10 October 2013

.. A strength to live

Being the eldest is pretty hard actually.
Parents give high expectations. Your siblings will tend to make you as their mentor to succeed.
And diri aku masih lagi tertanya, am I fulfilling their expectations and needs?
Or just being nobody?

Umur dah cecah 23. Hebat tak hebat laju je putaran dunia.
Allah masih lagi panjangkan umur. Alhamdulillah.
Tapi makin naik usia, banyak benda dah kena start pikir.
Mulalah start memikirkan hal dunia kerjaya sendiri.
Hal perancangan mengumpul duit, untuk perkahwinan sendiri dan juga aset harta.
Berpusing-pusing benda ni saja dari start aku dah dapat surat tawaran bekerja.

'Aku dah besar. Dah kena berdikari dah ni,' bisik hati sendiri.
Tapi how am I suppose to convince everyone yang aku sebenarnya dalam persediaan.
Persediaan untuk hidup sendiri dengan penuh yakin.
Muka ni nampak childish sangat ke sampai orang pun dah tak nampak aku ni boleh bawak diri ke tak.
Kadang-kadang aku sendiri pun letih nak yakinkan orang.
No. Bukan nak meninggi diri sebab dah boleh hidup sendiri.

And yet, belum lagi aku nak start hidup baru, ada yang nak jatuhkan semangat.
Ye, perlu untuk aku tau macam mana realiti hidup dekat luar. 
Mungkin aku masih stuck dalam dunia belajar.
Dunia yang tak perlu pikir pape. Just study and succeed. 4 flat perhaps.
Ye, perlu untuk mereka-mereka ini yang sudah bertahun-tahun hidup bekerja berkongsi.
Berkongsi macamana susahnya untuk survive dalam dunia industri. Macamane nak ngam dengan dunia tu.
Tapi tolong. Aku perlukan sokongan. Bukan ketakutan yang belum tentu akan jadi.
Bukan aku taknak percaya. Mungkin boleh berlaku. 
Tapi aku belum mula lagi. Aku nakkan semangat padu.
Baru aku bersemangat nak mula hidup yang baru. 

It feels a total burden. Sebab aku jenis berfikir terlampau jauh.
Bimbang pada benda yang tak sepatutnya.
Imaginasi melampau dengan negativiti.
So please. I just need some strength. 
A strength to live.






03 October 2013

Welcome onboard

Dah sebulan aku tinggalkan UTEM. Yakni aku sudah selesai bergelar sebagai seorang student yang berkaliber dan juga rajin berusaha *pui!

Dan bermulalah kehidupan yang menjadi semakin pasif disebabkan tiada lagi subjek yang akan diambil lagi.

Ikutkan aku dah empat bulan menganggur. Yelah habis exam pun 18 Jun tak silap.Sekarang ni pun dah masuk Oktober.
Tapi disebabkan amanat yang diberi oleh beloved supervisor aku untuk settlekan projek beliau, aku tak merasa sangat hidup menganggur. Sebab dalam jangka masa selepas habisnya exam, aku sambung jadi SRA untuk dua bulan.

Tapi kerja projek tu still tak settle. Maaf tuan supervisor. Saya tak mampu nak siapkan semua. Hii.. =p

Dalam masa dua bulan jadi SRA tu, aku banyak membuang masa sambil mencari orang untuk projek survey tu. Sambil tu proceed buat paper untuk publish.
Memang aku admit, aku tak suka kerja tu. Sebab aku tak suka bercakap dengan orang.
Tapi sebab dah elaun pun dapat, aku gahkan jugak. Tu pun slow progress. Janji hati mau ikhlas buat kerja.

Atas sebab elaun yang ikutkan cukup tapi tak cukup nak sara diri kat Melaka serta panggilan dari rumah mohon pulang semula, aku decide nak undurkan diri. Lagipun contract dengan supervisor pun sampai bulan Oktober. Kira ngam dah la masa tu nak blah.

Time nak balik semula ke Perak untuk jangka masa yang lama tu sangat mengusik jiwa raga aku.
Selalu kalau balik Perak pun sebulan, lepas tu balik Melaka. Yela cuti semester.
Dah tak rasa nak lepak dengan member. Dah rasa macam susah nak jumpa buah hati. Eh?
Benda-benda tu yang selalu main-main dalam minda aku.

Tapi at the same time, aku rindu dekat rumah. Sebab masa tu tiga bulan lebih aku dah tak balik.
So dengan berat campur senang hati aku balik Perak bertarikh 6 September 2013.

