekepala,sesengal aku..Hehe..Tetiba pop-out notification dari member sekolah dulu.
Tag gambar pe lak ni...Usya sikit.
Bukak2,nampak gambar di atas ni.
Alamak..Gambar ni lagi.Nanti kasi remove tag.
Masuk FB je dapat duit
Tajuk dah menarik.Kasi baca sikit.
Aku bacala komen2 dalam gambar tu.Ternyata benda ni menyenangkan orang2 di atas itu untuk mendapat duit dengan hanya masuk FB,online2 tanpa ada sebarang tekanan kerja macam orang lain.
Ada satu komen tu tulis,dalam 4 hari saje dah dapat RM1000.
Oh gile ah.Orang lain cukup sebulan baru boleh sentuh duit beribu camtu.
Aku bab2 bisnes dan duit ni aku cukup tak reti.Kalau nak diikutkan poket yang saban hari kering,nak je aku masuk dan join.Tapi hati cam tak terbuka lagi nak join benda2 ni.
Ada pernah sekali member aku sorang ni ajak masuk bisnes camni gak.
'Ang try la join bisnes ni.Senang je.Pi cari orang,cakap2,pastu nanti duit masuk.Makin ramai,makin banyak ah duit.'
'Erk,boleh ke camtu?'
'Boleh lah.Nak tak join?'
'Hee..Takpelah weh..Mak bapak aku marah kang.'
Camtu je aku jawab.Mak bapak aku mesti marah.Senang je. ^_^
Tapi sebenarnya aku tak paham pun sistem bisnes yang cam piramid pe jadah tu.
Sistem dia camni la kot.Nampak ada bentuk piramid ^_^
Aku mintak tolong member aku yang pernah masuk benda ni explain.Tapi still aku tak paham.Yela otak bukan otak bisnes,aku blur sikit bab nak paham benda2 cam di atas ni.
Teringat masa zaman aku ketagih Myspace,ada gak benda camni.Ape tah nama dia,Myspace Tunai kut.Cari orang melalui Myspace,pastu nanti dapat duit.Kira cam sistem piramid tuh la.Yang ketua dia atas sekali tu handle.Memang ramai gak ah,lagi2 budak sekolah yang join.Kalau masuk page diorang,penuh iklan pasal join2 bisnes ni.Bukan tu je,kalau hantar komen kat aku je,mesti bagi link suruh join.Macam kena paksa je.
Last2,aku pun tertekan dan takde mood langsung nak Myspacewalk masa tu .=='

Elaborate panjang mane pun pasal ni,bukan aku tau sangat pun.
Kalau korang expert benda ni,cuba explain kat aku.Kut2 la aku boleh paham ^_^
Agak2 kalau aku join benda ni,mau dapat beribu2.Dah selalu sangat on FB.

P/s : Dari dulu sampai sekarang teringin nak tau,duit hasil dari bisnes di atas ni halal ke..Aku nak tau je.

27 June 2010

Penampilan diri dulu dan sekarang.Lain ke sama je?

Rude Awakening : Otak blur...
Salam semua..
Oh sudah lama tak melukis.Dengan tekanan perasaan tak dapat idea yang bernas untuk aku khabarkan dalam entri,aku pun lukisla gambar dak comel Nicko ni...Nak lukis gambar sendiri,komfem jadi orang lidi. ^_^
Setelah sekian lama tangan tak melukis. ^_^
-----------------------
AGENDA UTAMA
Perubahan pada fesyen sendiri
Tengahari tadi,entah demam ke pe,terniat dalam hati ni nak beli selendang dengan tudung sarung ala Ikin tuh.Dulu punya la tak suka pakai gaya camni,entah hari ni rasa nak pakai lak selendang untuk pembukaan semester depan.
Umur dah nak masuk 20 tahun,kena ubah gak penampilan diri.


