28 February 2010

Ade ape dengan GB?

Rude Awakening : Kita kan Geng Blogger ^-^/ ( Petikan ayat dari ZE )
Semenjak adanya website ini,hidup aku berubah serta merta.Ini serius ok?
----------------------------------------------------------------------------
Hehe..Terdetik untuk aku mengeluarkan entri khas ini kerana disebabkan website inilah telah berlaku perubahan dalam hidup aku.Eceh~  =p
Kepada korang yang sedikit pun tak familiar tentang initial GB maupun GengBlogger,mari sini aku bawak korang masuk ke dunia GB.
GengBlogger atau dengan erti kata lain GB,merupakan website yang direka khas untuk para bloggers yang sudah sekian lama menjejakkan kaki ke alam dunia maya ni.Dan memang aku admit,idea untuk membuat sebuah website untuk bloggers amatlah bijak!
Masuk sahaja ke GB ni,korang leh lihat betapa friendlynya GB ni kepada users yang telah mendaftarkan diri.
Masa aku mula2 masuk ke GB,first thing aku nampak banner besar yang tercatat tiga langkah yang sangat la senang dan cepat untuk blogger2 yang ingin mendaftarkan diri masuk ke GB.Tak perlu nak ikut buku panduan atau segala benda yang buatkan korang pening kepala nak daftar masuk.
Lepas dah berdaftar,terus je ping latest entri dari blog korang.Wallah!Terus masuk ke senarai entri2 terbaru di blog.
Setelah di ping blog,akan masuk ke senarai list seperti foto di atas
Jap,ape fungsi Ping Blog eh?
Fungsinya,dengan cara ping blog,bloggers yang lain akan masuk ke blog korang untuk membaca entri terbaru korang dan pada masa yang same,blog korang akan dikenali serta merta. 
Senang bukan?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ape yang menarik lagi tentang GB yang buatkan aku ketagih untuk masuk setiap kali online ialah kotak berhantu ni.
Di sebelah kanan itulah kotak berhantu
Tempat untuk aku gelak tawa bersama bloggers yang lain.Tetiap kali aku masuk,ade saje benda yang buatkan aku senang dengan bloggers yang lain.Dan disebabkan kotak berhantu ni lah,aku dah mula rapat dengan kenalan bloggers seperti Biel,ZackZukhairi,Oren,Bintunk,Neo,GT,Melz,Atyn,ZE,Ryn,Nicko dan MF yang semestinya sekepala dengan aku walaupun jarak umur berbeza2.Korang memang best ok?
( Sape2 yang rapat dengan aku dalam chat box GB yang aku terlupa nak senaraikan ,sila bagitau eh..hehe)
------------------------------------------------------------------------------------------
GB juga mempunyai section2 khas seperti 'Paling Glamour Bulan Ini','Entri Popular Hari Ini','Blogger Paling Friendly','Bersama Blogger Bulan Ini' dan 'Profail Popular Hari Ini'.
Kat section2 ni lah korang leh tau dan kenal sapekah bloggers yang telah tersenarai dalam list2 berikut.Kat situ,korang leh tau dan belajar camane nak buat satu blog yang sangat menarik dengan hanya menziarahi blog2 dari bloggers yang semestinya hebat dan pro. =)
Aku?Pernah tersenarai dalam 'Profail Popular Hari Ini' suatu ketika dulu.Tak caye?Masuk ke  SINI. =p 
Senarai top Bloggers paling glamour pada bulan ini.Aku tak penah lagi tersenarai dalam ni.hehe.
So ape tunggu lagi?Sape2 yang belum join,jom ah!Boleh aku kenal dengan korang ! =p

26 February 2010

Inilah jadinya.. -.-'

