11 March 2010

Doktor,saya nak dicheck sebab sakit.Bukan nak bersembang -.-

Rude Awakening : Memerlukan rawatan.Anybody?
Baru je selesai menyiapkan slideshow TITAS untuk dibentangkan pada esok petang.Slide dah ready tapi yang nak presentkan kat depan tak prepare mentally.Takleh bayang camane aku nak bentangkan esok.Mesti menggigil dulu.Tapi boleh dimaafkan kut sebab aku menggigil pun sebab demam. (Erk,ade ke alasan camtuh?)
Ok abaikan~
--------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya setelah seminggu aku menahan kesakitan,pergi jugak aku ke klinik petang tadi.Aku dah tak tahan sangat dah.Dengan lutut macam nak tercabut,suhu badan dah mulai lari dari keadaan suhu badan asal,kepale dah sedikit pening,dengan perut yang setiap hari Rabu boleh dikatekan kena gastrik,takpun loya nak muntah.Ni semua sosej kafe la nie.
Ang ni Ra,dah tau sosej tuh buat ang sakit perut,ang pi makan gak. -.-'
Hee..Semestinya aku memang budak degil melampau.
Oke dah mula nak lari dari cerita.
Aku sebenarnye malas benau nak pergi klinik,sebab aku malas nak bersiap.Tapi disebabkan telah didesak oleh member2 aku termasuk blogger yang rapat dengan aku dan member facebook ( dan dengan kondisi kesihatan yang makin melarat ) ,aku pun pergilah.Member yang hantarkan.Terima kasih kepada beliau sebab sanggup hantarkan aku ke klinik walaupun mase tuh hari dah mula nak menyusul ke petang.Beliau lah yang kuat desak aku suro pergi klinik. ^-^
Nak pergi klinik kerajaan,mesti dah tutup (Alhamdulillah sebab aku tak suke klinik kerajaan,lambat buat kerja ),so mencarilah klinik swasta yang ade kat kawasan Melaka.Oke dah jumpe.Klinik Famili 24 jam.Dengan muke yang nampak sangat sakit,aku masuk,daftarkan nama dan menunggu turn aku untuk dipanggil.
Tak sampai 15 minit,aku sudah dipanggil.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Nak berjalan masuk ke pejabat doktor,aku dah perasan doktor yang nak check aku doktor lelaki.Ok nice,tapi tak best sebab dah kawen. -.-' Hee..Aku memaen je lah.Hakikat sebenar,aku prefer berjumpe doktor perempuan.Takde la rase nak segan2 kalau disuruh selak seluar ke kalau nak check lutut.
Kalau doktor hensem camni,tetiap hari aku sanggup singgah klinik.

Duduk saje kat kerusi pesakit,doktor pun tanyelah soalan yang sangatlah koman kalau berjumpa doktor.
'Boleh tau awak sakit ape?'
'Ha boleh2.Ni doktor,lutut saya ni sakit dah seminggu.Macam urat lari.Bila urut je,makin sakit'
'Yang pergi urut tuh pasai pa..Memangla makin sakit.Nanti takut urat2 halus tuh terputus kalau awak urut.'
Erk,boleh putus urat ke..Aku ingat beliau nak pegang lutut aku ke ketuk2 sikit ke,tapi sekadar pandang dari jauh je.Pastuh ingatkan nak sambung check sakit aku yang lain lak,tup2 doktor tuh pi cerita pulak pasal anak dia nak ambik result SPM la,nak pi Mesir la,doktor dengan jurutera la.Macam2 beliau membebel dan bercerita.Aku pun layan same.Senyum2,mengangguk2 je dengar doktor tuh berceloteh.Dalam hati rase nak je tegur,'Doktor,tolonglah sambung check sakit saye ni.. T-T '
Lame jugak la aku duduk dalam pejabat doktor tuh,lebih kurang dalam 20 minit gak ah duk berborak dengan aku sambil check.Aku cute sangat ke weh?Ahaha.Abaikan keperasanan aku ye. .Sakitnye bukan teruk pun,just demam+batuk+sakit lutut+gastrik.Tuh je.Kesian customer laen duk tunggu je giliran.Maaf,bukan salah aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ubat yang aku dapat,aku rase cam agak tak puas hati la..Huhu..Tadi doktor tuh duk sebutlah aku ada gastrik.Tapi ubat gastrik tak bagi.Ok sengal.
Aku demam,tapi ubat demam pun tak bagi. -.-'
Lutut ni,dibagi ubat tahan sakit je. Mmm..boleh hilang ke sengal lutut ni kalau makan ubat tahan sakit je..Huhu..
Balik dari klinik,lepas abes je solat Maghrib,terus terbungkang kat atas katil.Badan dah tak tahan dah.Tuh tidur.Pukul 9 baru bangun,siapkan Autocad.Done!
Aku nak ucapkan terima kasih sebab mendesak aku ke klinik.Kalau tak memang aku dengan senang hati menangguhkan perjumpaan aku dengan doktor. X)
Dan maseh sebab ambik berat gak pasal kesihatan aku.Aku terima nasihat dari korang,dan jangan risau,EV akan sihat insyaAllah..
EV sayang anda semua.. =)
Nasib baik ubat doktor bagi sedap.

5 comments:

Muhammad Safie said...

makan obat...

Emora Valeria said...

Ye incik Neo..dah makan dah ^-^

Ismail Noh said...

Biasalah, yang laki pun nak doktor perempuan jugak.

Ms_Mui2 said...

ubat sedap?bagus2..
kmk xsuka mkn ubat,kalau dctor bgi ubat pun nk yg liquid!hahaha. kalau tak pun lebih rela d jab.
get well soon dear ^^

Emora Valeria said...

hehe..mail noh,betul2..
mui2,sedap la sebab liquid.hehe...tq dearie~