Aku teringat lagi masa aku di bangku sekolah rendah dulu.Cukup skema.Kalau pergi sekolah,tak sah kalau takde name tag pengawas kat tudung,kasut mesti hitam kilat,baju takleh comot2.Kalau tudung mesti berlipat sampai atas.Memang cukup sifat ah jadi pengawas sekolah yang ternyata mengikut disiplin.Masa tu mana tau nak bergaya beb.Kalau keluar nak bershoping ke nak bercuti ke,baju mesti longgar2,tudung mesti berpin,mana reti nak berselimpang.Jeans pun longgar.
Tapi dulu,mane kesah sangat dengan penampilan rupa.Kasi bedal je,janji cukup syarat berpakaian.
Ye ini aku ketika darjah 6.Skema kan?
Masuk sekolah menengah baru ubah sikit.Tingkatan satu dulu aku still skema.Tudung still berlipat sampai atas.Sampaikan satu hari tu kawan sekelas aku tanya kat aku.
'Syera,cuba kau ubah sikit cara kau pakai tudung ni.'
'Nape weh?Skema sangat ke?'
'Skema tuh skema la.Tapi cara kau pakai cam bebudak.Cuba ubah.'
*Kepala angguk,muka blur.(0-o)'
Masuk tandas sekolah aku usya diri sendiri kat cermin.
Skema sangat ke..Ok je aku tengok.Bulat pun bulat.
Ye masa tuh aku still lagi noob dalam penampilan diri. =='
Naik tingkatan demi tingkatan,aku dah mula ubah lagi penampilan diri.
Dari segi tudung kasi turun sikit lipatan.Tapi aku rasa sama je bulat dia.
Dari segi pakaian..Ok ni cukup takleh blah.
Dalam almari pakaian aku boleh dikatakan majoriti baju aku beli banyak kaler biru.Dengan baju kurung biru,baju tidur biru,baju nak gi shopping pun biru,baju nak lepak2 kat rumah pun biru.Kalau nak beli baju,ibu mesti bising.
'Kaklong,cuba beli baju warna lain lak.Asyik biru je.Sneakers biru,pensel biru,stokin biru,tudung nak biru.'
Semua benda nak biru aku rasa.Even pencuci muka pun warna biru.Memang fanatik biru masa tu.Nasib baik tak fanatik pink.
Dari atas sampai bawah semua nak biru.Oh gambar ni masa tahun 2006.
Masuknya zaman aku minat emo,waktu tu tingkatan 5.Aku mula start suka warna taik cicak,hitam putih.So mulalah penampilan aku bertukar lagi.Set pakaian dari atas sampai bawah semua nak hitam putih.Cam nak berkabung pun de.Kalau pergi kelas tambahan kat sekolah,memang melaram habis ah.Dengan baju hitam putih,sneakers hitam corak tengkorak,gelang hitam,siap bergantung dengan bintang warna hitam,mata mesti bercelak,tudung mesti hitam.Kalau nak ingat balik,memang takleh blah jugak penampilan aku masa tuh. ==''
Tapi tu dulu ah.sekarang kasut tengkorak aku tu takleh pakai dah.Dah rosak kena peluntur.Sape suruh gatal sangat basuh kasut tu dengan peluntur.Hampeh tol.
--------------------------
Habis SPM,masuk ke matrik pulak.Masa tuh aku rasa penampilan aku paling ayu sekali.Sebab tetiap kali kelas,wajib berbaju kurung.Tak pun berkebaya.Takpun berjubah.Ah tak kisah ah,janji jeans diharamkan.
Tapi masa matrik,aku cukup rajin pakai baju kebaya biru,kain berbatik.Pernah sekali ada pembantu makmal tu tanya aku.Time tu sebelum exam kimia aku rasa.