Rude Awakening : Wah kembali lagi idea ini!
Suasana petang ni senyap je.Budak2 rumah semua takde.Tinggal aku sorang2.So dengan semangat nak buat projek Autocad,aku pun bukak la segala parts dalam lampu suluh yang ade atas meja aku untuk membuat projek.Tetibe je ade chatter dari blog masuk YM.Mintak aku postkan entri tutorial photoshop.Aku nak je buat tapi keadaan tak mengizinkan.sebab banyak bunyik.Nanti rosak video tutorial.So,next time ye?
---------------------------------------------------------------------------
Nak dijadikan cerita,aku meminta bantuan dari Neo,memandangkan aku takde idea nak ajar ape untuk tutorial photoshop nanti.Beliau teringin nak edit background.So aku pun ajar beliau dengan menggunakan share screen di skype.Dari A sampai D aku ajar beliau.Foto aku guna semuanya foto aku.Last part tuh aku ajar camane nak buat muka horror.Foto aku jugak.Err...Aku main buat je foto ni.Tapi cam menakutkan ja.. -.-' Korang tengokla sendiri.
Sebelum diedit.Foto yang lame aku recycle balik jadi macam ni..
Ehe...Aku tak sengaja weh!
Tapi yang semestinya aku bukan peminat cerita versi seram.

24 February 2010

Kenapa...

Rude Awakening : 'kekejangan' tangan yang sangat hebat~
Huu..Panas gila malam tadi.Nak tidur pun tak sodap badan.Dengan tangan makin nazak.Haih~Sengal.
Pagi tadi,kena bangun awal.Takleh pi kelas lambat2.Nanti kena perli lagi dengan pensyarah.
Tapi sangatlah unfortunately,kelas dibatalkan pulak.Huh~Kenapa kelas dibatalkan..Penat je bangun awal2.huhu..
------------------------------------------------------------------------------------
Tapi alhamdulillah,ade hikmahnye pergi kelas awal.Suasana di kampus pada pagi tadi sangatlah cantik dengan pemandangan awan yang sangat cun.Betapa indahnya ciptaan Allah.Tanpa sebarang penambahan warna pada foto2 ini.hanya sekadar membaikkan lagi imej2 ini.
Ketika matahari terbit.
Kawasan kampus UTeM. =)

23 February 2010

Pabila tangan sudah mulai kasar

Rude Awakening : Sakit oi~
Hari ni,bermulanya bengkel fitting.Menggergas besi.Uhh~Satu badan berpeluh disebabkan oleh fitting.Oh bolehla aku kuruskan pipi aku yang makin gemuk ni. ^-^/ Tak cukup dengan itu,sekarang aku menahan saje kesakitan yang teramat di lengan kanan.Baru kikir besi,belum menggergaji. T-T 
Comel tak aku ketika ini ^-^ Perasan lebih.
Disnap oleh Aisyah ^-^/
--------------------------------------------------------------------------------
Huhu..Even vending machine pun nak tarik duit orang sesuka hati.Oh sengal.Hanya setin air yang tak keluar2 lepas salurkan rm1.50 ke dalam machine yang tak gune itu,aku terpaksa masukkan lagi rm1.50.Rm3.OO habis begitu saje.Dahage punye pasal lepas berfitting T-T
Memandangkan kedahagaan mulai menguasai jiwaku lagi bile air tin aku dah habis diminum,air tin member lain menjadi mangsa.Ahaha..Seronok~
Habis minum,kita kitar semula~ XD Jom main pijak2 tin!
Kaki itu bukan kakiku.Kaki Memeyh dijadikan model.
Kasut but bengkel terhebat! XD
Pijak-pijak!
Yeay,dah mati.Hehe..
Sedaya upaya untuk membuang tabiat minum air gas. -.-'

