31 March 2010

Adik manis~ ^^

Rude Awakening : Otak mesin -.-
Baru lepas membattlekan diri di dalam perang test mekanik mesin.Soalan senang sangat untuk mendapat low marks.huhu.. -.- tapi alhamdulillah ade satu dua soalan yang aku boleh jawab.Oke la tuh dari tak dapat jawab langsung.
----------------------------------------------
Balik dari test,terus ke kedai ayusri,makan beger.Nicelah.Release tension punye pasal.^^
Dalam hati,aku redho je dengan result aku dapat nanti.-.-
Sampai bilik,on laptop,on photoshop.Nak releasekan tension dan stress dari buku buat seketika.
Foto victim malam ni,aku ambik foto yang telah disnap oleh Neo dan diedit sepenuh hati oleh aku sendiri.Oke ke tak?
HDR yang tak menjadi. -.-
Simple je ^^
Adik manis,mau jadi adik angkat akak tak?Adik cute giler~

27 March 2010

Peristiwa air gula

Rude Awakening : Bile nak merase balik air sejuk ni T-T


Inilah akibatnye bile tak ikut pantang larang ketika batuk.Kan dah makin melarat T_T sangat terseksa kena minum air panas je..Ciskek tol.
Tengah2 elok buat report bengkel,dan2 tekak rase kering nak air.Air sejuk komfem2 takleh minum.Terpakselah panaskan air,nak buat air teh.Dalam 10 minit tuh,air da mule menggelegak.Cawan tedi bear,uncang teh boh dan gula dah siap sedia dah kat depan mata.Aku kalau buat air,gula mesti kasi banyak.Sebab aku tersangatlah suke air manis. ^_^ Kalau kat kedai makan,adik yang tolong amik order tuh dah tau dah aku mesti nak air sirap manis.Mesti kaw2 manis beliau buat.Nicelah~
Sedapnye -.-'
-------------------------------------------
Tengah2 duk kacau gula dalam air tuh,aku teringat lagi zaman aku form 2 dulu.Bile pikir balik,memang sengal lah.Rase nak hentak2 je pale kat dinding.
Aku ingat lagi mase tuh tengah rehat,menunggu cikgu lain masuk.Cam biaselah,kalau dah takde cikgu,mesti berkumpul satu tempat,sembang2.Paling koman pun,mesti gosip2 ( dan mengutuk juge). Tengah2 sembang tuh,tetibe masuk topik nak buat jamuan akhir kelas.Aku cukup suke time jamuan.Sebab banyak makanan disediakan.So tengah2 bincang tuh,tang tuh gak agihkan tugas,Sorang kena bawak bihun,sorang lagi kena sediakan kuih2,bla2 sampai turn aku lak,kena bawak air gula.Air gula?

Fakta : Ra cukup malas nak pergi dapur suatu ketika dulu

Dengan muka blur+kekonfidenan aku,aku pun mengangguk tanda setuju.
Ok,aku tau air gula tuh nak maniskan air yang dicampur dengan air kordial.Kalau tak buh mesti tawar.Camtuh la kot.Takpe aku senyap je.
Dan2 pastuh cikgu masuk,aku duk kat tempat aku.Tengah cikgu duk ngaja,aku duk pikir je air gula tuh nak buat camane...Yang aku tau kalau kat gerai,air gula dia kaler kabur2 putih,pastuh air tuh mesti ade dalam balang,ngan sudu cam cedok tuh.Tu je aku tau mase tuh.

Pas cikgu memblahkan diri,aku pergi la kat tempat member aku tadi,dengan bawak kertas ngan pensel.Muka sangatlah konfiden mase tuh.

'Weh,ang tolong tulis step2 nak buat air gula weh.Sekali ngan bahan2 dia taw'
'Syera,kau biar tol.' ( Sambil gelak2)
'Nape weh?Aku salah tanye ke??'
'Wei..Air gula senang gile nak buat,takyah tulis2 ni.Kau tak pernah buat air gula ke pe..?'
'Ehe..tak wei.Sebab tuh aku tanye' ( muke senyum kambing)
'Ceh!Air gula kena ade air panas+gula.Pastuh kacau je.Nanti jadila air gula.Paham?'
'Oo!Baru aku tau weh..'
-.-''
-----------------------------------------------------------
..Nampak sangat kat situ aku tak penah amik tau pasal hal masak memasak ni..Member aku gelak je.Sampailah abes rehat.Sangatlah sengal -.-'
Sejak dari tuh la aku dah mule merajinkan diri ke dapur. ^_^

24 March 2010

Foto setelah di-fotoshop?

