18 September 2010

Otak makin berkarat ke?

Rude Awakening : Garu lagi sampai berdarah.
Salam semua..
Aku baru saja lepas bubuh header baru di blog sendiri.Tertekan melihat struktur banner sendiri yang makin lama makin teruk.Ni semua gara-gara otak dah tak perahkan kreativiti untuk berseni di Photoshop.
Busuk ah otak ni. ==
Banner baru.Nampak berserabut.
Aku taknak salahkan thermofluid dan juga material serta Numerical Method disebabkan kreativiti aku sudah mula menurun.
Eh tak.Jangan salahkan siapa2 buat masa ni.Salahkan diri sendiri sebab malas nak buat research macam dulu.

Bukan Photoshop je,part berblogging pun dah hancus.
Dah takde benda nak diceritakan.Entri yang aku post makin hari makin merapu tanpa motif.
Otak makin berkarat ke?Hurh...
Tuh pun ade lagi yang sudi membaca dan singgah.Terima kasih.

Hobi membaca aku juga dah berkurang.
Dulu satu novel dalam masa 3 hari ke 4 dah katam.
Sekarang ni hampeh.Nak habiskan satu bab,merangkak sampai seminggu.
Kalau pinjam kat library,dah sampai expiry date masih lagi terkatik-katik kat bab 2.
Baik tak payah pinjam.Buang 20 sen aku je.

Ah lemas aku macam ni.
Dah,aku nak bunuh Si Pemalas dulu sebelum otak aku makin melarat dengan sikap malas berfikir.

4 comments:

Zairie Husin said...

pelan2 kayuh EV :D


zairie recently posted:
al-fatihah buat m.rajoli

Emora Valeria said...

Huhu... ok2.. =)tq ZA~

Nabiel said...

xpe2~keep on asah bakat ko tuh ra~
biase laa..kdg2 akn down kn?
ko kn sifu ak ra..mne leh ngalah!hehehe

Emora Valeria said...

hehe..ala janganlah panggil aku sifu..aku segan.. =)