29 December 2010

Azam baru?

Rude Awakening : Hari ketigapuluhlima
Salam semua..
Bukak FB je boleh dikatakan majoriti update status pasal perlawanan bola sepak di mana Malaysia sekarang menentang Indonesia untuk merebut piala AFF Suzuki.
Dan baru aku perasan perkataan 'LASER' makin famous dari semalam sampai sekarang.Boleh pulak nak salahkan laser?Damn.
-------------------------------
Hari ni dah 29 haribulan Disember 2010.Lagi 3 hari lagi nak menjelang 2011.Cepat betul masa berlalu.
Selalunya nak dekat masuk tahun baru mesti dah sibuk nak list down azam baru,walaupun dah dapat agak dah,dalam senarai tu mesti ada yang tak tercapai.
Bagi aku azam tahun 2010 dah pun tercapai bilamana azam aku untuk mendapat target yang baik untuk pointer semester tiga sudah pun tercapai.Alhamdulillah.
Dan azam aku untuk mengubah penampilan diri pun sudah sampai target.Kira ok la tu.
So azam baru untuk 2011 ni aku mungkin nak list down 11 je memandangkan nak masuk angka 11 dah.
Kalau nak list down ikut umur,satu hal pulak nak taip. (Pemalas)


Azam 2011
1. Semester ni nak belajar kat library.Taknak ade alasan,'Ala,macam boleh fokus je dalam library tu'.Sangatlah tak bersemangat kalau camtu.

2. Kalau boleh tetiap petang nak pergi joging dengan housemate.Memandangkan housemate juga setuju,so jangan tak turun petang pulak.

3.Nak kurangkan tidur petang.Kalau boleh nak try stay up petang dengan aktiviti yang berfaedah seperti online FB.Aik?

4.Nak merajinkan diri dengan bermain badminton bersama kawan.Kalau boleh nak mengalahkan roomate sendiri dalam badminton memandangkan beliau sangat terer bermain badminton.

5.Nak naikkan pointer lagi untuk semester 4,walaupun hakikatnya subjek sem tu sangatlah menyakitkan jiwa dan raga.Oh tidak T_T

6.Kurangkan makan untuk berjimat cermat.Macam boleh je ni.. =='

7.Nak try tidur tak lebih dari pukul 3 pagi atau 4 pagi.Sebab semester 3 dah banyak kali stay up melebihi 4 pagi.Kalau stay up nak belajar takpela jugak,ni online FB. 

8.Taknak berserabut otak pasal masalah yang karut lagi marut.Biar otak berserabut dengan masalah yang berilmiah sikit.

9.Kalau boleh 2011 ni taknak ada tambahan musuh.Cukup ah dua tiga orang dah jadi musuh aku.Haha..

10.Nak jadi orang yang lebih rileks dan cool,taknak ada sifat gelabah. 

11.Nak merajinkan diri jumpa pensyarah kalau ada yang tak paham.Ni pun macam boleh je T_T

Ha cukuplah sebelas.Sebelas benda ni pun macam boleh je buat bagi sempurna.
Tapi yang aku pasti nak buat nombor lima tu.Kalau dapat dekan..fuh!Masyuknya...
P.S : Tahniah pasukan Malaysia untuk kemenangan malam ni ^_^


3 comments:

Kuwe said...

banyak betul azam dia. jangan tak jadi sudah laa azam tu. heh. payah juga nak kena qada'

hafizmohamad said...

sis e.selamat menyempurnakan azam!!:D

Emora Valeria said...

hehe..kuwe,harap2 terlaksana ah =p
hafiz,tq2!