Rude Awakening : Demam makin pulih ^_^
Heee..Disebabkan kedegilan ku semalam,malam tuh gak terus demam panas+batuk tak henti.Ciskek..Memang nak suro aku g gak jumpe doktor. -.-' Pagi tadi memang tak ke kelas,bukan sebab ponteng tapi sebab dah tak larat sangat.Bangun2,baru lega sket.Petang terus ke poliklinik amik ubat.Seb bek tak kena bayar. ^_^
------------------------------------------------------
Balik dari klinik dan JJ,aku terus mengonlinekan diri menuju ke FB
Macam bese,luahan perasaan di shoutout pun bermule.
Tung tang2,tetibe dapat mesej dari seorang rakan,mintak tolong editkan foto beliau.
Terus bukak photoshop+photoscape,dan mulelah sesi pengeditan.
Setelah berjam memerah otak dan melakar,akhirnye siap

Ni foto member se -Utem..Oke ke?
Pastuh edit lagi satu foto.Foto member blogger.Sori Biel,aku lambat edit foto ang ^_^
Photoshop+Photoscape
Bawah ni pulak dak blogger jugeh,Ryn.Ni pun maen edit je.
Aku tau muke beliau tak berapa nampak.Maaf ryn T-T
Dan last sekali komfem2 ah foto aku.Hehe..Recycle2~
Ayu tak beliau?Ngaahaa~Perasan lebeyh!

22 March 2010

Bukti dah ade~Sila abaikan ke-ketot-an aku

Rude Awakening :Uhuk2~ ( bunyi batuk)
Balik dari kelas,makan ubat batuk,terus lentok.Betapa seksanye tekak dan dada aku nak melayan karenah batuk aku yang saban hari makin teruk. Sape suro tak pantang.Padan muke dengan diri sendiri -.-'
Bangun tido,mandi terus bukak buku D.E.Semangat nak study ade mase tuh,so laptop memang tak on.Wah first time tuh.Perubahan baik.Dah habes revise,bukak laptop,masuk FB.Upload2 foto.Dalam pukul 5 lebih,roomate aku jerit dari dalam bilik.


'Ra,foto Ra eksiden go kart dah upload kut kat FB!'
'Ha?!Dah upload ke!Ciskek tolla!Mane2?!'
'Ni ha..' ( sambil gelak2)
'Abesla kena bahan nanti.. -.-'
-----------------------------------------------------------
Menatap sebentar foto eksiden go kart aku memang agak tak lea blah.Baru aku tau camane situasi ketika tuh.Ceh~!
Korang tengokla sendiri betapa hebatnye aku meng-strike tayar dinding di go kart tersebut.
Ketot kan aku?Haha!
Memang mendapat sambutan hangat ah foto ni kat wall FB.52 komen sekali harung.Memang jadi feymes jap ah lepas ni. -.-' Sabar je la.
P/S : Tapi kat jalan raya aku pemandu yang berhemah ye.Kat litar go kart je slack sket.Neves2.Hehe.

21 March 2010

..Dan award ini jatuh kepada..

Rude Awakening : Hee..Tersenyum panjang ke hujung pipi melihat award ini~
Pagi2,dengar dah suare2 mc kat bawah.Oke karnival still go on.Yang menarik perhatian semestinya bola jaring lelaki.Sangatlah unik untuk dilihat tatkala bukan gadis2 yang bermain,hanyalah jejaka2 yang semestinya hot2 bermain.Suke tak terkata..Haha..
------------------------------------------------------
Berbalik kepada tajuk
Online saje,aku terus onkan blog aku.Melihat kotak singgah aku,ade satu mesej yang mengatakan aku telah diawardkan award ini.Suke tak terkire~ ^_^
Beautiful Blogger Award telah diberikan oleh Dayang Redzuan
Terimass ye~!
Undang2 kanun untuk menerima award ini telah termaktub di bawah ini :
1. Thank & link the person that gave you the award?
Terima kasih tak terhingga kepada Dayang Redzuan

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

1.
 Blog yang pertama yang akan aku singgah bila adenye entri terbaru dari beliau

2.
Entri beliau makin lame makin mantap.Bagus bro!

3.
Kartun2 beliau memang buat aku gelak je.Tension mesti hilang tengok katun2 beliau.

4.
Entri beliau memang ade yang beri info yang kadang2 aku sendiri pun taktau.

5.
Ade vlog je,komfem aku terjah blog beliau!Entri beliau pun best!

6.

Ayat2 beliau dalam entri2nya sangat lah puitis,isi tersirat tersurat semua ade.Best!

7.
Style jalan cerita beliau di entri2 memang best!

8.
Entri yang makin lame makin bersajak aku bace.Tapi tetap best~

9.
Semestinya ade entri beliau yang buatkan aku tergelak seketika.Bandage ye GT? =P

10.
Cisdel!Blog beliau memang warna-warni dengan lembu menjadi simbol blog ini.Cute!

11.
Hijau je masuk blog beliau.Ade entri menarik,memang aku singgah.

12.
Every entri beliau semestinya penuh dengan foto2 edit.Bagi aku jeles saje.Huu..

13.

Aku memang akan singgah ke sini untuk melihat fotosnap beliau yang sangat cool~

14.
Segala konsep dalam blog beliau sangat menarik perhatian aku.Entri pun best!

15.


Foto2 dalam blog ni memang unik sangat!Terbest la bro!
------------------------------------------------------------------
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.

Baik bos!

