08 July 2010

German kalah,entri khas perlu dilaksanakan

Rude Awakening : Gosok2 mata..
Salam semua..
Pagi2 Subuh tuh aku dengan mamai,mata terbukak sebelah,terdengar la abah sebut Spain menang perlawanan pukul 2.30 pagi tadi menentang German.Tertekan aku dengar terus tutup muka dengan bantal busuk.
Aku rasa team2 yang aku sokong mesti kalah jugak akhirnya.Sokong Brazil kalah,sokong si Argentina pun kalah,sokong si German pun kalah gak.Ape kes ni..
Lompat sakan ye..Takpe2.
Tambah2 lak dengan psikik si sotong kurita bernama Paul yang ramalkan Spain akan menang pada perlawanan tu,memang kebetulan sungguh la.Rase nak cincang je sotong tuh buat sambal.
Sotong terkedek2 nak pergi kat kotak Spain =='
Ha memandangkan team2 yang aku sokong kalah,aku nak sokong Spain la camni.Agak2 kecundang tak diorang next game nanti? ^_^
*Statement yang agak kuang ajaq bak kata cik Ryn =p
Disebabkan aku dah janji ngan seseorang nak buat entri khas+beger mekdi mcdeluxe kalau German menang,aku kena tunaikan la.
Baru je nak baca entri khas pasal aku =='
------------------------------------
Entri Khas dari Doralin ^^,
Entri ini bukan saja2 untuk ditulis
Tapi sudah dijanji kalau si German kalah dengan Spain
Apa boleh buat,benda nak jadi
Silakan Ra dengan penuh keikhlasan di hati ^_^

Nak diimbaskan kembali,memang cukup suka hati
Secara tak sengaja aku kenal beliau di blog UTeM yang rasmi
Muhammad Safie nama sebenar diberi
Tapi panggilan pendek Neo tetap di hati ^_^
Muka sekali imbas macam Pierre Andre dah aku rasa
Ha jangan nak kembangkan hidung ye wahai saudara ^_^
Teringat lagi pertama kali berchatting di Skype
Tarikh 26 Januari masih tersemat
Aku ingat terhenti di situ,rupanya bersambung selepas tarikh itu

Ikhlas aku berkata,aku suka berkawan dengannya
Kalau lepak bersama,tak pernah sunyi walau secebis masa
Mana taknya mulut beliau tak pernah membisu kecuali bila aku berkata
Tapi selalunya aku lah tukang pendengar,beliau menjadi tukang bicara.
Belum cerita lagi kalau aku ada masalah
Beliau la aku selalu mengadu dan beliau juga yang selalu membebel kat aku
Kadang2 tutup mata sebelah baca segala bebelan beliau
Tapi kadang2 aku tersenyum sebab amik berat jugak beliau kat aku ^_^

Teringat masa pertama kali lepak bersama
Di restoran D'Pelican kat kawasan Melaka
Baru aku tau tinggi jugak orangnya
Jalan sebelah terasa macam budak kecik je aku rasa =='
Ingatkan lepak sekali ni je,tapi banyak kali jugak aku rasa
Bosan?Takdela,aku rasa lagi gembira dapat berjumpa ^_^

Kalau nak dicerita,aku rasa panjang tak terkira
Tapi setiap kali berjumpa,ada saja yang boleh dibuat gelak ketawa
Dari peristiwa melihat perlawanan bola bersama sampaikan peristiwa diberi bunga 
Semuanya buatkan aku senyum seketika
Terima kasih incik Neo sebab sudi mengukirkan satu persahabatan bersama
Harap persahabatan ini kekal sampai bila2
Senyum! ^_^
Tamat sudah entri khas
Apesal la si German tak menang =='
Teringin juga nak tau entri khas dari beliau
Tapi dah takdir si German kalah,redhokan sajalah T_T
-------------------------------
Habis satu hutang,chicken mcdeluxe akan menyusul pulak ye incik Neo.Bawak bersabar.
P/S : Jangan gelak aku bersajak =='

6 comments:

Muhammad Safie said...

Hihihi.. Suke entry ni...hihi..
Senyum lagi..

Tengku Mann said...

wah...pandai ra b'sajak ye...^_^

Emora Valeria said...

Neo,kalau suka tuh dah dikira bagus untuk saya ^_^
Mann,secara tak sengaja ni terpandai lak susun ayat.hehe

SweetyMui2 said...

wakakaka..nsb bek aku xjnji ngn sape2 nk wat cmnie :P

Emora Valeria said...

Mui2,aku cam konfiden je german kalah.tengok2..huhu..

Kie-yu said...

ole!
dah nk abes pon WC
kejap je rasa kan?