20 May 2010

Aku cuba

Rude Awakening : Kesejukan ^_^
Salam semua..
Malam ni aku rase tenang je.Dengan suasana yang sejuk bagaikan berada di Swiss aka sejuk aircond sebenarnye bercampur dengan humidity di tahap lembap sekarang ni. 
Sejuk cam kat Swiss ^_^
------------------
AGENDA UTAMA
Aku
Nak hilangkan kebosanan di malam hari,aku mula melihat buku2 novel aku yang dah tersedia kat bilik.Teringat kembali zaman2 aku gilakan novel.Bukan novel cinta,mak aku cukup pantang bila tengok aku membaca buku genre tu.Novel aku semuanya berunsurkan pembunuhan dan jenayah.Mungkin disebabkan pengaruh CSI yang menyebabkan aku mula membaca buku sebegini rupa.

Ah bukan ni yang aku nak khabarkan.

Menggeledah buku demi buku,aku terjumpa buku diari sekolah lama aku dulu.Bukan diari peribadi.Diari ni selalu aku bawa ke sekolah.Kalau cikgu ada bagi kerja sekolah,aku akan catat di buku ni.Ini disebabkan daya ingatan aku yang tak kuat.Cepat lupa.
Nila buku diari sekolah aku ^_^

Membelek sehelai demi sehelai,tarikh demi tarikh.Kerja sekolah ada saja dah bertanda.Maknanya dah siap.Ada je coretan kecil di bawah.Kalau member aku tanya bila aku eksiden,aku belek je buku ni.Sebab memang akan ada.Kata diari ^_^
Melihat kembali buku diari sekolah aku ni,aku diam seketika.Tatkala kehidupan aku di zaman sekolah dulu sudah berlainan dengan zaman aku di U.Aku rasa diri aku makin lama makin malas untuk mencatit,makin malas untuk mengingat,makin malas untuk membaca.
Google kasi~

Malas..Seseorang pernah berkata pada aku dulu..


"Ra,semua orang pandai ra.Mane ade orang bodoh.Cuma rajin ngan malas je.Kalau rajin,makin bertambahlah ilmu.Kalau malas,ilmu takkan bertambah." 

Mungkin sebab kemalasan aku yang aku tak perasan selama ni,menyebabkan makin meninggi,makin jatuh.Aku selalu mengeluh.Mungkin dengan mengeluh itu,dengan tangisan kesal itu dapat buatkan masa berputar balik ke masa kejadian.Hakikatnya tak.
Tapi dengan semangat yang kawan berikan padaku,aku dah mula nak membangkitkan diri.Aku akan cuba perbaiki diri.Mungkin ini bukan rezeki aku,tapi mungkin akan datang.
Aku cuba untuk motivasikan balik diri aku jadi macam zaman aku di bangku sekolah dulu.Zaman aku rajin membaca,rajin mengira,rajin bertanya,rajin menimba.

Setiap manusia mesti ade konflik masing-masing

4 comments:

Muhammad Safie said...

rajin2 ye..

Emora Valeria said...

ye incik neo~! ^_^

Raybond said...

betol2... mlas dan rajin jew membezakan orang tu pandai tak kan.... nak jadi rajin gak... tpi tak pernah rajin...

Emora Valeria said...

hehe...taw xpe..biarlah kite jatuh,t mesti usaha lebih. ^_^