'Dik,makcik nak sentuh kain adik ni boleh tak?'
'Aa..Boleh je makcik.Sentuhlah.'
'Maseh dik.Kain ni kain batik betul ke corak je dik?Memang sekali eh dengan baju kebaya ni?'
'Ha'a cik.Memang sekali dengan baju tapi ni bukan batik betul.Corak je cam batik kat rumah tu.'
'Oh yeke..Ok2.Cantik pakai.'
Senyum memanjang aku masa tu. ^_^
Yang syoknya bila wajib berbaju kurung gi kelas,tak sah kalau aku dengan budak bilik aku tak exchange baju kurung.Malam sebelum nak gi kuliah esoknya tu,mesti dah rancang habis dengan budak bilik.
'Syera,aku nak pinjam baju kebaya ang weh.Teringin nak pakai.'
'Ha amiklah.Aku nak cuba gak pakai baju ang yang merah cam datin tuh.Dengan kasut tinggi ang eh.'
'Boleh ja weh.Amik je.Ni pakai dengan tudung kaler ni ha kalau nak pakai ngan baju kurung tuh.'
'Syera2,aku nak pinjam baju kurung warna biru tuh la.Yang kain petak2 tuh.Kawan aku suka tengok aku pakai baju tuh.Nampak lain.'
'Ye2,amik je..Esok aku pinjam baju ang lak eh?'
Dan benda ni berterusan sampai habis setahun aku duk matrik.Heaven ah dapat try baju member sendiri.
Tapi yang tak bestnya,budak kelas cukup kenal baju2 aku.Sebab selalu pakai.
Ade sekali tu,balik dari kelas BI,jalan sekali dengan budak kelas.Time tuh gak roomate aku tengah belajar deret dengan kelas kitorang.Masa tuh dia duk pinjam baju kebaya biru aku tu.
'Eh sya!Tuh bukan baju Sya ke tuh.?'
'Mane2??'
Dan2 semua pakat benti tengok.
'Tuh dalam kelas tuh ha.Baju kebaya tuh.Sebijik weh!'
'Erk..Tu budak bilik aku da..'
'La yeke..Patut ah.'
==''
Sejak dari tuh la kami pakat2 pakai baju masing2 lagi kerap dari biasa.
Ni masa tingkatan 5.Tapi muat lagi pakai baju tuh sampai sekarang..Hehe..
Masuk alam U lak...
Tetiap hari gi kelas pakai jeans dengan shirt.Tudung selempang mai.Paling malas pun nak cari baju lawa2 nak gi kelas,baju lengan pendek,ditutupi dengan lab coat.Dan paling ayu pun nak gi kelas,baju kurung dengan kasut tumit tinggi.Tapi memang tahap seksa gak a nak jalan dengan tumit tinggi.Terhincut2 kaki nak bergerak dari bangunan fakulti ke tempat tunggu bas.
'Ra,tinggi lak kau hari ni eh..Ayu je jalan.'
Ye aku nak bagi tinggi la,same taraf ngan kawan aku. ^_^
Kadang2 bila pakai sneakers,ketinggian jadi rendah,rasa cam budak kecik lak kat kampus.Tersesat tak jumpa sekolah.
Pastu lame2 tuh,aku tengok budak rumah aku,dengan budak kelas aku pakat ramai pakai sandal,takpun selipar kalau keluar memane.Aku je kut yang semangat lebih pakai kasut ke mana saja aku berada.Kecuali kedai makan bawah tuh.
Last2,selipar merah tuh la jadi pengganti sneakers aku.
Makin besar,makin simple penampilan aku.
Bukak sem nanti,aku nak ubah lagi penampilan.Selendang mari!Baru nampak muka 20 kan2? ^_^
Aku yang terketot dalam group itu.Nampak tak? ^_^
Tapi yang aku pasti apa cara sekali pun penampilan diri,yang penting nampak sopan,kena dengan umur dan tutup aurat.Habis cerita.

