11 February 2012

Suatu tengahari Sabtu..

Jam 10.30 pagi.
Baru lepas servis kereta. Balik dengan perasaan mengantuk disebabkan selalunya lepas jam 9 pagi, mesti aku akan topup balik tidur. 
Bukan topup,tapi dah terbiasa tidur lepas jam itu.
Hati dah gembira dah bila sampai rumah. 
Niat nak tidur dah disimpan dah. Tinggal nak buat je.
Tapi sekali terbantut. Abah dah pesan awal dah,ada kenduri kahwin.

Mendengar perkataan kenduri aku dah lemau. Mau nak mencari baju kurung dalam almari yang dah semacam tongkang pecah tu satu hal.
Ikutkan hati nak pakai je baju biasa ke kenduri. 
Tapi disebabkan nak menjaga penampilan perempuan,dipaksakan jugak.

Perempuan.
Kalau tak bergaya tak sah. Muka mesti tebal dengan mekap. Baju mesti cantik digosok. Kasut kalau boleh nak setinggi 1 inci paling kurang.
Orang laki apa tahu. Baju kemeja siap, songkok tersisip elok atas kepala.
Senang. 

Jam 12.30 tengahari.
 Kereta parking cantik je bersebelahan dengan dewan IKM yang tersergam biasa dari pandangan mata aku. Perasaan dah gembira dah sebab makan free. Langkah demi langkah menuju ke dewan dengan gaya konfiden-muka-inesen.
Macam biasa,akan ada tuan rumah di ruang legar untuk menyambut tetamu.
'Muka tuan rumah cam tak berapa kenal,saudara gamaknye', hati berbisik.

----------------

Nasi dah penuh dalam pinggan. Lauk yang dibagi seciput je. Aku senyum je melihat.
Dasar jimat betul.
Mata meliar cari seat yang boleh tengok pelamin. Sebelah makcik tu kosong.
Walaupun memang dah jelas terpampang dah takde orang melainkan makcik dan suaminya, aku tanya dengan senyuman biasa. 
'Makcik,takde orang ke?'
Sambil makan,makcik tu mengangguk tersenyum.

Dengan mulut pecah, digahkan jugak menyuap nasi. 
' Abah, mana Uncle Nasirnya? Tak nampak pun. Betulke kenduri kat sini?'
Dengan senyuman sinis, abah jawab..
' Salah tempat dah ni. Makan je.'
'Abah ni biar betul. Dah makan dah ni.'
'Makan je.'
Dengan hati percaya tak percaya,tetiba announcement naik.
'Selamat datang ye kepada hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan anak kepada En Abdul Hamid dan..'
Dem.
----------------

Lepas habis makan, terus exit. Abah salam jugak dengan tuan rumah. Muka konfiden senyum.
Aku? Perasaan facepalm sampai dalam kereta.

 7 jam lepas kejadian,baru aku tahu kenduri tu belah pihak perempuan. Tuan rumah yang aku kenal datang bersama pengantin.
=='







9 comments:

Nabiel said...

hahaha..ade jugak jadi macam nie ek..

Neo_matrixzz said...

haha..klakor

Khuzrin Kamarudin said...

Ini sumpah lawak. Hahahhaa...!!

yad'z said...

kahkahkah... aduyaiii.. lenkali time nak salam tuan rumah, tanye dulu.. hakhakhak

My MiRa said...

hahahhhahha luuccu

ayanuts said...

he..he..serius tak sgka..kalo ada dkt tmpt awk xtau laa sy nk wat pe

Syakir Rahman said...

hahahaha...ade gak kes mcm ni... =D

hamzah ian said...

hahaha..

epik jugak ni..

ahahaha

Iera Aziz said...

like like~~haha