4. State 7 things about yourself
Nama sebetulnya Syaheera.Diberi nickname EV
Pelajar Degree tahun 1 UTeM kos Pengurusan Pembuatan 
Memang sah2 umur aku 20,bukan budak sekolah lagi. -.-'
Memang sangat addicted dengan air gas,terutamanye coke dan pepsi.
Sangatlah pemalu dalam dunia realiti
Total kecik,tidak setinggi mane.
Aku single semestinya ^_^

Siap jugak tagged ini..Haha!Maseh sekali lagi!



20 March 2010

Go-Kart,Go-Bowling!

Rude Awakening : Pale dah weng2..Huhu..
Memandangkan sudah lame aku tak race on track ( padahal ni baru je second time),aku join la jugak go kart anjuran SME UTeM.Ni pun aku menggantikan tempat member yang pada awalnye sudah tarik diri disebabkan hal yang tak dapat nak elakkan.Sampai2 kat MIMC,memang hati dah excited nak main.Tapi tang2 dah excited tuh la,sorang lagi terpaksa tarik diri.So time tuh jugakla mencari pengganti.Memang mase tuh aku dah pasang niat dah macam taknak join je.Rase nak tarik diri jugak.Tapi takpe.Steady.Last minit,baru dapat.Oh jejaka yang last minit join ni memang aku selalu usha dari first time aku ternampak beliau.Aku dah mule bersemangat sedikit.
Woops!Sudah datang kegatalan aku.Abaikan~
--------------------------------------------------------------
Tepat pukul 11,sesi 1 perlumbaan tamat.Giliran grup aku lak lepas ni.Cuak+neves+excited semua ade.Yelah,aku tengok pedal kart tuh cam jauh je.Kaki aku komfem tak sampai.Dalam hati aku dah bermonolog dah.Sah2 kena pakai bantal busuk tuh nak naikkan seat. -.-' Tapi aku pikir positif,aku try duduk dalam kart tuh.Ciskek,kaki tak sampai jugak.Memang sah2 kena gune bantal buat alas.Malu aku.

Patut kart tuh designla sekali untuk driver yang kaki pendek cam aku. T-T
Balik pada cerita.Lepas bincang ngan team member,dah decide first driver dan last driver lelaki.Tengah2,driver 2,3 dan 4 perempuan.Aku decide aku nak driver no 2.Taknak last2.
So,race pun bermula.
Menunggu dengan penuh debaran,aku usha je driver2 lain kat trek.
First lap,second lap..Third lap,aku dah siap berhelmet,tunggu kat pit stop.Sampai je kart,terus aku naik dan pecut.Aku jenis takleh orang potong aku.Mesti rase tercabar.First lap,aku baru nak sesuaikan diri dengan trek dan kart.Memang stereng kart tuh ketat sket kalau nak bandingkan dengan kete biase.Main2 selekoh komfem aku tak pro.So memang kena slow down.Main dengan break.Ok,maintain.Second lap yang mule nak slack.Sampai je kat selekoh aku terspeed lebih dan sememangnye terlebih belok.Bile nak emergency break,memang kart tuh terbelok menuju ke dinding tayar.Tak sempat2,aku terlanggar.Tayar2 yang besar gedabak lori tuuh memang terburai abes la.Dengan aku2 sekali dihempap.Memang tercarut jugak aku kat situ.Naseb lah orang yang tolong aku tadi tak donga.Hehe..

Dengan seluar basah kena lumpur tadi,aku pun teruskan race sampai abes lap.Aku taktau la time tuh aku dah mendudukkan team aku kat last place.Memang haru la mase tuh.Pale aku dah mule nak weng2 sket.Member lain sume duk tanye oke ke tak.Aku senyum ja.Tapi seronok,dapat eksiden ke empat.Oke memang sah aku dah tak tol.
------------------------------------------------------------------
Dengan kepala still lagi weng2,aku pun tunggu la kat pit stop tuh,tengok team member yang lain.Nak dipendekkan cerita,tibe giliran team mate last untuk perempuan.Aku dah bagi advice kaw2 kat dia.Hati2 kat selekoh,jage break semua.Oke beliau terima.Cantik.Terus go.Mula je,aku dah tengok lain macam dah cara beliau bawak kart tuh.Stereng beliau cam takleh nak control.Takpe2,neves kut.Aku usha je.Selekoh besar ok.Selekoh ketiga kart beliau dah terlaju sangat samapi terbabas kat selekoh tuh.Tak teruk sangat.Teruskan lagi ke lap 2.Maintain walaupun dah ke belakang mase tuh.