P/S : Aku rasekan entri kali ni pun agak sengal. =='

25 June 2010

Tutorial Photoshop kali ketiga dari EV ^_^

Rude Awakening : Go Brazil!
Salam semua..
Ye malam ni akan adanya perlawanan antara Portugal dan Brazil. ^_^ Moga2 mata aku segar malam karang sebab aku nak tengok team kesayangan aku main.
'Kau sokong sape Ra?'
Hehe..Teka ah. ^_^
Tengok je tema Google Chrome aku.Komfem korang dapat teka ^_^
Terima kasih abah. ^_^ Cam tau je along sokong Brazil kan? 
Semangat ku kepadamu Brazil!Go2!Kasi menang!
-------------------
AGENDA UTAMA
Vlog Tutorial Photoshop sudah keluar da.. ^_^
Whoops!Sudah lama gak eh aku tak post vlog tutorial photoshop.Bukan taknak post.Tapi aku takde idea nak ajar korang ape.So kali  ni aku ajar benda yang simple sikit.Korang tengok je la video ni.Jangan gelak ye dengar suara aku. ^_^ Kalau tak paham,sila tanya ye.Maceh!

Ding3!Selamat mencuba ! ^_^
Entri kali ni pendek sebab dalam video tuh aku dah berceloteh banyak dah ^_^
P/s : Alamak..video kecik lak eh..Korang view FB aku la. =='

24 June 2010

Kontest Gadis Paling Comel.Aku comel tak? ^_^

Rude Awakening : Hai saya Doralin ^_^ Boleh saya bantu?
Salam semua..
Memandangkan blog aku dah makin tua,aku dah mula buat perubahan sedikit je pada blog aku.Terima kasih kepada Incik ZE kerana sanggup ajar diriku dari awal sampai akhir untuk buat link read more tuh.Ye aku taktau nak buat link read more,sebab tuh aku biar entri aku panjang berjela sampai nak skrol pun dah tak terlarat.
So lepas ni,korang klik eh yang link 'Klik untuk teruskan membaca' tuh ok? ^_^

----------------------
AGENDA UTAMA
Akulah Gadis Paling Comel! ^_^ (Muntah jap)
Kali ni aku nak jadi budak comel seketika boleh?
^_^
Ye aku tau aku dah mula nak terperasan tapi bagila aku perasan kali ni je sebab aku nak masuk kontest ni.Ini kontest perlukan tahap kepujian dari diri sendiri yang terlampau.Aku tak reti nak puji diriku comel. =='











Comel kan Banner ni ^_^ Sila klik banner tersebut untuk terus ke blog beliau



Kontest yang unik ni telah dianjurkan oleh Cik NurAin Hassan . Aku dapat detect pun dari blogwalking.Hehe..So aku pun dengan segatal habis menjoin kontest ni  ^_^
Memandangkan beliau nakkan satu gambar yang comel,aku carilah segala folder untuk gambar yang natural,takde edit langsung.Nanti takdela orang pertikaikan aku edit gambar bagi comel.Oh tidak sama sekali.So gambar yang aku nak masukkan untuk contest ni ialah :
Tiada editan ye.Saya gerenti! ^_^
Satu syarat sudah lepas.
Syarat kedua dan ketiga..Oh beliau mintak aku jawab soalan ni dan juga tag seorang untuk join kontest ni.
  • Apakah benda cute/comel yang anda suka?
Benda comel yang aku paling suka dan ternyata sayang mestilah Nickoku yang satu ^_^ Dan juga bantal busukku.Oh maaf,gambar bantal busuk takleh diletak.Rahsia.Nanti korang tau rupa bentuk dia.Bluek!
  • tag kan hanya seorang yang anda rasa patut join contest ini. make sure orang yang di tag itu tahu ya??
Secara rasminya saya ingin men-tag...Ema aka Oren untuk sama2 join .Boleh kan Ema..? ^_^
Ya sekian saja entri yang perasan comel untuk kali ni.Lepas ni agak2 kalau ade kontest gadis paling pelik,komfem aku masuk ^_^
Erk..Doakan aku menang tau?Hehe.Nak hadiah2...
P/s : Berpeluh2 tangan nak taip perkataan comel untuk diri sendiri =='

23 June 2010

Kisah Cinta Aku Bermula...

Rude Awakening : Malaysia panas!Kasi sejuk sikit dengan aircond ^_^
Salam semua..
Setelah seminggu aku melayan sedara aku yang datang jauh dari Sarawak dengan belon,akhirnya mereka pulang.Dah rasa kekosongan la pulak.Takde bunyi anak sedara aku yang baru umur setahun menangis nak botol susu.Takde dah bunyi perbualan loghat Sarawak mereka dengan abah aku.Tunggu kepulangan kami pulak ke Sarawak,baru aku dapat dengar balik suara mereka.Terima kasih sebab bertandang. =)
-----------------------
AGENDA UTAMA
Kisah Cinta Aku Bermula..

