27 June 2010

Penampilan diri dulu dan sekarang.Lain ke sama je?

Rude Awakening : Otak blur...
Salam semua..
Oh sudah lama tak melukis.Dengan tekanan perasaan tak dapat idea yang bernas untuk aku khabarkan dalam entri,aku pun lukisla gambar dak comel Nicko ni...Nak lukis gambar sendiri,komfem jadi orang lidi. ^_^
Setelah sekian lama tangan tak melukis. ^_^
-----------------------
AGENDA UTAMA
Perubahan pada fesyen sendiri
Tengahari tadi,entah demam ke pe,terniat dalam hati ni nak beli selendang dengan tudung sarung ala Ikin tuh.Dulu punya la tak suka pakai gaya camni,entah hari ni rasa nak pakai lak selendang untuk pembukaan semester depan.
Umur dah nak masuk 20 tahun,kena ubah gak penampilan diri.


Aku teringat lagi masa aku di bangku sekolah rendah dulu.Cukup skema.Kalau pergi sekolah,tak sah kalau takde name tag pengawas kat tudung,kasut mesti hitam kilat,baju takleh comot2.Kalau tudung mesti berlipat sampai atas.Memang cukup sifat ah jadi pengawas sekolah yang ternyata mengikut disiplin.Masa tu mana tau nak bergaya beb.Kalau keluar nak bershoping ke nak bercuti ke,baju mesti longgar2,tudung mesti berpin,mana reti nak berselimpang.Jeans pun longgar.
Tapi dulu,mane kesah sangat dengan penampilan rupa.Kasi bedal je,janji cukup syarat berpakaian.
Ye ini aku ketika darjah 6.Skema kan?
Masuk sekolah menengah baru ubah sikit.Tingkatan satu dulu aku still skema.Tudung still berlipat sampai atas.Sampaikan satu hari tu kawan sekelas aku tanya kat aku.
'Syera,cuba kau ubah sikit cara kau pakai tudung ni.'
'Nape weh?Skema sangat ke?'
'Skema tuh skema la.Tapi cara kau pakai cam bebudak.Cuba ubah.'
*Kepala angguk,muka blur.(0-o)'
Masuk tandas sekolah aku usya diri sendiri kat cermin.
Skema sangat ke..Ok je aku tengok.Bulat pun bulat.
Ye masa tuh aku still lagi noob dalam penampilan diri. =='
Naik tingkatan demi tingkatan,aku dah mula ubah lagi penampilan diri.
Dari segi tudung kasi turun sikit lipatan.Tapi aku rasa sama je bulat dia.
Dari segi pakaian..Ok ni cukup takleh blah.
Dalam almari pakaian aku boleh dikatakan majoriti baju aku beli banyak kaler biru.Dengan baju kurung biru,baju tidur biru,baju nak gi shopping pun biru,baju nak lepak2 kat rumah pun biru.Kalau nak beli baju,ibu mesti bising.
'Kaklong,cuba beli baju warna lain lak.Asyik biru je.Sneakers biru,pensel biru,stokin biru,tudung nak biru.'
Semua benda nak biru aku rasa.Even pencuci muka pun warna biru.Memang fanatik biru masa tu.Nasib baik tak fanatik pink.
Dari atas sampai bawah semua nak biru.Oh gambar ni masa tahun 2006.
Masuknya zaman aku minat emo,waktu tu tingkatan 5.Aku mula start suka warna taik cicak,hitam putih.So mulalah penampilan aku bertukar lagi.Set pakaian dari atas sampai bawah semua nak hitam putih.Cam nak berkabung pun de.Kalau pergi kelas tambahan kat sekolah,memang melaram habis ah.Dengan baju hitam putih,sneakers hitam corak tengkorak,gelang hitam,siap bergantung dengan bintang warna hitam,mata mesti bercelak,tudung mesti hitam.Kalau nak ingat balik,memang takleh blah jugak penampilan aku masa tuh. ==''
Tapi tu dulu ah.sekarang kasut tengkorak aku tu takleh pakai dah.Dah rosak kena peluntur.Sape suruh gatal sangat basuh kasut tu dengan peluntur.Hampeh tol.
--------------------------
Habis SPM,masuk ke matrik pulak.Masa tuh aku rasa penampilan aku paling ayu sekali.Sebab tetiap kali kelas,wajib berbaju kurung.Tak pun berkebaya.Takpun berjubah.Ah tak kisah ah,janji jeans diharamkan.
Tapi masa matrik,aku cukup rajin pakai baju kebaya biru,kain berbatik.Pernah sekali ada pembantu makmal tu tanya aku.Time tu sebelum exam kimia aku rasa.
'Dik,makcik nak sentuh kain adik ni boleh tak?'
'Aa..Boleh je makcik.Sentuhlah.'
'Maseh dik.Kain ni kain batik betul ke corak je dik?Memang sekali eh dengan baju kebaya ni?'
'Ha'a cik.Memang sekali dengan baju tapi ni bukan batik betul.Corak je cam batik kat rumah tu.'
'Oh yeke..Ok2.Cantik pakai.'
Senyum memanjang aku masa tu. ^_^
Yang syoknya bila wajib berbaju kurung gi kelas,tak sah kalau aku dengan budak bilik aku tak exchange baju kurung.Malam sebelum nak gi kuliah esoknya tu,mesti dah rancang habis dengan budak bilik.
'Syera,aku nak pinjam baju kebaya ang weh.Teringin nak pakai.'
'Ha amiklah.Aku nak cuba gak pakai baju ang yang merah cam datin tuh.Dengan kasut tinggi ang eh.'
'Boleh ja weh.Amik je.Ni pakai dengan tudung kaler ni ha kalau nak pakai ngan baju kurung tuh.'
'Syera2,aku nak pinjam baju kurung warna biru tuh la.Yang kain petak2 tuh.Kawan aku suka tengok aku pakai baju tuh.Nampak lain.'
'Ye2,amik je..Esok aku pinjam baju ang lak eh?'
Dan benda ni berterusan sampai habis setahun aku duk matrik.Heaven ah dapat try baju member sendiri.
Tapi yang tak bestnya,budak kelas cukup kenal baju2 aku.Sebab selalu pakai.
Ade sekali tu,balik dari kelas BI,jalan sekali dengan budak kelas.Time tuh gak roomate aku tengah belajar deret dengan kelas kitorang.Masa tuh dia duk pinjam baju kebaya biru aku tu.
'Eh sya!Tuh bukan baju Sya ke tuh.?'
'Mane2??'
Dan2 semua pakat benti tengok.
'Tuh dalam kelas tuh ha.Baju kebaya tuh.Sebijik weh!'
'Erk..Tu budak bilik aku da..'
'La yeke..Patut ah.'
==''
Sejak dari tuh la kami pakat2 pakai baju masing2 lagi kerap dari biasa.
Ni masa tingkatan 5.Tapi muat lagi pakai baju tuh sampai sekarang..Hehe..
Masuk alam U lak...
Tetiap hari gi kelas pakai jeans dengan shirt.Tudung selempang mai.Paling malas pun nak cari baju lawa2 nak gi kelas,baju lengan pendek,ditutupi dengan lab coat.Dan paling ayu pun nak gi kelas,baju kurung dengan kasut tumit tinggi.Tapi memang tahap seksa gak a nak jalan dengan tumit tinggi.Terhincut2 kaki nak bergerak dari bangunan fakulti ke tempat tunggu bas.
'Ra,tinggi lak kau hari ni eh..Ayu je jalan.'
Ye aku nak bagi tinggi la,same taraf ngan kawan aku. ^_^
Kadang2 bila pakai sneakers,ketinggian jadi rendah,rasa cam budak kecik lak kat kampus.Tersesat tak jumpa sekolah.
Pastu lame2 tuh,aku tengok budak rumah aku,dengan budak kelas aku pakat ramai pakai sandal,takpun selipar kalau keluar memane.Aku je kut yang semangat lebih pakai kasut ke mana saja aku berada.Kecuali kedai makan bawah tuh.
Last2,selipar merah tuh la jadi pengganti sneakers aku.
Makin besar,makin simple penampilan aku.
Bukak sem nanti,aku nak ubah lagi penampilan.Selendang mari!Baru nampak muka 20 kan2? ^_^
Aku yang terketot dalam group itu.Nampak tak? ^_^
Tapi yang aku pasti apa cara sekali pun penampilan diri,yang penting nampak sopan,kena dengan umur dan tutup aurat.Habis cerita.