Yang menjadi aku trauma lepas tuh mase nak abes lap 4.Time tuh semua team dah habeskan lap,tinggal team aku je tak habes lagi.Tinggal lagi sorang tak masuk lagi.Tapi disebabkan semua team dah khatam lap,beliau terpaksa mengundurkan diri tak naik.Kesian pulak aku tengok beliau tak dapat naik.Tapi dah takleh buat pe.Dalam hati dah pasang niat nak ganti balik duet beliau sebab tak dapat naik.Tapi baru pasang je,taktau boleh tunaikan ke tak.Time tengah duk usha sekeliling sambil tunggu team member yang perempaun ni masuk pit stop,tetibe aku tengok kart member aku tuh laju je masuk,takde satu petanda pun kart tuh nak break.Tak sempat2 nak bagi warning,terus rempuh sekelompok student yang tengah ade kat pit stop,menyambut team lain pada mase tuh.Aku leh nampak mase tuh sorang terpelanting sket,yang sorang lagi terlanggar dari belakang.Yang member aku dalam kart tuh terus rempuh ke dinding.Memang haru betul mase tuh.Aku dah cuak langsung dah mase tuh.Memang tak expect benda nak berlaku.Ramai la pakat tolong.Member aku tak teruk sangat,just sakit2 badan je.Yang terpelanting sket tuh kaki berdarah,sorang lagi aku taktau.tapi memang kena tempias sakit jugakla.Kart yang eksiden tuh memang rosak lah.Kalau tak rosak ,memang tipula sebab impak kena kat dinding tadi memang kuat.
Kart team aku yang telah rosak akibat impak eksiden.
Kalau langgar tak kena bayar takpe.Ni kena bayar ganti rugi kerosakan.SME kena tanggung.Taktau la member aku pun kena bayar ke tak.Tapi agak mahal la kos tanggungan.Tapi benda nak jadi,memang takleh nak buat ape.
Selesai semuanya,acara hadiah2 pulak menyusul.Team aku memang tak menang tapi team BMFU second year juara.BMFU 1 kalah,BMFU senior menang pun jadilah.Hehe.
Steady bro BMFU~
---------------------------------------------------------
'Rara,jom main bowling lepas go kart ni'
'Oke je~'
Hah,habis go kart terus menuju ke MIBC,release tension kat bowling.Wah memang naseb aku lah nak menang dua game hari nie.Second game 4 strike tanpa sedar.Gembira aku,first time dapat strike.Hehe..Oke lepas nie set ah.Bola 8 medium untuk mendapat strike.
Balik2,terus lentok kat katil,taip ini entri.
Oke fullstop,aku nak rehat~
P/s : Pasni jangan nak gatal2 hang out kat pit stop.Dan silelah berwaspada di jalan raya yang sebenar.

16 March 2010

Memang nasib aku kot.... -.-'

Rude Awakening : Musim hujan dah ke??


Hujan nie memang suke nak menyakat aku.Tadi time2 tengah syok melayan novel pembunuhan sambil dengar mp3,tetibe hujan yang sangat lebat.So angkatlah baju2 kat penyidai,takut basah.Dan2 dah angkat,hujan benti.Oke aku sabar,aku sidai balik baju2 tuh kat penyidai.20 minit kemudian,hujan turun lagi dengan lebat.Aku dengan perasaan nak taknak,angkatlah baju tuh balik,sangkut kat hanger pulak.Dan2 dah habis disangkut,elok je hujan benti balik.Huu...Tahap kesabaran sungguh.Last2 biarkan je.
-----------------------------------------------------------
Hujan bukanlah topik aku nak khabo kat kome kali ni.Entri ni baru nak bermula.Semalam macam biase,sembang2 maya dengan seorang rakan blogger.Banyak topik keluar,dari kes akredetasi U sampailah topik pasal kemalangan masuk.Kemalangan yang terjadi kat diri sendiri.Kusyuk je aku mendengar kisah beliau.Mase beliau bercerita tuh,otak aku pun melayang sat pikir pasal kisah aku kemalangan mase dulu2.
Nak kate dalam mase 20 tahun aku hidup,aku pernah kemalangan 3x saje.Memang cantik je timing aku eksiden.Pikir2 balik,memang aku dapat rasekan aku sangatlah careless.

Peristiwa tahun 1999
Aku ingat lagi mase first time kena.ase tuh umur baru masuk 9 tahun.Time tuh seronok sebab dapat belajar naik basikal roda dua.Bile dah terer,mulala melilau ke tempat lain.Nakal dan degil mase tuh.Mak bapak duk nasihat aku memang takkan dengar.Bak kate orang kedah,ketegaq abeslah.Tapi lepas peristiwa gelap tuh,aku terus tak jadi nakal.Nakal pun sket2 je.

Petang tuh,aku ronda2 depan rumah dengan basikal aku yang ternyata aku sayang gile mase tuh.Aku ingat lagi basikal aku mase tuh kaler merun.Dah ternyata duk ronda depan rumah,komfem lame2 bosan.So,nak bagi hilang rase bosan,aku pun sneak out keluar tanpa kebenaran ibu aku.Mase tuh serius dah senja

Lesson pertama : Jangan gatal2 nak keluar senja2.
Lesson kedua : Sile bagitau sebelum keluar

