18 June 2010

Jari dulu rajin nak bersms sampai ke pagi.Sekarang?

Rude Awakening : Perut lapar.Perlukan beger.
Salam semua..
Tengah malam camni masyuk je nak taip entri.Time camnila baru idea nak datang.Sengal betul.Baru je nak hempap badan ni atas tilam yang empuk lagi lembut.Oh sabar ye cik badan.Nanti kite landing terus.
Hari ni 17 Jun.Oh Toy Story 3 sudah keluar dan telah ditonton olehku.Biaselah adik2,nak tengok gak.Ikutkan je la.Padahal aku pun excited nak tengok same.
Tetibe terpikir,Nicko aku gerak ke malam time aku tidur. =='
-------------------------
AGENDA UTAMA
SMS tengah malam sampai ke pagi dulunya perkara biasa
Duk syok melayan CSI sambil sumpah seranah sebab taktau kesudahan si forensik ni mati ditikam ke tak,mata aku pun sambil-sambilan meliar ke katil aku.Sepupu adik beradik aku dari Sarawak dah landing dah atas katil,tidur.Dalam 15 minit camtu,aku usya lagi katil sebab takut nak tengok skrin laptop gara2 adegan suspen dalam CSI.
'La tak tidur lagi cik kak sorang ni..'
Dan aku perasan tangan beliau duk memegang handphone.Jari jemari kecil beliau elok je menari atas keypad handphone,membalas mesej.

Sumber Google.



Cam biase ah,otak ni mule la duk teringat2 masa zaman muda2 dulu.

---------------
Aku ni dulu2 masa zaman sekolah cukup rajin bersms dengan member sekolah.Tambah2 lagi dengan aku tengah syok bercinta masa sekolah dulu,lagi takleh lekang tangan ni ngan handphone.Kadang2 tuh aku terpaksa sembunyi kat mane2 tempat yang takde ibu aku ataupun abah aku sebab mereka2 ni pantang aku pegang handphone.Tau2 je aku duk main mesej.
Biasalah,zaman bercinta dulu..Mane boleh tak mesej ngan si pakwe tetiap jam,minit dan saat.Amik beratla katekan.Kadang2 tuh mesej pun benda yang sama je berulang kali.
Kalau tak balas mesej,mesti bising.Kan? ^_^
Sebab tuh la bila tengok budak2 muda baya umur 13 tahun ke atas bercinta ni susah nak tinggalkan handphone,takut si pakwe atau si awek merajuk sebab lambat balas mesej.


Sumber Google

Macam aku.Dulu2 cukup pantang kalau tak mesej sampai 3-4 pagi.Lagi2 kalau mesej dengan si dia,mesti tak kisah punyelah kalau terpaksa tidur lambat melayan si dia.Macam takleh jumpa je kat sekolah esok.Kalau takda kredit nak mesej,sanggup kumpul satu hari seringgit sebab nak kasi lepas topup Maxis RM5.Memang tak sah kalau kredit RM10 boleh habis dalam 2-3 hari je sebab mesej saje.
Pastu kalau nak mesej pun,kena bawah bantal.Takut ibu perasan walaupun aku tak sebilik ngan ibu aku.Kalau bunyi pintu terbukak sikit,cepat2 aku sembunyi handphone aku,buat2 tidur.Punyelah takut gila masa tuh.Ibu dulu sangat strict dalam kebebasan aku untuk bersms.Pantang aku pegang handphone,mesti bising.Pastuh cam tau2 je aku duk mesej ngan lelaki.Sampaikan ade satu tahap,ibu pernah bagi amaran kat nama2 dalan inbox aku sebab taknak bagi aku main mesej sangat sampai ke tengah malam.
Oh penangan dulu sangat menyeksa jiwa.Tapi sekarang tak dah.Kata dah besaq. ^_^
Sumber dari FB aku ^_^
Sekarang ni,mesej2 sampai ke pagi dah bukan tabiat hidup aku dah.Ditambah lagi dengan kehidupan yang solo tanpa bercinta hampir mencecah setahun,memang dah jarang gila nak tengok handphone.Time tengah bosan nak mampuih je aku godek2 sikit handphone ni.Time aku nak dengar lagu,baru aku terkial2 nak cari handphone.Kalau time aku perlu nak bersembang dengan kawan2,kadang2 aku terus call je.Senang.Bila pikir balik,kadang2 aku rasa cam aku perabis duit kat topup je sebab terlalu taksub nak bersms.Kalau kumpul,boleh beli banyak Big Mac McD.
Takpe benda dah lepas.Huhu..
Aku rase aku makin melalut disebabkan virus mengantuk semakin menular.Perlu tidur.
Agak ayat aku dalam entri ni agak pusing,minta maaf na.Hehe..

P/s : Zaman muda dan zaman percambahan matang sudah lain.Aku dapat rasakan.

5 comments:

Tengku Mann said...

wah,pakar cinta ke ni...boleh la mintak tip nanti...hehe..gurau je..=_=

ra, awk ni ingat kat mcd je...risau aku...hahaha

Muhammad Safie said...

huhu..kan jimat kredit begitu...ahakz

Emora Valeria said...

mann,lapaq la.belanja big mac.hehe.
Neo,jimat pun abes gak kredit.=='

Tengku Mann said...

belanja? boleh, tapi awk jauh la...
tak jadi nak belanja...hehe^^

Emora Valeria said...

aiyak.baru nak bersorak.hehe