Salam semua..
Satu subjek sudah di'mati'kan.Tinggal lagi empat subjek nak dihabiskan.Hoh tak sabar nak tunggu hari Jumaat.
Bukan dah habis paper,tapi dah habis 3 killer paper untuk semester ni.
Tadi telefon abah.
'Abah,kaklong dah habis satu paper hari ni.'
'Boleh jawab tak?'
'Bolehlah abah.Yang revise pun ada yang masuk.'
'Ha kan boleh.Kalau belajar,memang boleh jawab,cuba kalau tak belajar?Tak boleh kan.'
'Aaa...Ye2.'
'Ni esok ade paper lagi tak?'
'Ade je bah.Numerical esok malam.'
'Buat elok2.Malam ni jangan tidur lambat lak.Nanti muka nampak berkedut je.'
'Aaaa..Ade ke bah?Ha ok2.'
Anggukkan saja cakap abah dengan nada suara.Tengok muka takde pun berkerut.Lagi nampak muda ade.
Tuh pun tertambah dengan jerawat muka.Yela sekarang tidur pakat tak synchronize.Memangla.
-----------------------
Sejak mula study week sampai dah mula start satu paper,aku baru terperasan sesuatu.
Menjadi kebiasaan dialog ini kalau datangnya hari nak menjelang exam final.
'Weh,jom library.Study.'
'Aku on je bro.Ajak yang lain.'
Tak pun paling koman yang aku selalu sangat dengar tak pun baca kat FB.
'Beb,malam ni study kat McD jom.Study numerical.'
'Ok je.Aku pun tak paham sangat subjek ni.Ajak yang lain.Best sket.'
'Ha ok jugak tu.Malam ni,pukul 8.30 gerak.'
Aku baru terperasan kejap tadi, student cukup suka belajar kat McD.
Nape eh?
Nak kate senyap macam kat library,takde aku rasa.Pung pang pung pang dengar bunyi budak-budak main kat taman permainan kat kawasan mekdi tu.
Tak tambah lagi dengar orang yang datang sembang macam nak bagi satu mekdi dengar.
Mungkin dah trend aku rasa.Tapi aku nak gak tau kenapa mesti mekdi.Sebab sampai sekarang tak pernah lagi aku dengar orang ajak belajar kat KFC ke,RFC ke,Kenny Rogers ke.Tak pun Old Town.
Mano ado.
Mekdi je yang famous.Tak mekdi,library.Tak library,terbungkang belajar kat rumah.
Kalau aku,aku prefer lagi mekdi dari library.Haha..Aku pun taktau nape.Bak kata dia,aku ni cepat sangat kena psiko bila dengar perkataan library.
Ha memang pun.Aku tak suka,taktau mana punca.
Tapi mekdi pun susah gak nak fokus.Subjek kira-kira ok kut nak study situ.Pernah sekali try belajar subjek proses,satu harem tak masuk.Last-last online,makan ,minum.Done.Balik rumah baru bukak buku balik.
Ngahaa~
Pape pun yang terjadi..
Ha dah-dah Ra.Bukak buku numerical,gi belajo.
2 comments:
mekdi??
sbb open 24/7
ade wifi
dn plg penting boleh refill air...
stuju?
hehe..setuju sangat!
Post a Comment