Muke senyum macam tongkang pecah,aku pun blah la menuju ke belakang rumah.Port baik punye nak race ngan basikal.Aku sorang2 mase tuh,so race sorang2 jelah.Aku ni memang suke bawak basikal laju2.Konon hebat lah kalau bawak laju.Ceh~
Duk seronok main,tup2 azan Maghrib.Oke komfem kena sound balik ni.Terus pecut dengan basikal balik ke rumah.Time nak keluar simpang,time tuh la ade plak kereta nak lalu.Tak sempat aku nak elak,terus jatuh.
Nak dijadikan cerita,alhamdulillah aku tak kena langgar ngan kereta tuh,sebab sempat elak.Tapi memang sedap ah kaki aku kena heret kat jalan sebab nak elak.Basikal je yang terbabas masuk bawah kereta.Balik buat muke selamba tapi lutut pedih tahan sakit.Sampai sekrang parents aku tak tau aku penah eksiden mase tuh.
Lepas ni komfem ah kantoi,dah aku cite dalam blog.Huhu..
-------------------------------------------------------------
Peristiwa tahun 2007
Umur aku mase ni dah up sket.17 tahun.Masih berjiwa muda.Eksiden aku bermula sekitar awal bulan.Bulan di mane sekolah2 akan menjadi huru hara dengan sukan.Aku mase sekolah dulu memang jiwa sukan.Kebanyakan acara aku mesti ade.Oke bangga seketika,sila boh layan.
Punca aku eksiden semuanya gara2 aku lambat ke sekolah.Pagi tuh ade acara merentas desa.Aku memang excited yang melampau mase tuh sebab acara merentas desa memang aku cukup suke.Sebelum pergi tuh,abah memang dah pesan,jangan bawak laju2.Oke aku dengar je..
Memang nasib aku nak kena kut hari tuh.Member aku lak tak gitau beliau taknak datang sekolah.Aku dah usha dah jam.Pukul 7.20,lagi 10 minit lagi loceng sekolah nak bunyik.Sengal tol.Dah tak pikir pe dah,terus pecut dengan basikal biru aku.Time tuh,aku tak rase langsung kaki aku sebab letih kayuh basikal laju2.Abah dengan kereta beliau nak pergi hantar adik aku pergi sekolah ikut dari belakang.Dah nak sampai simpang 3,lampu merah terus tuka hijau.So speed bertambah.Mase tuh kereta unser lalu nak lintas.Tengok tak bagi pape signal nak ke kiri maupun ke kanan,aku expect beliau nak terus.So aku pun tak slow down.Mase tuh aku tengok kete abah dah benti tepi jalan kat persimpangan.Macam nak tau je aku nak kena langgar.Dah nak keluar simpang terus,keta tuh tetibe membelok ke kiri,sah2 aku tak sempat elak.Memang kena langgar dari arah kiri.Mase tuh aku dah rebah kat atas jalan dah.
Aku ingat aku dah pengsan dah.Tutup mate sat.
5 minit lepas tuh aku bukak balik mate.
Oke aku tak pengsan rupenye.Ceh!
Pendekkan cerita abah memang marah2 pemandu keta tuh.Takut aku tengok.Akulah jadi orang tengah mase tuh,nak tenangkan due2 belah pihak.Dah lame sket tuh,abah aku suro tolak basikal pergi sekolah.Erk...-.-' Abah ni..
Dengan muke dah basah lenjun dengan air mate,aku pun tolak la basikal tuh pergi sekolah.Lame lepas tuh,aku pun diambik oleh ibu aku ke hospital.
Tak patah pape pun,dua2 lutut berdarah.Hehe..Sukenye aku,sebab tambahkan lagi parut.
Balik2 tuh,abah punyelah bising2.Aku dengar je.
Dan2 pastuh,aku tengok adik aku yang kecik tuh.
'Tadi Syazwan nangis sebab kaklong kena langgar eh?'
'Takdelah.Syazwan nangis sebab dah lambat nak pergi sekolah agama la kaklong'
'La!'
(Sengal jugak jawapan adik aku ni)
--------------------------------------------------------------
Peristiwa tahun 2009
Berlaku tahun lepas.Mase tuh aku rase aku baru habis matrik.Tunggu result upu.Rasenyela.
-.-' Sangat pelupa.
Time cuti,aku memang dah diikhtiraf jadi driver adik aku ke sekolah.Mentang2 dah ade lesen,mestilah kena tolong parents hantar dan amik adik kat sekolah maupun tusyen.
Petang tuh memang lagi sekali benda tuh nak jadi.Mase tuh area masa dah masuk pukul 6 petang.Aku dah tercongok dah depan sekolah agama adik aku,tunggu adik aku terkedek2 keluar dari sekolah nak balik.Aku admit,aku memang tak kesah amik adik aku kat sekolah sebab time tuh la peluang nak pegang stereng kete sangatlah cerah.
Sekadar gambar hiasan sahaja
Masuk dalam keta,bukak radio channel Hitz FM,aku pun bawak la dengan suke hati nye.Memang best ah layan lagu sambil bawak keta.Adik aku pun join sekali ngan aku.Hee..
Aku taktau hari tuh nape aku gatal sangat nak lalu jalan yang takde traffic light,yang semestinya jalan yang agak berbahaya untuk melintas sebab tuh jalan besar.Ditambah pulak dengan masa tuh ramai baru balik kerja.Memang sah2 jalan tuh bahaya mase ni.
Tapi aku redahkan jugak.
Gambar hiasan je
Dah sampai kat simpang tiga,aku toleh kiri dan kanan,usha je keta dan moto lintas depan aku.Dah lame sket,jalan lenggang.Aku ingat lagi mase tuh radio terpasang lagu Pitt Bull.Lagi rancak aku bawak keta mase tuh.Tengok kiri dan kanan lagi,kelihatan motor dari jauh.Aku kire2 dalam pale otak,boleh lepas.So dengan konfiden gile,aku pun susur keluar simpang tuh.
Sampai kat tengah2 jalan,aku pasan moto tuh dah speed.Makin lame makin dekat dengan keta aku.


