20 April 2010

Apa yang ada pada DOTA?

Rude Awakening : 22.4 semakin hampir 
Salam semua..
Petang2 camni,dengan angin sepoi2 baru habisnya hujan yang lebat tadi,aku dah mula takde mood nak teruskan TITAS aku yang dah dimulakan sejak pukul 3 tadi.Aku takleh nak mengagak adakah aku sempat nak habiskan semua subtopik dalam buku ni sebelum 22.4?Oh tak mungkin... So time2 camni la tangan aku dah mule nak menggatal untuk menaip entri kali ni. ^_^
-------------------------------
AGENDA PERTAMA
D.O.T.A. Ape tu?

Dari zaman aku di bangku sekolah menengah sampai sekarang,aku asyik mendengar 4 huruf ni dari mulut2 lelaki terutamanya dari pihak lelaki yang gila game aka Gamers.Aku dari dulu tertanye2 gak,ape yang best sangat pasal game ni..Sampai makan malam dengan housemate aku dan member lain pun,kitorang duk bercerita pasal DOTA atau nama saintifiknya, Defence of the Ancients.So,dari situ lah aku decide nak tanye soalan ni kat FB.Mane tau ade feedback dari pihak lelaki yang gila DOTA.Dan ternyata aku berjaya menarik perhatian mereka untuk menjawab.
Sila klik untuk tumbesaran imej yang hebat ^_^
Dan di bawah ni adalah feedback dari mereka.
Dan jawapan di bawah ni menarik perhatian aku.
Bila aku bace balik komen2 ni,aku dapat buat kesimpulan yang simple :

DOTA membuatkan orang tak tidur malam.
Mereka yang gila DOTA sanggup duduk di depan PC berjam2 semata2 nak menang.
DOTA sebuah game yang memerlukan strategi.
DOTA membuatkan orang lalai.
DOTA=Macam dadah.Sebab menjadi ketagih bila main.

Itu kesimpulan aku sendiri.Aku ingat lagi dulu2 aku bayangkan game DOTA ni macam game tembak2.Macam Counter Strike.Tapi tak.Aku tengok macam bosan je.Sampaikan member aku siap boleh list down lagi command atau term2 yang diorang pakai dalam DOTA. Sangat gila addicted.Ade yang ajak aku try game ni,tapi sumpah aku taknak.Nanti addicted susah. ^_^


Counter Strike game.
Ugh..Serius aku tak faham langsung tengok game DOTA ni =.='

Aku rase nak ucapkan tahniah sehabis baiklah kat orang yang menghasilkan game seperti ni.Sebab dah buatkan orang yang bermain benda ni menjadi ketagih untuk bermain lagi.
Baik aku main game Harvest Moon.Lagi best~

P/S : DOTA stands for Dunia Orang Takde Awek.Kalau perempuan main game ni camane lak?Tukar DOTA to DOTL,Dunia Orang Takde Lelaki. ^_^

21 comments:

RastaMat said...

Hahahahaha..
aku laki, tapi x addict pon men DOTA..
Aku lagi addict maen solitaire..
hahahahaha...

Sylarius said...

Orang perempuan memang susah nak paham benda yang berkaitan dengan logik ni. Permainan dota ni memerlukan strategi macam main chess jugak. Naluri lelaki memang sukakan persaingan, jika dahulu lelaki suka bertumbuk untuk menunjukkan kejagoan masing-masing, sekarang ini lebih kepada kebijaksanaan dalam permainan. Itu adalah fitrah lelaki. Punca peperangan juga adalah dari lelaki untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Perempuan yang lebih mementingkan emosi daripada logika memang tak akan faham.

Lelaki = logik ; Perempuan = emosi

Emora Valeria said...

rastamat : wah game solitaire?terbaek..hehe..

sylarius : wah suke jawapan anda.baru lengkap.Oh baru tau nape lelaki sangat gilakan game tuh.tapi satu je,tak pening ke main game camtuh?

Na-De-Ra said...

haha...dotA=ease the tension=.="

Na-De-Ra said...

eh...DOTL ok gak...xD

Emora Valeria said...

Nadera : DOTL ok?HEHE..sep2~ ^_^

hack87 said...

Strategy & teamwork is the common skills needed to be a DotA Pro Player. Bila cakap pasal dota, berkait rapat dengan Hero (Intelligence, Strength & Agility), Items & Skill. Dota ade banyak hero tak macam game lain dan setiap hero perlukan recipe tersendiri untuk menjadi yang terkuat - ni jugak tak macam game lain. Sebab tu game ni amik masa yang lama utk belajar n amik masa yang lama untuk habiskan satu-satu game. Game ni bukan saje popular di kalangan lelaki tetapi juga perempuan. Kalau kat M'sia ni perempuan ni memang dididik dengan game-game yang soft. Dota ni ibarat main judi, kalau kalah nak main lagi. Kalau menang pun nak main lagi sebab dah anggap diri kite dah power. Bila kena hentam teruk2 lagi la main kerap nak kalahkan org lain.Game ni disukai kaum lelaki sebab bila skill kite power, boleh menunjuk2 kat org yg kite power padehal ade lg yg lagi power. Game ni bukan saja dipelopori golongan muda malah dewasa.

Emora Valeria said...

naim,gilo panjang komen ang..haha..oke2,itu pendapat kau,aku terima.feedback ang pasal benda ni sangat best untuk aku bace. ^_^ terima kasih

PrinCe_TopEx said...

1 lg name saintifik dota-
Dunia Orang Tanpa Awek...hahahahah.

Muhammad Safie said...

Same ar..Xreti ar main DOTA... kalau main harvest moon to expert ar jugak..leh gak bela ayam, lembu..Pastu tanam2 sayur..Jual tomato..Pastu, besarkan umah, gi cari awek pastu kawin..sekurang2nya ada gak jalan cite..Tapi kalau DOTA..entahlah..macam xleh masuk je game tu..blurr habis..

Emora Valeria said...

topex : ha tuh saintifik name lagi satu,hehe..

neo : ha tau xpe.wah geng la kite~

Faridism said...

:) kene try dlu dota. then baru judge. dont simply judge a book by its cover. before read it. haha

Emora Valeria said...

faridism : thanx for ur comment..hehe...everyone has their own point of view. ^_^

ParkAir said...

aku ketagih PES je. dota penah gak try tapi tak sampai ketagih dah berenti main. x reti dowh.

Emora Valeria said...

parkair : hehe..susah ke game tuh...

K2r~90 said...

sbb membe2 gue lyn dota
1) kes1 ketageh men game neh time exam n akhirnye pointer pon bez

2) kes2 gune game nie sbg medium release tensen.

3) kes3 satu2 nye dunie x yah ngadap awek. tensen gak kot haha

4) kes4 men beb ngan membe sape hebat diblanje

5) kes5 saje mencube game2 xtream haha

aq takat tgok orng men jek, hehe

Emora Valeria said...

k2r~90 : wah dah list down dah nie..memang observe betul~

Muhammad Iszee Feekri Bin Mohd Nor ツ said...

mcm dh x perlu feedback jea? haha, iszee salah sorg dota addicted. hidup reax-treme! ;)

Emora Valeria said...

iszee : hehe..takpe,bagi je feedback.. ^^ oh fanatic dota ye..

nicko said...

i pn slh sorg yg addicted with dota.kdg2 tu 6jam non stop maen.i pn xtau la knp kuat sgt pgaruh game ni.

Emora Valeria said...

nicko : dats y i buat entri ni..sbb i pun plik..hehe..