22 February 2010

Bila aku ditagged

Rude Awakening : Terima kasih NurAin kerana mentagged diriku.hehe..
1 . adakah anda rasa hot ?
Biar aku pikir sat.Aku tak rasa diriku hot sebab aku comel,tak hot. ^-^ wah~Perasan gitu~
2 . upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang !
3 . cerita pasal gambar wallpaper itu
Memandangkan aku sangat la gila Nikon dan Canon,aku buat foto ni menjadi wallpaper aku ketika ni.Foto ni telah direka sepenuhnya oleh Zulkarnain Halil . Mantap editan beliau!
4 . bila kali terakhir makan pizza ?
Oh serius dah tak ingat.Tersangatla lama.Tapi yang pasti dah sebulan lebih tak menjejakkan kaki ke situ.
5 . lagu terakhir anda dengar ?
Russian Roulette-Rihanna
6 . selain nama sendiri , anda dipanggil nama apa ?
Rara.Kalau orang yang biase kenal aku kat dunia online,aku dipanggil Emora.
8 . tag lagi 8 orang
Naim
Kak Zara
ZackZukhairi
Nabiel
Topex
Safie (Neo)
Ema (Oren)
Fareeza ( Bintunk)
9 . siapakah org no.1 kepada anda ?
Beliau merupakan budak kelasku sekarang.Sangat meminati fotografer,same sepertiku,
10 . katakan sesuatu mengenai org no.5
Editan bagi lagi hebat ok!
11 . no3 ada hubungan dengan siapa ?
Dengan teman wanita beliau =)
12 . bagaimana pula dengan no4
Oh beliau semestinya single.Tapi ku rasakan beliau banyak skandal di GB.Hehe. =P
13 . pesanan kepada orang no6
Bagi result smart untuk semester ni ! =)
14 . kata2 cinta untuk orang no2
Walaupun jauh beribu batu,ku tetap sayang padamu akak,hehe..
15 . adakah no7 dan no8 mempunyai persamaan
Oh sangatla ketara.Mereka hebat dalam dunia edit foto. =)
16 . berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda
Nurain Rodze nama diberi
Muda dariku
Beliau menjaga seekor panda di blog beliau
Sangatlah friendly
Cute sentiasa =)
17 . 5 perkara yang saya tau tentang cik asma
Tak kenal gerangan cik asma. 
18 . persamaan antara kambing dan lembu
Sonang eh..Kambing dan lembu ade 4 kaki.Dan mereka sukekan rumput
19 . perasaan anda buat tag ini
Sangatlah pening dan badan juga jadi sakit.
20 . adakah anda tahu si razman itu sengal
Razman tuh sape??
21 . Gay or Less
Gay bila aku gumbira
Less bila jualan murah di mall sedang ke udara =)

'Blur'ism berlaku

Rude Awakening : Penat badan T0T
Seksa punggung aku duduk selama 8 jam dalam bas.Kenapa jauh sangat Lumut ke Melaka. (Soalan yang sengal ditanya. -.-')
Selama seminggu duduk di rumah,kerja aku hanya mengonlinekan diri dan cuba membusykan diri dengan kerja tutorial dan assignment.Tapi still tak siap juga. Hampeh betul diriku ini. 
Berat badan pulak makin naik.Naik sekilo.Dari 47+1 kilo.Ok sangat la berat untuk badan macam aku.Huhu~Sape2 nak jadi trainer aku,sila angkat laptop dan lempar keluar ^.^
---------------------------------------------------------------------------------------
Tak lekang handphone aku dengan kamera.Mesti ade saje foto baru.So agak2 aku taktau nak taip ape lagi dah kat entri ni,aku masukkan je la foto yeh.~ 
Tengah bersarapan pagi masa ni.Adik tolong snap,aku tukang edit.
Baby itu kiut oh.Pandai eh pose. ^-^
Sesi makan petang.Snapshot beg duit aku yang sangat buruk.Adikku di belakang,jadi background.
Snap oleh aku.Pepsi itu faveretku. =) tapi aku tak minum air gas pada hari tuh.huhu..
Ra,pergi tidur...Esok ade kelas.

20 February 2010

Kalau aku diduplicate,camane eh?

Rude Awakening : Kembar seronok... ^o^
Walaupun hakikatnya,aku takde kembar oke?
Masa zaman sekolah dulu,imaginasi aku sangat tinggi sehinggakan aku jadi lupa dengan dunia realiti.Bukan aku berangan,tapi berimaginasi.Salah satunye,kalaulah aku ade sorang kembar.Sama pendek,sama tembam,sama buncit.. takdelah aku merana sorang2 dengan ke'gemuk'an aku.huhu~
Hee~Boleh tukar tempat jap.Kalau aku tak suke g kelas tu,aku switch tempat je dengan kembar aku.Bukan orang perasan pun ^.^ Bila ade kembar,tak perlukan kamera kalau nak tengok muka time kite tengah tido camane.Suruh si kembar demo kan saje.
Banyak benda aku boleh buat kalau aku ade kembar.Tapi satu je yang aku tertanya sampai sekarang.Kalau kembar tu ade teman lelaki masing2,camane si jejaka tu nak cam gadis beliau eh..
Sape2 yang ade kembar,sila beri jawapan.hehe..
------------------------------------------------------------------
Camnila rupa aku kalau ade kembar..Haha~
Bayangan maya kalau aku punyai kembar ^0^
Oh nampak kurus masa ni. -.-'
Aku admit aku lemah sikit kalau nak bercerita. Maapkan aku kalau ade yang tak paham dengan penulisan aku -.-'