Cinta..
Oh aku bukan nak berjiwang atau bermadah kata
Sekadar nak mengingati kembali peristiwa cinta lama
Kalau nak baca,silakan setia bersama



Kisah cinta pertama aku bermula seawal umur 12 tahun
Teringat pertama kali kawan baik aku berkata
Si Z suka pada kau,kau tak percaya?
Aku geleng kepala,tersenyum sepanjang masa
Sebab tak percaya ada yang mula tersuka 
Last2 aku terima sebab aku suka 
Ala biasala cinta monyet pertama,sape yang taknak cuba
Jangan nak kata,lepas isytihar si aweknya
Tetiap hari aku rasa dapat panggilan darinya
Tapi bukan pakai handphone,hanya public phone ke nombor rumah saja
Aku teringat lagi
Kau nak berjumpa masa rehat
Aku segan gila tak teringat kata,takut pun ada
Makan pun tak jamah,air pun tak minum
Sanggup berlapar masa tu
Tapi sebab keseganan aku yang terlampau2
Aku tak jadi nak jumpa
Sebab aku pengsan,perut kosong gila =.=' Maafkan aku ya 
Tapi lepas habisnya tahun 6
Aku dan dia dah jauh..Lama2 hilang tanpa khabar berita
2 tahun lamanya aku menunggu..last2 putus begitu saja
Sekarang si dia sudah punyai kekasih baru,aku doakan kau dan dia bahagia selalu

Kisah cinta kedua aku bermula bila masuknya tingkatan 3
Si D datang,mencuba meluahkan perasaan yang sudah dipendam sejak tingkatan satu katanya
Aku terdiam,tatkala aku takde secebis sayang langsung padanya
Tapi aku terima bukan kerana cinta tapi kerana simpati dengannya
Selama aku bersama,lama2 aku jatuh cinta juga
Aku tau si dia tak sehebat mana,tak sehensem mana
Tapi kasih sayang darinya buatkan aku tertaut padanya
Aku ingat lagi jam tangan pemberiannya
Untuk hari jadiku yang ke 15
Tapi semua tu kenangan lalu
Sedar tak sedar,dia mula menipuku
Telinga aku hanya mendengar khabar kau mula mencari kembali kekasih lama
Sampai tak tertahan,aku mintak dilepaskan
Tamat sudah cinta 3 bulan aku bersamanya
Sampai sekarang aku dah tak dengar khabar berita darinya

Kisah cinta ketiga aku bermula sejurus selepas beberapa bulan aku hidup single
Teringat lagi,kawan2 aku selalu menyebut nama si A
Aku teringin nak melihat dan berjumpa
Dan doa aku termakbul juga 
Masa tu ada majlis open house di rumah kawan
5 minit aku dan dia bertentangan mata
Senyum memanjang tak terkira
Ingatkan terhenti kat situ saja
Malam tuh jugak mendapat panggilan dari si dia
Dan esoknya juga aku sudah menjadi kekasih hatinya
Apa orang kata,love at a first sight eh?
Itulah yang aku rasa pabila dengannya ^_^
Walaupun si dia di KL,aku di Perak
Tapi aku dapat rasakan beliau selalu ada bersama
Tapi sayangnya bila cinta jarak jauh,hati aku mula tertaut pada orang lain
Bila dia dapat tau,dia mintak putus lepas 10 bulan kami bersama
Tapi sebulan lepas tu,aku dan dia rujuk kembali,menyambung cinta antara aku dan dia
4 bulan lepas tu,aku mintak putus kerana orang ketiga
Jodoh mungkin tak kesampaian,aku terima
Sekarang si dia juga dah berpunya,aku doakan juga kau bahagia

Kisah cinta keempat aku bermula bila aku sudah menjangkau 16
Cinta dengan si S,senior sekolah aku masa tu
Badan sama kecik je dengan aku
Kawan aku kata sepadan,aku tersenyum
Dia cuba nak ikatkan aku sebagai tunangnya yang satu
Aku menolak kerana umur masih muda ketika itu
Lama2..cinta aku dan dia tak seindah dulu
Masalah demi masalah mula muncul dari segala sudut
Kadang2 aku rasakan si dia membebankan aku
3 bulan lepas tu,aku mintak putus sebab aku pun taktau
Dan khabar berita darinya juga sampai sekarang aku taktau