Dan start tarikh tu mulalah aku sebagai seorang penganggur.
Aku admit memang tersangatlah lemau bila jadi penganggur tanpa kerja. Awal-awal masa balik, ok lagi. Seronok sangat dapat rehat. Rasa jiwa rileks, tenang je.
Tapi bila dah start masuk bulan baru, aku dah gelabah. Stress pun ada. Sebab kerja tak sangkut.

Ikutkan progress dari budak kelas aku sendiri, mostly dah bekerja masa tu. Ada yang dah dua bulan start keje. Ada yang 4-5 interbiu sekali dapat. Hanya tunggu panggilan kata 'Anda dah berjaya dapat kerja tu'.
Ada yang dah seronok sampai bertwit dan update status di mukabuku mengatakan

'Bertukar status'
'Alhamdulillah..'
'Akhirnya bermulalah kehidupan baru'

Dan pada masa tu jiwa aku sangat down. Bukan cemburu (adalah sikit) tapi jadi tak senang duduk. Masa tu banyak tempat aku dah hantar. Banyak resume aku submit.
Sampai satu tahap tu aku pikir,' tak laku ke resume aku? Tak layak ke aku nak bekerja?'
Sampai satu tahap tu juga aku dah mula pikir decision aku untuk bekerja instead of sambung master itu kesalahan paling besar dalam hidup aku.

Kusut masa tu. Sebab kalau boleh aku nak kurangkan beban family.
Tu je matlamat aku.
At the same time, aku memang taknak sambung pun belajar. PSM pun stress gila. Master? =='

Tapi dalam masa aku kusut, stress semua, member2 bagi semangat. Supervisor aku pun sama. Buah hati lagilah. Tapi aku dengan dia pun dedua sama je. Stress sebab tak dapat mana2 interbiu.
So dedua la bagi semangat sesama sendiri. Memang fair.

Tapi aku tau.. Allah dah rancang perjalanan hidup kita. Allah dah rancang rezeki kita di mana.
Kita je yang kena usaha.

Aku decide nak hantar dekat satu company ni. Ikutkan itu dah last option. Aku bagi buah hati hantar dulu resume dekat tempat tu, tapi masa tu aku tak hantar. Aku rasa macam takde peluang nak dapat.
Lepas kena pujuk rayu buah hati, baru aku decide nak hantar.
Aku ingat lagi, masa tu aku pandang je email tu. Aku takut nak hantar. Sebab jauh dari tempat tinggal.
Takut parents tak approve.
Tapi entah rasa terpanggil nak hantar, aku gahkan jugak hantar.

And unexpectedly, company yang aku ragu-ragu nak hantar tu la yang panggil aku dulu. Menangis gembira masa tu.
Sebab tula first time aku dapat merasa perasaan dapat interbiu kerja. Parents pun ok kan je. Diorang suruh pergi dulu try, jauh tu belakang cerita.

First interbiu start masa tarikh 25 September. Datang pun 3 candidate termasuk aku.
Nervous yang amat sangat sebab aku tahu masa tu kena confident kena high gila babeng, speaking pun kena teratur. Dan itulah weaknesses aku paling besar sekali aku kena harung masa tu. Masa tu sangat sacrificekan diri and abah sebab pergi balik hari. Memang letih badan sangat masa tu.

But its worth a shot. I've made it to the second round. Alhamdulillah.

Aku pergi ke second interbiu. Masa tu four days after the HR called untuk datang semula for the next round.
Masa sampai tu aku dah nampak ada sorang panel foreigner, manager tak silap. (lupa) and another two panel yang pernah interbiu aku masa the first one, head department as well as the team leader.
Bertambah lagi rasa nervous and takut disebabkan masa tu aku sorang je. Confidence level masa tu pun memang kena tinggi nak kasi impress every panel, especially the boss.

And the unexpected again happened. Lepas sejam aku habis dinterbiu, HR called.
'Syaheera, you've made it. You got the job. Congratulations!'

And that was the happiest moment in my life. Aku tak percaya, aku dah berjaya harung and dah dapat kerja.
No more menganggur at home.
No more.
And the most important is, aku dah boleh tolong my family.

Starting this 16th Oct, aku bertukar status. From a degree student to an employee.
Dan apa aku nak cakap disini ialah whatever everything you do, jangan give up dan jangan mengeluh.
Rezeki kita Allah tentukan. He knows what's the best for us. Cuma Dia nak kita usaha sampai kita berjaya. And tawakal padaNya. That's for sure.

For those yang masih mencari, masih dalam keadaan seperti aku yang dulu, keep on berusaha and berdoa.
Good luck.

Pray for the best.

Welcome on board to new world, Rara. :)