Hati tersentuh seketika

Rude Awakening : Terima kasih Ain sebab masukkan entri Amazing Guitarist =)
Dalam keadaan yang sangat bosan,ditambah dengan slideshow yang tak berkesudahan,aku masukla ke dashboard blog aku.Oh banyak update dari segala mala bloggers yang aku follow.Satu demi satu entri aku tengok.Tetiba ade entri tajuk gitar.Oh cepat2 aku masuk.
---------------------------------------------------------
Terkesima aku melihat budak yang seawal 13 tahun memetik gitar.Aku yang dah umur 20 ni pun tak reti nak main chord A ok.So tak puas hati lagi,aku masuk youtube.Mencari lagu lain yang dimainkan oleh beliau.Ok lagu faveret aku pun beliau main.Terus aku download video tersebut.Sangat sedap petikan gitar beliau,seiring dengan melodi original lagu tersebut.



video
Klik Play untuk hidupkan video ini


Aku ingat lagi,lagu ni dari soundtrack Batman the movie.Waktu tu,aku baru dalam zaman sekolah rendah.Sampai sekarang aku ingat lagu ni. =)
Sape2,sila ajar main gitar macam tuh..huhu

19 February 2010

Pelempang perisa sup power satu!

Rude Awakening : Emosi,tolong ah jangan macam ni..huhu
Tepat jam 10 malam,aku terus on laptop.Alasan nak buat slideshow TITAS yang still tak siap lagi,tapi ni dah lain tempat dah masuk. -.-' 
Bila online,tab browser aku mesti wajib on Facebook,Myspace,Blog dengan GengBlogger.Kalau mood nak tengok cerita datang,aku on kakiinternet.com.Usha CSI.
Memandangkan hari ini mood aku still lagi dalam kondisi tak ok ( dari dua minggu lepas lagi sebenarnya),aku pun mengepost shoutout yang agak sengal kat facebook.
Klik imej ini untuk tumbesaran foto yang hebat ^.^
Oh ade jugak yang nak bagi pelempang kat aku eh~Sampai hati korang.
Nasib baik pelempang maya je korang bagi.ahaha..
Tah bila mau pulih balik mood aku ni.Ni mungkin sebab aku dah lama tak kibarkan bendera jepun.Sebab tuh mood aku tak ok kut.
Abaikan~
(Kalau tak paham maksud kibarkan bendera jepun,sila bertanya.Dapat tau pun si Nabiel bagitau.Hehe)
--------------------------------------------------------------------
Nak merilekkan hati yang sentiasa emo,aku edit la foto ni.Dari hari ape tah aku duk abaikan sebentar foto yang diminta untuk edit.huhu..Maaf ye saudari.
Makin hari makin simple aku edit. -.-'
Nak bagi lagi hepi sedikit emosi aku,Anum telah berikan aku foto selebihnya yang beliau baru saje edit.Maseh sayang =)

Sudah,kerja tak start2 jugak.Hadoi -.-'
P/S : Sempat lagi ke untuk aku mempromote beliau..?Sempat2.Untuk peminat blog Dunia Zara,sila undi tuan empunya blog untuk menjadi pemenang top100wanita.
Sila klik di sini untuk melihat blog beliau =)
Banner disponsor sehabis baik oleh aku sendiri.Hehe..~ XD
Semoga berjaya Kak Z~

18 February 2010

Boleh tak ambilkan awan itu untuk saya?

Rude Awakening : Sejuk gila~ -.-'
Mood bilik aku sekarang melampau2 sejuk,ditambah dengan cuaca yang agak basah hari ni.Bertambah2 sejuk aku kat dalam ni.Otak dah slow down,badan dah sakit sebab tak larat nak tengok slideshow depan mata aku yang tak siap2 lagi.
Padan muka,sape suruh procrastinate kerja. -.-'
-----------------------------------------------------------------------------
Bila otak jadi begini,aku cepat2 mencari foto untuk dijadikan inspirasi.Ok aku takde teman lelaki,so abaikan idea untuk mencari foto seorang jejaka.Membelek2 folder handphone,baru ku perasan berlambak2 foto awan aku snap.Cepat2 ku transfer ke laptop dan menambah baikkan foto2 ni.Hasilnya..

