21 January 2013

Future?

Can't even remember the last time I wrote my own blog.
Been busy lately. Well yeah. Sort of.

Cuti semester again. And only one semester left to go.
Dan saya masih lagi dalam kebuntuan; untuk menjadi seorang yang bekerjaya after degree, or just simply sambung for another level.

Saya tak confident to make any decision. Even untuk my own future. =.=
Hopefully this time, saya akan buat decision yang betul.

... Oh well that's it.
Lack of ideas again.
Ahhh bestnya jadi blogger macam dedolu. T_T

p.s : Rojak bahasa =p

06 October 2012

6 minggu dah. Semester tujuh dah.

Dah nak masuk 6 minggu semester pertama tahun keempat.
Tahun terakhir sebelum menjejaki alam kerja.
Sambung master? Insyaallah kalau masih lagi boleh membawa diri sendiri, yakni berdikari dengan sendiri.

6 minggu dah.
Kerja makin bertimbun. Assignment menunggu, kerja projek dah jadi haru biru.
Semua nak siap. PSM jangan cerita, tetiap minggu kena jumpa.
Entahlah survive ke tak la semester ni.

6 minggu dah.
Input belajar ada, tapi kemalasan itu tetap ada.
Nak bukak buku rasa malas, ni kan pulak nak revise.
Memang tak la.

6 minggu dah ni.
Semester ketujuh dah ni.
Tapi perangai macam student baru masuk belajar.

6 minggu dah.
Tinggal lagi 8 minggu je lagi kau nak harung.
8 minggu nak siapkan semua kerja.
Boleh?

Semester tujuh dah ni.
Entah diri ni masih lagi buntu dengan masa depan sendiri atau tak.

02 September 2012

Family baru saya ^^

The best part bila masuk ke tempat baru bila kau dapat..
Berkenalan dengan orang baru.
Berkenalan dengan persekitaran baru.
Berkenalan dengan alatan baru.
Semua baru.

Pengalaman sepuluh minggu bagi aku dah cukup bermakna
Sebab bagi aku, pengalaman baru bukan selalu nak dapat
Mengeluh, mengeliat tu dah normal
Tapi lama-lama jadi seronok

Kerana praktikal, aku dah punyai keluarga baru
Keluarga DVI, keluarga kelima besar
Terima kasih untuk tunjuk ajar
Layan kerenah bertiga
Maaf kalau ada terkasar bahasa
Insyaallah jumpa lagi di lain masa






Jangan lupakan saya yang kecil lagi inesen ni ^_^v