Kisah cinta kelima dan terakhir bagiku muncul setahun lepas tu
Tak tersangka kawan baik sejak tingkatan dua sudah lama menaruh harapan
Aku terima si N kerana aku sayang
Sebab dia,aku mula kuat dan tak mudah dipijak
Dia banyak mengajar aku erti kehidupan
Dan banyak bersabar dengan kerenah aku yang dah tersedia sengal
Kenangan manis yang aku teringat sampai sekarang
Malam hari graduasi dia berikan aku cincin Mickey Mouse sebagai tanda sayang
Tapi kenangan hanya kenangan
Selepas setahun 11 bulan aku harungi dugaan bersamanya,aku mintak putus juga
Bukan saje2 tapi ibuku tak berkenan
Ditambah pula dengan tekanan asyik bertikam lidah saja lepas aku sambung belajar di Melaka
Aku tau dia tak sanggup,tapi aku terpaksa
Sekarang aku tengok status di FBnya sudah berpunya
Aku taktau betul ke tak,tapi aku doakan dia bahagia juga di samping sesiapa

Kisah cinta keenam aku?
Entahla,aku pun taktau
Sudah nak mencecah setahun aku hidup tanpa cinta
Ye aku tau ada kawan2 aku yang tak percaya
Tapi nak buat macamana,dah takde yang berkenan
Aku admit aku juga kadang2 sunyi
Kadang2 cemburu dengan pasangan yang sedang hangat bercinta
Hurm..biarkan saja.Nanti lama2 akan ada juga
Yang pasti cinta keenam aku,aku nak kekal sampai ke jinjang pelamin
Sekarang biarlah aku fokus ke pelajaran aku
Jadi budak solo pun ok pe.Saham naik.Haha!

Oke abaikan statement last itu ye.

Ah panjang sangatla pulak kisah cinta aku yang sengal terlampau
So sampai disini sajalah kisah cinta aku 
Nanti kisah cinta keenam menyusul,aku cerita lain entri ^_^
Sekian..

P.S : Cinta kepada Allah juga yang paling suci. Tapi kita kadang2 tak pernah nak hargainya

21 June 2010

Formspring untuk ape eh?

Rude Awakening : Brasil tetap di hati.Terbaik semalam!
Salam semua..
Ternyata dalam minggu ni banyak pulak benda aku nak kabo dalam blog.Menjadi kepuasan dapat meluahkan ape2 yang terbuku dalam hati dan minda aku melalui blog aku sendiri.Tak kisah kalau ade ke tak yang baca,janji hati aku puas. ^_^
Oh btw,petang tadi si Ejam mintak bantuan untuk aku edit gambar budak yang comel ni memandangkan aku post status berkaitan dengan edit gambar.Hasilnya simple tapi cukup untuk serlahkan kecomelan si budak yang ternyata comel ni ^_^
Aku suka budak kecik.Mata besar ^_^
--------------
AGENDA UTAMA
Formspring ni untuk ape sebenarnya?
Imej ni atas ni ialah profile Formspring aku ^_^
Dulu2 pakat2 ramai layan Friendster.Lepas tuh Myspace.Sat2 tuh lak Tagged masuk.Dan sejurus lepas tuh Facebook lak jadi santapan remaja nak online.Dan lepas tuh Formspring lak jadi taruhan.
Aku rasa macam dah ramai je yang dah buat akaun Formspring ni.Tak caye cuba kasi usya setiap profile rakan2 korang kat FB.Komfem ade terselit link Formspring.Takpun korang kasi search je.Mesti terjumpa ah sorang dua.
'Formspring ni amenda ek?'
Meh aku terangkan dari sudut pemahaman aku.


Formspring ni merupakan satu platform untuk kenalan kau atau sape2 je untuk bertanyakan pape soalan yang diorang nak tanya.Dari soalan yang berfakta,sampailah ke soalan yang takleh blah.