Memang mase tuh aku cam tak tergerak langsung nak speedkan keta.Moto tuh sempat elak kat belah depan.Lega tapi hanya sementara je sebab 5 saat pastuh,bunyi dentuman kuat kat belakang keta side kanan aku.Moto tuh tak sempat elak belakang keta.Memang terseret abes moto tuh dengan pakcik2 sekali melayang.
Aku dah kabut dah,terus letak keta kat tepi jalan,keluar menuju kat pakcik tuh.Pakcik tuh dah jerit2 sakit.Mase tuh aku dah panik gile.Muka dah basah habis dengan air mate.Huhu..Dah tak kesah dah mase tuh,janji aku meraung jap pun jadilah.
Mase tuh dah ramai dah kumpul.Mamat2 navy sume pakat angkat pakcik tuh bawak pi spital.Time tuh gak polis ade,memang kena soal.Huu...Menyesal giler mase tuh.Aku usha je keta abah yang aku gune tuh..Skirt dah jatuh kat tengah jalan,lampu kanan pecah,badan keta belah kanan remuk gila.
-.-' Camane la reaksi abah nanti..
Balik2 tuh,memang kena sound ah ngan parents aku.Mane taknye,langgar orang.Esoknye baru buat laporan polis.Sampai sekarang aku taktau khabar berita pakcik tuh.Yang aku tau beliau kat wad sehari je.Naseb baek tak arwah.Risau aku.Lesen aku tak kena gantung.Alhamdulillah juge.Tapi yang pasti keta ah jadi mangsa.
Lepas kejadian tuh,sebulan ibu aku tak bagi aku bawak keta.Hampa.
-----------------------------------------------------------
Konklusi cerita,memang nasib aku kot..Huuu... -.-'
P/S : Kalau tak paham cerita aku,maaf a..Aku memang tak reti nak sampaikan cerita.Hehe.. =p

14 March 2010

Tutorial Photoshop EV style~

Rude Awakening : Bosan la petang nie..
Duk khusyuk menaip report fitting yang hampir siap nie sambil menunggu csi aku untuk loading habis,tetiba hujan turun..Oh sejuk tak terkira...Dan2 la mood tutorial photoshop datang.So bukak tipcam,bukak software cs4 dan betulkan suara aku yang serius tak best,aku pun rekod.Kali ni memanipulate background foto.Ni cara aku,taktau oke ke tak.Huhu...

video

Sorry ade gangguan dari segi lambat,bunyi.Semua lah.Aku tengah nerves.Haha..
Kalau tak paham,tanye eh..Terimass~
Oh by the way ni lah hasil dia.

P/S : Suara aku cam pelik je aku dengar.huhu
Nak video lebih jelas,view di FACEBOOK kuh~

13 March 2010

Tag ini menarik~

Rude Awakening : Nak main tag lagi!
Dalam keadaan yang bosan sambil membuat report fitting yang dari tadi tak siap2,aku pun meluangkan mase ber-blogwalking.Dalam tengah2 mencari entri yang menarik di gengblogger website,aku tertarik dengan tajuk entri 'Member2 di Gengblogger...Attention!' hasil nukilan MizzNiss . Masuk entri tersebut,aku baru perasan yang ini entri tag untuk budak2 GB.Menarik.So dengan hati terbuka,aku nak gak jawab soalan tag beliau.Blog beliau seperti di bawah ni.Silelah menziarahi blog beliau~