P/S : Aku rasekan entri kali ni pun agak sengal. =='

17 comments:

oReNdeViL'89 said...

comey jer dia time kecik2..hahaha..lol.makin besar makin ayu lak XD

Khairunnisa' said...

=]

People change, so are you. Like you said, biar nampak sopan.

(http://ohmonstar.blogspot.com)

Privacy_Resident said...

gambar last tu aku baca "aku yang terkentut dalam gambar ni" hahhah!

i-city | Peta | Gambar

Emora Valeria said...

PR,ketot la!haha!mati2 aku ingat aku typo tadi.huhu..
Ema,mane de.. hehe.. ^_^'
Nisa,thank you.n yep dats true.janji sopan ^_^

Ikemal said...

cik emora yang bila besar dah cantik. hahaa. nak rekemen kawan boleh? duda anak 2.

Emora Valeria said...

ikemal,jangan nak menggatal gi rokeman.hihi..

zairie said...

ev.. komen ikhlas nie.. hehe.. kecik nampal comel, bile besar nampak lg comel... hehehe

recent post :
germany terbaik

Emora Valeria said...

ehehe..za,maseh ^_^ (muka merah gila)

Tengku Mann said...

lain c-kit(comel)walaupun tak kenal rapat sangat ngan ra...

waaa...cantik lukisan...saya pun dah lama tak melukis...dah kaku tangan..^_^

Emora Valeria said...

hehe..maseh mann ^_^

Tengku Mann said...

sama-sama ra...^_^

ARC™ said...

apekah tudung sarung ikin tu?aku xpnah dgr hak3. Aku rase tudung cm awek aku kot sbb name die ekin wahahhaha

woih bear ko nampak xbalance. Berapa tahunkah sudah xmelukis :P

Emora Valeria said...

arc,ala itu cam tudung indon tuh ha.aku panggil tudung ikin mawi tuh.hehe..
bro,nicko aku memang tak stabil la.aku ikut sebijik sejiban bentuk dye.huhu

hafizismail said...

tudung yuna dah try ke..

Emora Valeria said...

hafiz,nanti try.hehe

ARC™ said...

aku rase entry ni dah edit kot?lainnn je
tinggi ko brapekah? XD

Emora Valeria said...

Arc,tinggi aku 150++ kut.aku lupe la.mane de edit. ^_^