Disnap ketika dalam perjalanan pulang dari MRSM Pasir Salak
Di perkarangan rumah.Senja dah menjelma.Awan berkepul2.
Ni disnap oleh adik aku.Mase ni nak senja.
Panorama senja dari dalam kereta. =)
Halaman rumah aku.Awan sisik ikan dah ade!
Kalau dapat awan segempal,boleh buat bantal tidur.Masyuk gila~
P/S : Sape2 yang rajin,mintak tolong habiskan slide aku nie T-T


Sedapnya....

Rude Awakening : Oke baju blog dah bertukar =)
Oke aku tau nampak macam agak suci je layout blog aku sekarang,berbanding yang lepas.huu..Teknikal problem lah,so terpaksa tukar. =)
---------------------------------------------------------
Oke memandangkan aku terpaksa menunggu masa untuk melihat kembali scene CSI LV (sila klik di sini untuk melihat ),aku pun mengusha folder album dalam handphone aku.Oke foto makanan yang aku snap kelmarin still ade lagi.Dan aku lapar.So,nak bagi korang lapar same boleh ?
Snapshot ini diambil ketika aku bersama family menikmati makan tengahari di Secret Recipe.Diambil sepenuhnya oleh aku dan adik aku,menggunakan handphone C510a.Tiada adegan copy paste di website lain.
Chocolate with whipped cream.Minuman aku
Mi Soba =)
Lasagna.Makanan aku juga =p Hey sedap!
Chicken Corden Bleau.Bawang itu.
Makaroni.Uhh..dengan keju yang sangat la sedap.
Oke aku makin lapar.Huhu..
So itu saje.agak2 lapar malam2 buta camni,sila tengok entry ini lagi =p
Jahat oke?
P/s : Jangan lupa cekodok ni.Ingat makanan tradisi juge.hehe..
(Disnap di kedai makan terletak di Kampung Gajah.)


16 February 2010

HangOutBersamaAnumKesayangan =)

Rude Awakening : Hey aku addicted boleh?
Semalam bersama dengan beliau.Ok aku gembira melampau.Melihat beliau membawa kamera Nikon D-3000 dengan selambanya.Hey serius aku jeles dengan kau Anum.Tapi aku suka. =) Sebab minat kita sama!
Lokasi yang diplih,rumah buruk di kawasan Lumut.Aku drive dengan sangatla cermat ke sana.Bersama dengan aku dan Anum mase tuh,Apex,Fahmy dan Cepuk.Minat yang sama bergabung. =)
Hasil kerja aku dan Anum.Gabungan Handphone dan selebihnya Nikon
Snap oleh Emora 
Foto-foto ini disnap dengan handphone. 
Di bawah ini ialah Anum.Bakal fotografer yang best!
  
Foto dibawah ini disnap dengan Nikon.
  
Snap oleh Anum 
Penggunaan Nikon digunakan sepenuhnya
Aku admit aku taktau nak buat ape ketika ini.Disuruhnya baling daun,aku baling saje =p
Diedit sepenuhnya oleh Anum.Aku tak sentuh pape kat foto ni
Ini disnap oleh Anum
  
Foto atas ini dikreditkan kepada Fahmy.Oke sangat lawa shoot anda
  
Sila abaikan cara duduk aku yang tak sopan ini.Komfirm direject kalau nak buat isteri =p
  
Ok aku taktau nak pose
Jika anda berminat dengan hasil karya beliau,silalah ke Facebook atau ke Blog beliau.
P/S : Ketembaman doe..

Telah direquest oleh mereka

Rude Awakening : Ok dah siap akhirnya.
Nah sekali banyak foto aku edit.Disebabkan telah diminta tolong oleh mereka ini,aku siapkan dengan sepenuh hati.Kalau tak ok atau terlalu simple,maafkan aku ye.Aku tak sekuat dulu.Hee~
Dimiliki oleh Huda
Dimiliki oleh Mieya
Dimiliki oleh Biel
Dimiliki oleh Farah Farhana
Hey sape lagi yang mau foto diedit..?hehe~
P/S : Hey aku sayang kau Ema aka Oren!Cantik foto ang buat nie! =) Hearts2 for you!