1) APE KORANG TENGAH BUAT SEKARANG?
Sekarang aku tengah membuat report fitting sambil berskype dengan seseorang dan memeluk Nicko dan Mr Nerdie aku.Sangat gumbira.~
2) KENAPA KORANG BUAT CAMTU LAK?
Erk...Sebab aku suke dan report itu kerana terpaksa buat.Nak hantaq Isnin ni..huhu
3) OK2..SERIUS2..... APA NAMA YANG BESE ORANG PANGGIL KORANG
Masa zaman sekolah,ramai panggil aku Rara sebab last name aku iaitu Syaheera ialah Ra.
Lepas tuh dipendekkan lagi ke nama Ra.
Masuk website world,ramai mengenaliku sebagai Emora.
Dan bila munculnya diri di GB,ramai memanggilku EV.
4) KISAH DISEBALIK NAMA TU?
Emora Valeria.
Bukan nama sebenar sebab nama ni hanya rekaan aku semata2.Munculnya Emora masa zaman matrik aku.Tengah syok2 berangan kat katil,otak aku mule menyusun perkataan untuk dijadikan nick name aku kat Myspace.Tup2 dapat Emora sebab aku suke Emo dan name pendek aku ialah Ra.Emora.
Valeria hanya penambahan sahaja untuk sedapkan bunyik nickname aku.Hehe..Tiada kaitan dengan mane2 pihak.
5) BLOG SENDIRI...PANDANGAN?
Pandangan dari bebola kaca mata penulis sendiri
=Makin lame aku nampak ade perubahan yang cuba aku lakukan untuk menaikkan lagi ke-mature-an  blog ini setanding dengan umur aku sendiri.
Dari permulaan entri yang telah dipost pada Jun 2009,sekadar ukiran bahasa inggeris di entri,perlahan2 masuk ke translation bahasa melayu.Lepas tuh aku cube memasukkan hasil artwork dan snapshot aku ke dalam entri untuk lebih sedapkan pandangan pembaca blog aku.
Dan sekarang,aku cube mengetengahkan konsep bercerita dalam entri aku untuk tidak membosankan para pembaca dan pengunjung senyap blog aku.
6) PEMBACA/READERS?
Kebanyakan pembaca yang hadir ke blog aku ramai dari GB.Sebab dari GB lah bloggers dapat tau blog aku dan menziarahi blog.Ade juga kenalan rapat dari U,matrik,Myspace,Facebook yang membace blog aku.Kirenye average readers yang masuk ke blog aku adalah dalam sekitar 12 tahun ke atas. Hehe.
7) FIRST CONTEST??
First contest yang aku masuk dalam blog ni ialah Black and white contest..Kut..Rasenye lah..Aku pun tak pasti.Huhu..

Last sekali aku nak tag kat budak GB yang rapat dengan aku..Hehe..
Neo
Biel
Ryn
Sweety
TF/MF
ZE
HA
GT
HP
FA

Handphone pun ade pasang surut

Rude Awakening : Mulut rase megi ^-^
Hari ni taktau nape aku takde mood nak jamah nasi,so berbekalkan megi goreng instant,isilah perut aku dengan senang hati.Kerja berlambak,sedang dalam proses untuk menyiapkan.Otak still teringat cerita Alice in Wonderland 3D.Oke memang terhebat jalan cerita dan grafik yang telah dipertontonkan.Rugi kalau tak tengok.
Dah pun menjadi wallpaper terbaru di screen laptop aku =)
Mukadimah entri,tamat.
-------------------------------------------------------------
Permulaan entri bermula sekarang.
Petang semalam,lepas balik dari berfitting yang akhirnya telah siap sepenuhnya walaupun tak selawa mane,aku bersama member kelas menuju ke kedai makan untuk minum petang.Biaselah bila kami lepak2 kat kedai makan,macam2 cerita masuk.Sambil tu duk usha pakwe2 yang lalu maupun awek2.Oke serius mate ni takde keje dari tak melihat orang di sekeliling.Tengah2 duk syok berborak,mate aku terpandang kat Blackberry member aku atas meja.
Ni la blackberry.Bukan sejenis buah-buahan

"Memey,muat ke handphone tuh kat poket..Sebab lebar sangat."
"Boleh je.Takdela sampai tak muat langsung dalam poket."
"Oo..Aku prefer lagi handphone jenis tebal dari lebar.Nipis aku tak berape suka."
"Eh peliknya kau.Orang lain duk suka handphone jenis nipis,kau boleh pulak suka yang tebal"
Hee...Korang mesti pelik ngan aku kan...
Dan2 duk bercerita sal handphone,otak aku dah mula dah aktif melilau balik ke zaman first time aku pegang handphone.
----------------------------------------------------------------
Zaman 2002
Zaman aku menggunakan jenama handphone Alcatel.
Handphone pertama yang aku guna,hadiah dari abah sebagai tanda aku dapat 5A dalam UPSR.Skema giler mase ni.Badan handphone kaler hitam kelabu,dengan antena terpacak kat atas kepala handphone tuh ,skrin kaler oren,button tebal macam bantal.Standard ah nie.Zaman ni mane nak ade lagi handphone jenis nipis.Tebal je..Mase ni memandangkan member2 aku semua takde handphone lagi,aku taktau nak mesej or call sape.Dan2 lepas tuh aku stop pakai handphone,guna telefon rumah.Lagi masyuk nak guna.Bil pun bukan aku bayar.Hehe.