Dan kenyataan yang aku nampak sekarang ni,Formspring macam dah jadi tempat untuk pihak tertentu bertanyakan soalan yang boleh membangkitkan kemarahan si tuan empunya Formspring.
Kalau ikutkan users yang aku follow ni,aku perhatikan kebanyakan soalan yang ditujukan banyak ke arah menjatuhkan maruah berserta hinaan.Tak paham?Oke aku kasi satu contoh soalan.
'Kau ada dara lagi tak?'
Soalan di atas ni terkena kat kawan aku.Bukan aku.Dan soalan ade dara ke tak juga pernah ditujukan kat kawan aku lagi sorang.
Yang aku musykil,ape motif si anonymous ni nak tanya soalan begini?Perlu ke?Dah takde soalan berfaedah ke nak tanye?
Tanda soal,tanda soal,tanda soal.
Bukan soalan tuh je.Banyak lagi soalan yang berbentuk camtu ditanya bertubi2.Nampak sangat nak menjatuhkan hak asasi dan privasi orang.Dan ternyata juga seorang pengecut bila si pembenci ini meletakkan anonymous sebagai pengenalan diri.
Ya ternyata kau hebat sebagai seorang penakut dan pengecut bagai ayam dalam sangkar menunggu masa nak kena sembelih.
Dan kepada pengguna Formspring lak perlu ada inisiatif untuk berpikir adakah sesuai soalan ni dipost ke hadapan.Jangan semua soalan korang nak letak kat depan untuk dibaca khalayak umum.Kalau terlalu personal,delete saje.Itu pendapat aku.
Aku malas nak berkata panjang lebar.Biar pikir secara monolog dan jawab sendiri.
Konklusi yang aku dapat buat,makin ramai yang dah mula nak salah gunakan platform2 seperti ni.
==' Sekali lagi entri kali ni pun cam sengal je aku rasa.


P/S : Aku pun pernah terkena soalan yang agak siot untuk aku jawab dari seorang anonymous..Atas dasar pro dan nasihat kawan,aku delete saje soalan tuh.Senang cita.

Emora Valeria ke Nur Syaheera ni?

Rude Awakening : Selamat Hari Bapa abah!Selamat Hari Ibu ibu!
Salam semua..
Aku tau hari ibu dan bapa sudah lepas,tapi biarlah aku nak ucap lagi sebab aku rasa setiap hari bagi aku adalah Hari Bapa dan Hari Ibu.Aku tak reti nak ungkapkan Selamat Hari Ibu dan Bapa kat parents aku tapi aku rasa melalui perbuatan aku,aku harap mereka tau aku sayangkan mereka setiap hari,walaupun kadang2 aku ade gak bagi mereka sakit hati.Maafkan along ya?
----------------------
AGENDA UTAMA
Nickname juga boleh jadi berpengaruh. ^_^
Sebelum tuh aku nak introkan balik diri aku boleh?Tapi intro tang nama je la.Ang bukan nak tau semua pun kan?Hehe..
Nama sebenar dan sebetulnya Nur Syaheera Binti Ahmad,anak kelahiran Perak.
Ternyata itulah nama aku yang sebetulnya,bukan Emora Valeria kerana itu sekadar nama komersial je dalam dunia maya.
Nilah aku.Salam kenal ^_^
--------------------
Lumrah kalau setiap manusia ada satu nickname supaya orang akan ingat kat kita.Ade nickname yang kreatif gila,ade yang simple gila dan ade jugak yang unik gila.Tapi ade gak yang guna nama betul,tapi diputar sedikit supaya nampak lagi menarik.Kan?
Nickname ni bagi aku sangat berpengaruh lagi2 dalam dunia blogging dan juga dalam dunia laman web sosial seperti Facebook dan Myspace.
Tak percaya?Aku kasi satu contoh la,khusus untuk bloggers.


