Salam semua..
Sudah jelas dan nyata entri aku yang lepas mengundang kemarahan dan kegeraman yang meluap2.Mintak maaf jika ada yang mungkin terasa secara tak sengaja dan terasa secara sengaja.Ngahaa!Kepada yang membaca,mintak maaf jika kamu dan kamu dapat merasakan kemarahan aku dengan ayat2 yang dilemparkan.Aku tak berniat untuk berbuat demikian..
Lepas ni aku ingin cool saja jika ada masalah.
Muka senyum,takmau berkerut.Mulut beristighfar,taknak mencarut.
Prinsip baru aku lepas ni.
Aku rasa kali ni mau ubah cara penulisan aku kepada non agenda. :)
Pejam celik,dah masuk lima hari aku di dalam bulan Julai.Sekejap je cuti dua bulan aku rasa di rumah.Dan sudah tiba masanya pulak untuk aku mengira detik masa untuk pulang ke Melaka Sabtu ni.
Tunggu kehadiran aku semula wahai restoran makanan segera yang bersepah2 di serata bandar Melaka.
Teringat kembali masa aku mula menanam azam untuk kurangkan melayari internet.
Macam mana dengan mukabuku aku yang sudah menjadi satu
Sampaikan seseorang pernah bertanya dalam sehari berapa kali aku menukar status di kotak sahutan mukabuku. ^_^ Oh ternyata itu tebiat terlampau aku di mukabuku selain seringkali menukar gambar profile tatkala di dalam kebosanan.
Blog ini?
Juga sudah menjadi satu ketagihan untuk aku bilamana jika entri aku tidak diupdate dengan entri terbaru,aku akan rasa satu kekosongan.Sebabkan blog ini juga menjadi tempat untuk aku melepaskan kegeraman dan kegembiraan serta perkongsian ilmu dalam satu masa.Dan menjadi satu keriangan bagi aku tatkala ada yang memberikan respon terhadap apa yang aku sampaikan.
Kerana bagi aku,adanya respon dari pihak pembaca,blog ini akan hidup serta merta tanpa perlukan pembaca setia aku yang hanya sekadar bilangan yang beratus2 tapi sebilangan kecil atau pun besar yang tidak membaca apa yang aku coretkan.Ye pengakuan secara jujurnya,aku belum lagi mencapai blogger yang hebat.Sekadar seorang blogger amatur yang sudah lama berpijak di dunia blog ini.
Dan yang paling penting sekali,blog ini sudah membuatkan aku pandai berpuitis. ^_^
Ada juga yang memberi nasihat untuk aku kurangkan kegiatan aku mengedit gambar2 di dalam Photoshop.
Itu aku taktau dapat laksanakan ke atau sekadar mendengar melalui telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri.
Photoshop ini juga yang boleh membuatkan aku hilang stress dan kebosanan.
Dan ia jugalah yang membuatkan orang mengenali aku.Dan juga tempat untuk aku menambahkan lagi kekreatifan di dalam otak ini.
Dalam seminggu ni saja sudah berkeping2 gambar aku edit.Entah kenapa mereka sukakan hasil aku,padahal ada lagi yang lebih pro dan lebih kreatif serta unik dari aku.
Tapi terima kasih aku ucapkan.
------------------------------
Boleh ke aku laksanakan benda-benda ini menjelang semester ketiga ini...Mungkin.
Huu..Aku takut sebenarnya untuk menghadapi hari2 baru sebagai pelajar tahun kedua di sana.
Kuatkan semangat.Usaha dan beranikan diri.Itu yang akan membawa aku ke arah kejayaan.
3 comments:
Insyallah...pasti boleh... ^_^
Terima kasih ^_^
sama2...^_^
Post a Comment