15 June 2010

Aku marah...Pabila..

Rude Awakening : Cukup2..
Salam semua..
Hari ni pening memikirkan banyak benda.Result final dengar cita keluar hari ni tapi masuk portal takde pun.Ah bengang.Cukup tak suka melayan tekanan emosi bila masuk masalah result.Aku cam dapat rasa dapat teruk je kali ni.
----------------------
AGENDA UTAMA
Aku Marah..Pabila..
Tekanan emosi mula terasa
Bagai nak gila aku rasa
Ahh!!!Rasa nak menjerit satu dunia
Tapi apakan daya,aku hanya manusia biasa

Aku marah dengan diri aku
Aku marah dengan jiwa aku
Aku marah dengan pemikiran aku
Aku marah dengan kehidupan aku

Marah..
Aku marah..Pabila segala benda aku buat semua tak kena
Pabila segala urusan kehidupan aku sendiri entah kemana
Aku dah mula hilang..
Hilang semangat untuk berjaya

Aku marah..Pabila kadangkala aku diam membisu
Bisu dari segala masalah
Aku kadang2 kaku kerana aku tak mampu
Tak mampu untuk menerima dugaan dari Allah
Tapi takpe..Selagi aku berdoa dan bersujud kepadaNya
Selagi itu aku tak berputus asa

Aku marah..Pabila aku cemburu melihat kawan aku
Yang begitu mesra bagai berkawan dengan ibu mereka
Aku teringin nak begitu tapi ibuku tegas seperti selalu
Kadang2 dimarah,dipukul sekali dua,dirotan di jiwa
Tapi takpe..aku tetap sayang kerana itu ibu aku

Aku marah..Pabila segala benda aku buat
Tidak dihargai langsung oleh mereka
Kadang2 aku tertekan..Kadang2 aku biarkan
Bukan nak mengharapkan sesuatu benda sebagai balasan
Hanya ungkapan terima kasih yang aku nakkan
Tapi takpe..Aku redhakan saje

Aku marah..Pabila keputusan peperiksaan aku tidak membanggakan ibu bapa aku
Tidak membanggakan keluarga aku
Tidak membanggakan diri aku
Tidak membanggakan guru2 aku
Aku marah..Pabila aku tak mengubah cara belajar
Walaupun sudah diberi amaran melalui keputusan
Aku dah cuba..Tapi kadangkala aku terjatuh juga
Kadang2 aku menangis kerana tak boleh berjaya seperti mereka
Tapi takpe..Selagi aku hidup,selagi tu aku berusaha

Aku marah..Pabila aku biarkan diri aku dibuli 
Walaupun aku tau aku mampu untuk melawan
Tapi apakan daya,mulut membisu seribu bahasa
Hanya mengikut saja kehendak mereka
Tapi takpe..Selagi sabar aku di tahap selesa,aku terima

Aku marah..Pabila aku tak reti..
Untuk menjadi insan yang yakin pada diri sendiri
Untuk menjadi orang yang cerdik
Untuk menjadi orang yang berguna
Untuk menjadi anak yang boleh dibanggakan
Untuk menjadi kakak yang boleh menjadi contoh
Untuk menjadi hamba Allah yang mengikut perintahNya
Tapi takpe..Selagi dipanjangkan umur,selagi itu aku mencuba

Aku sekadar manusia biasa
Punyai akal,punyai jiwa
Punyai emosi,punyai masalah sendiri
Aku kadang2 alpa..Kadang2 terjaga
Kadang2 menerima segala yang ada
Kadang2 redha dengan kehendakNya
Ya Allah..Kuatkanlah semangat dan keimanan aku
Agar aku dapat bertahan menghadapinya

P/s : Aku tak larat menyimpan perasaan

5 comments:

Epul Azimi said...

kemarahan yg dipendam mmg tak elok,sbb tu bagus ade blog untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan,jgn marah2 dah lepas ni ok....:)

Rara said...

^_^ hee..Maseh Epul.Dah lega dapat lepaskan tekanan.

Neo_matrixzz said...

result dah kuar lah kan..saya dh check dh td..gi la check..

Rara said...

neo,sudah check ^_^ tq~

Anonymous said...

at least the angry goes here...sabor2 :)