30 May 2010

Bertagged dan Berkomik.

Rude Awakening : Makin normal
Salam semua..
Sejak mula cuti semester, aku dah mula menjadi normal.Bangun dah boleh awal.Tidur dah boleh awal.Ape lagi yang awal?Semua la kut.Even solat aku pun aku dah tak tangguh2 dah.Kire awal gak ah kan?Oh makin normal.Syukur.
---------------
AGENDA PERTAMA
Kena tag dengan sape ni? ^_^
Ternampak shout dari Dauz.Oh kena tag oleh beliau.Terima kasih ! Nanti akan ku tag anda jika ada soalan tag k!
Jawapan untuk soalan tag di bawah :
1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
-Taktaula.Macam2 benda tengah duk pikiaq sekarang ni.

2) apakah nama samaran you all?
-Ra.Tapi kalau kat blog ni,ramai panggil aku EV. ^_^

3) berikan 3 orang yang you all sayang?
-Family,Kawan2 dan....Ttteet!!

4) panggilan untuk si dia?
-Camane nak panggil kalau tengah single mingle ni.. =='

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
-Mau Nikon! ^_^ Tapi komfem tak dapek.So,hadiah yang aku impikan sekarang rantai yang ade ukiran perkataan E dan V. ^_^

6) blog mana yang you all suka visit?
-Aku suke terjah blog yang entri2nya mantap,design layout dia cukup kemas dan best mata memandang ^_^

7) tag kan kepada 15 blogger you all
-> Awat banyak sangat ni.. ==' Aku try eh..
Ade 6 je aku dapat senaraikan.Nanti kalau ade,aku kasik lagi ^_^
------------------
AGENDA KEDUA
Komik
Pecah otak gak ni nak pikir idea untuk taip entri.Biasala bila tahap kebosanan dah sampai tahap maksimum,semua benda aku selongkar.Lepas solat zohor,niat nak landing kat katil.Rehatkan badan.Tetibe aku ternampak komik Doraemon kepunyaan adik tersadai kat atas katil.
Hee..Tuh Nicko ngan Zaraa~

'Eh,aku tak abes lagi bace.Nanti2la sambung.'
Padahal dah khatam banyak kali dah komik tu.
--------------------
Cakap pasal komik,hati aku teringat zaman aku kecik2 dulu.Cukup suke beli komik.Lagi2 komik KAWAN.Kalau korang dah hidup dah masa zaman kegemilangan komik KAWAN ni ,mesti korang ade flashback sikit bentuk komik kawan yang kecik dan tebal tuh,dengan cover buku yang boleh buat korang tertarik abes nak beli.Masa kecik2 dulu kan ulat buku komik.Ade je jual edisi baru,komfem serbu kedai buku beli komik KAWAN.Kalau tak puas bace,aku beli sekali dua buah.Nanti takdelah bosan duk kat rumah.Bila dah selalu beli,memang almari buku aku satu deret penuh dengan komik tu je.Kalau bosan,tarik je satu,baca.Tak kisah la kalau dah banyak kali bace,sebab isi dalam buku tu memang syok,tambah lagi bila lea dapat tambahkan ilmu sebab ade ruang 'Tahukah kawan2..'.Eh yeke ek nama ruangan tuh.Tapi nak iras2 la. ^_^ Banyak kartun dalam komik tu,aku cukup suke kartun Kak Alin.Comel je ^_^
Sumber dari Google ^_^ Ha comel!
Sekarang pun ade lagi kut komik tuh tapi dalam saiz majalah.Tak best dah.Pernah sekali terdetik gak hati nak mencari balik.Punggah kotak2 buku tapi tak jumpa gak.Tah manela ibu simpan.Takut terbuang je bagi kat toke jual kertas tu.Sayang gila.
Lepas KAWAN,masuk lak komik Anak2 Sidek.Saiz dia besar sikit dari KAWAN tapi memang best.Cite pasal anak2 Haji Sidek dengan badminton.Jalan cerita memang best.Cukup je duit,memang pujuk parents aku pergi kedai buku,beli satu.Dan salah satu sebab aku suke beli buku ni,sebab cover dia cun habes.Menarik perhatian aku nak beli.
Sumber dari Google.Satu RM3.50 ^_^
Tapi buku tu pun dah hilang bersama dengan komik KAWAN tuh.. T_T
--------------------
Tahun demi tahun,zaman kegemilangan buku Anak2 Sidek dah mula turun sikit.Naik pulak zaman membaca Doraemon dan Shin Chan.Ha komik kegemaran aku dan adik2 aku.Tapi aku bukan tukang beli,adik aku yang bongsu tu yang suke kumpul.Kalau keluar pegi mane2,balik tu mesti bawak balik dua buah komik Doraemon.Takpun komik Shinchan.Memang melekat la adik aku dengan buku2 ni,dari duk lepak2 sampai ke meja makan.Aku pun rimas.Huhu.. =='
Time2 tengah bosan je,tarik ah satu.Aku rasa dah banyak kali dah baca.Sampai jalan cerita pun dah boleh hafal.Kalau usya kat ntv7,agak2 ade je episod keluar,mestinya aku bising.
'Eh ni dah bace dah kat buku yang dah beli hari tuh!'
Ngahaa..tersangatla budak2 mase tu. =='
Sekarang ade lagi buku2 DoraShin.(Kasi gabung name) Sampai dah tak tersimpan dah kat almari buku.Bersepah2.Aku gak tukang kutip.
Sebahagian kecil.Nanti ah selongkar lagi.
Lepas DoraShin,beralih hati lak kat komik Gempak.Oh mentang dah naik sikit usia,terus tukaq.Adik2 aku pun same.Pergi kedai buku,benda yang nak cari mesti Gempak.Tak Gempak,Utopia.Tapi Utopia tak best. Aku suke kartun yang ade empat kotak je.Ape eh nama dia.Lawak Kampus kan?Ha tolla..





Sumber dari Google
Macam2 watak duk masuk.Tapi aku suke yang jerawat bertimbun uh..Bepop.Comel~ ^_^ Ada part lawak yang agak geli tuh memang buat aku takde selera nak makan pastu.Sengal je.. =='
Sampai sekarang layan Gempak.Lepas ni komik pe lak,aku pun taktau.Ceh,buku ilmiah taknak lak bace banyak kali.
'Ra,baca Reader Digest la baru ade mood dewasa'
'Ha yela tuh.'
Korang suka baca komik pe eh masa kecik2 dulu ? ^_^
P/S : Tak puas hati aku selongkar gak almari.Oh suke!Terjumpa dah buku KAWAN !
Dah remuk2 dah cover.
Jom ke katil sambil membaca!

2 comments:

farina said...

i love to read kawan..huhu yea the best part is kak alin
hehehehe..lame nyer x bace buku kawan ni..

Emora Valeria said...

hehe...tapi ade lagi ke eh jual?