Zukhairi Md Rahim.Familiar tak dengar nama ni?Ni nama penuh beliau,terima kasih kat cik awek beliau sebab kasi tau ^_^
Ok kalau aku sebut ZackZukhairi,agak2 korang kenal tak?
'Eh komfem kenal!Blogger yang buat entri best2 tuh,yang suka Lisa Surihani,muke macam Fahrin Ahmad kan?Kan2?'
Ok itu contoh ye.
Nampak tak kat situ,dengan nickname tambahan Zack di depan nama betul beliau,orang boleh ingat yang beliau seorang blogger.
So bagi aku,nickname itu ternyata sangat penting.
Kawan aku nak tau sangat maksud nama betul aku.
Ramai dah tanya kat aku mana dapat nama Emora Valeria ni,sebab bunyi sebutan dah macam mat saleh tapi muka melayu.Ape kes?
Ha biarlah aku bagi sejarah silam mane aku dapat nama ni k?
Bermula dari masa aku kat matrik Perak,tahun 2008.Masa tuh aku kat dalam bilik.Waktu tu aku rasa hari Sabtu sebab aku ingat lagi aku tengah rileks gila baring atas katil.Serius tengah bosan tahap hyper mase tuh.Nak pandang ke luar,mamat2 hensem tak lalu pun kat kawasan hostel perempuan.
'Haih giler bosan..Nak online pun takde wifi.'
Bila bosan,otak aku ni dah start berfikir.Aku berpaling kat dinding,mata tertumpu je kat kertas yang aku tampal,tertulis nama aku.
'Syaheera...Kalau potong Syahee..Jadi Ra.Eh nak buat satu nickname baru ah.'
So aku mulalah susun nama aku jadi pendek ke panjang,bergabung,tak bergabung.Macam2 nama aku kasi sambung.Nak dipendekkan cerita,aku dulu minat emo,walaupun aku takde pun rupa emo.Punyala poyo mase tuh.
'Kalau Emo..gabung ngan Ra..Emora.Hoh!Sedap disebut!'
So jadilah nama aku,Emora..Tapi masa tuh Valeria tak wujud lagi.Aku kasi tambah Juliet kat belakang nickname aku sebab nak kasi panjang sikit. ^_^
Ala2 nama mat saleh gitu kan..Hehe.


Dipendekkan lagi cerita,Valeria tuh wujud lepas aku clash dengan boyfie aku.
'Eh ade kena mengena ke ngan balak kau?'
Komfem ade.Dulu mase aku still bercintun dengan boyfie aku,akulah yang tolong reka nickname beliau untuk dikomersialkan kat Myspace.Aku letak Emobel Romeo,so orang boleh tau aku  awek beliau,ade sangkut paut ngan beliau,so jangan kacau.Tapi ade gak yang gatal2 pi kacau gak.Ceh!
Betapa bongeknya aku masa tuh. =='
So konklusinya bila dah menjadi status single kembali,aku decide untuk tukar terus nama belakang aku dari Juliet ke Valeria.Jahat tak aku? =='


'Mane dapat Valeria weh?Ade maksud tak?'
Aku sendiri pun taktau maksud dia.Tapi agak2 sedap nak sebut ngan Emora,aku letak je la.Eh leh lak camtuh. ^_^
So itu la sejarah nickname aku dibentuk.Dah terjawab dah jawapan korang?Kalau dah terjawab ,takpe.
------------------------
Aku kadang2 nak tergelak.Ramai yang ingat nama aku Emora Valeria.Dalam facebook la ramai yang tanye.Sampaikan ade yang sembang dengan aku dalam bahasa inggeris pada mulanya gara2 nama aku yang seakan2 nama budak dari luar negara.Ada yang sampai tanya kat aku,aku ni Muslim ke,duduk mana..Padahal aku duk kat Perak ja dan ternyata aku muslim..Even budak cina kelas aku semua pakat panggil aku Emora sebelum diorang tau nama betul aku.Kadang2 sedih gak nama betul aku diorang taktau. =='
Kalau terjumpa ngan budak2 U kat kampus yang kenal aku melalui facebook,mesti diorang sebut Emora,bukan Syaheera.Sebab nama ni yang aku duk ketengahkan kat facebook. ^_^
So pada para Facebooker dan juga Blogger maupun Myspacer,ingin aku khabarkan di sini bahwa nama sebetul aku bukan Emora Valeria k ? ^_^ Aku mintak maaf kalau nama aku ni buatkan korang tertanya2 dan konfius seketika. ^_^

P/s : Kalau sebut nama Emora Valeria,korang ingat apa?