15 September 2010

Mood raya episod tiga

Rude Awakening : Raya lagi ke tak?
Salam semua..
Sekarang dah masuk raya ke-6 sebab dah menunjukkan pukul 12.04 tengah malam.
Itu pun tanya si dia.Tanya diri sendiri,komfem terkebil-kebil mata nak pikir sambil jari mengira.
=='


Raya keenam ni,seperti biasa sudah menjadi hari yang normal bagi aku.Erti kata lain,dah mula melepak depan tv sambil mengharap takde seorang pun budak datang beraya nak mintak duit raya.
Keras betul hati kau Ra.

Tapi kalau nak dibandingkan beraya di Kedah dan juga di Sarawak,sangat lah berbeza.Tapi takdelah ketara sangat perbezaannya.
Mungkin dari segi cara beraya budak-budak dari rumah ke rumah.Tak pun hidangan.

Abah aku berasal dari Sarawak.Ibu pulak dari Kedah.
Tapi boleh dikatakan majoriti tahun beraya mesti Kedah.Balik Sarawak pun jarang-jarang disebabkan faktor peperiksaan,tiket kapal terbang,tak pun cuti yang tak kesampaian.

Dalam banyak raya aku sambut di Sarawak,aku perasan juga perbezaan beraya di Sarawak dengan Kedah.
Kalau kat Kedah,solat hari raya dalam pukul 8 lebih.Di Sarawak awal sedikit disebabkan jarak masa.Kalau bulan puasa pun selalu Sarawak yang dapat berbuka awal dari Semenanjung.

Kalau beraya di kampung ibu,budak-budak yang datang beraya mesti datang mintak duit raya.Lepas tuh blah pergi rumah sebelah.Eh bukan,rumah depan.
Kalau beraya di kampung abah,budak-budak yang datang beraya mesti datang dab masuk ke rumah empunya tuan.Bukan nak mintak duit raya,tapi makan kuih raya.Duit raya tak dapat pun takpe.

Selalunya kalau beraya di Kedah,juadah utama makan-makan mesti lontong Singapore.Pergh,terliur mulut aku  bila bayang kuah lontong yang pekat.
Tapi kalau di Sarawak,dihidangkan kek batik sebagai juadah utama.Jarang sekali makan lontong.Kalau aku dan keluarga balik,baru diorang dapat merasa lontong.
Lama-lama tuh dah biasa la.Hehe..
Ni lontong incik Google.Bukan masakan nenek.

Kalau beraya di Kedah,selalunya akan dihidangkan air teh panas.Takpun paling koman,air sirap dan oren sejuk.
Tapi kalau kat Sarawak,air wajib dihidang mesti air bergas.Tiap kali aku beraya ke rumah-rumah orang,air itulah yang dihidang.Jarang-jarang terhidang air panas,atau air cordial.

Kalau kat Kedah,budak-budak selalunya akan beraya dari pagi sampai petang.Kalau kat Sarawak,malam-malam paling best nak beraya.Sebab time tuh la meriah.
Mungkin cuaca malam sejuk,sesuai unuk berjalan-jalan. ^_^

Aku rasa tu jela yang aku perasan.Yang lain tak banyak yang beza pun.Sama juga.Ketupat dan lemang tetap ada. ^_^
Itu dari pemerhatian aku 20 tahun aku beraya.
Kalau salah atau ada lagi yang aku taktau,sila bagitau. ^_^

P/S : Berita utama penuh dengan kes bunuh.Tak aman dah dunia ni rasanya.

4 comments:

afiff edogawa said...

camne dgn jarak umah ke umah?? sarawak lg jauh kn?

cronixsoul said...

23 taun aku dok kedah xpenah plak jmpe air panas.. semua sejuk kot.. rumah sape plak ade teh panas tu cek emora?

Nabiel said...

cedapnye lontong!hehehe~
tuh la kn..skrng pnuh kes bnuh jek..pastu sembelih owg~haha

Emora Valeria said...

afiff,kampung ra kat sarawak,rumah semua dekat2.

Naim,kan aku habaq atas tuh ade yang bagi air sirap takpun oren.air teh ni kadang2 ade.hehe..

Biel,t aku dah reti masak,aku post kat ang lontong lak.tak men dah kad raya.hehe..