Zaman tahun 2004
Zaman gilakan polifonik
Second handphone,Nokia 2300.Aku ingat lagi mase abah aku ajak pergi kedai handphone..
"Kaklong,kaklong nak handphone macam mane nie?"
"??Abah nak belikan ke?"
"Yelah,cepat nak yang mane.Nak yang ade skrin kaler ke yang hitam putih ke.."
"Mmm...Yang biase2 je la bah."
-->Ayat last nie aku rase cam aku redho je.
Pikir2 balik,asal la aku baik sangat mase tuh mintak handphone yang takde skrin kaler.Mase zaman ni,semua orang gilakan handphone skrin kaler.Kalau balik kampung,aku tengok sepupu sepapat aku kebanyakannye dah ade skrin kaler handphone.Most of them Nokia.Handset daun la,sabun la,engage la.Segala mala name handset ni direka mengikut bentuk handphone tuh.Naseb baek handphone bentuk kucing takde.Maunye dipanggil handset miaw2. -.-'
Memang tahap dewa kejelesan aku mase tuh.
Banyak kenangan aku dengan handphone ni.Handphone ni lah first time aku mesej dengan budak laki,kena sepiak ngan mak aku sebab mesej dengan budak laki,kena denda tak dapat pegang handphone lepas Maghrib sebab mesej dengan budak laki.
Erk,aku admit mase nie aku culture shock dengan kaum lelaki.Aku dulu agak skema dan pemalu dengan kaum lelaki.
Yang paling seronok pakai handphone ni,aku boleh tukaq2 baju beliau dengan bagai2 kaler button yang jual kat kedai handphone.Aku ingat lagi,kalau nak pergi tusyen,baju handphone mesti tukar ikut baju yang aku pakai.Kalau biru,biru lah baju handphone.Sekarang handphone tuh still ade lagi kat aku. 

Zaman 2007-Matrik

Handphone yang paling azab bagi aku nak gune.
Handphone ni aku dapat dari first generation,abah.Hee..Handphone ni pemberian ibu aku kat abah.Tapi sebab abah susah nak taip mase dalam kereta,abah pun bagi la kat aku pakai.Aku pun mase tuh tergilakan handphone tuh sebab touch screen.Dengan muka tak malu,aku menerima.Jahat gak aku ni.Hadiah orang aku pi amik lak.Sengai gila.
Aku ingat lagi malam tuh aku gode2 handphone tuh.Segala application yang ade dalam handphone tuh aku usik.Punyelah jakun mase tuh sebab first time dapat pegang handphone canggih.Hehe..Tapi slack nak mesej agak susah la.So aku gune alternatif lain,pakai jari je.Senang.Sebab jari aku kecik.
Mula pakai tuh memang best.Kamera pun kalau ade memang best la walaupun hakikatnye kualiti foto tak bape elok.Setiap 2 minggu akan ubah ringtone lagu ngan wallpaper foto.Memang agak poyo bila aku pikir balik keadaan aku mase tuh.Haha..
Tapi lepas aku masuk matrik,handphone ni dah mule nak buat hal.Mule2 charger rosak.Baiki dua tiga kali tetap rosak.So,gune alternatif lain,pakai usb cabel nak charge handphone.Mula2 ok je.Tapi tup2 usb cabel pulak buat hal.Boleh pulak jadi longgar kat tempat cucuk tuh.Sbara je mase tuh.Last2 aku gune charger agak 'moden' sikit.Tapi nak charge yang malas tuh,kena off phone,bukak bateri,baru pasang kat charger.Macam charge bateri biase.Sebab tuh aku cakap 'moden'. -.-
Dan2 dah habis problem charger,bateri lak buat hal.Cepat kembung.Sampaikan abah aku beli sekali 3 bateri spare nak bagi aku gune.Member aku siap cakap lagi asal la bapak ang tak blei handphone baru je dari duk beli bateri banyak2.Aku pun taktau nak cakap ape.hehe..
Memang terseksa jiwa batin aku dengan tahap kesabaran aku.Kadang2 kalau on call,cepat je bateri nak habis.Aku rase nak tekad je beli lain tapi aku pikir ni handphone bukan aku beli,so aku diam je.Baik kan aku? =p Perasan sendiri.
----------------------------------------------------------
Zaman U-2009
Foto recycle.Ade pade ENTRI ini
Hadiah dapat masuk Universiti.Oke aku ingat abah memain je.Tengok2 malam tuh diberi satu kotak berbalut hadiah.dan melihat dalam isi tuh ,handphone yang aku paling suke.Hee..Senyum lebar aku mase tuh.Handphone ni penyebab aku jadi suke untuk snap foto sehingga sekarang akibat daripada pixel foto yang sangat lah lawa.Kawan2 yang still tak percaye aku menggunakan handphone untuk snap foto yang telah post kat blog aku,sila percaya ok..Handphone ni memang bawak banyak jase kat aku.
Tapi aku ni sangatlah ganas.Tak sampai 2 bulan handphone ni dah 4x kena masuk hospital handphone untuk dibaik dan di reprogram kembali disebabkan oleh virus yang sangat lah degil dan suka untuk masuk dalam program handphone nie.Mau menagis tak berlagu aku bile handphone aku asyik masuk kedai je. T_T
Dan handphone aku yang dulunya lawa,sekarang penuh dengan calar2 hasil keganasan aku.Aku memang menggunakan sepenuhnya handphone ni,bukan aku careless ok.(ceh~Poyo je ayat berikut)
Seronok akhirnya dapat jugak memiliki handphone sebegini rupe.
Lepas ni handphone ape lak eh..Berangan sat.~

P/s : Cuba bayangkan zaman akan datang bentuk handphone ape pulak yang inventors nak reka.Agak2 ade tak handphone versi maya.?