09 July 2010

Melaka maksudnya semester depan sudah bermula!

Rude Awakening : Hari terakhir di Perak ^_^
Salam semua.
Pejam celik mata ni dah pun hari Jumaat.
Esok nak berangkat pulang ke Melaka.
Aku rindu kat jalan raya Melaka yang berliku2,kat roundabout besar kat kawasan depan TTU
Dan juga Mekdi yang bersepah2 kat kawasan bandar Melaka itu
Serta MBMB yang saban hari makin cantik kat situ
Melaka,tunggu kehadiran EV di sana
Sebab nanti aku nak terjah satu bandaraya


Barang2 nak dibawa sudah dikemas habis
Tinggal telekung dan sejadah serta Yasin saja untuk perhabisan
Eh jangan lupa pulak pakaian dalam
Nanti terjerit2 kat hostel,sape nak kasi pinjam
Beg2 pakaian sampai dua aku bawak
Yela,dah nama pun duk jauh,kasi la can
Tapi agak2 muat ke loker pakaian
Kang tak pasal2 terkopak sebab penuh bersarat


Mulanya pagi Ahad,sudah mula bergerak sendiri
Tanpa ibu dan abah di sisi
Tanpa adik yang sentiasa membuli dan dibuli
Makanan nanti semua kena bayar sendiri
Ekonomi kewangan semua kena pikir sendiri
Pepandailah jimat bukak sem ni
Sebab PTPTN bukan semua dapat sekali
Kena berkorban untuk yuran nanti
Tapi bukan bermakna aku nak kosongkan perut untuk ini
Biar duit perabis kat makanan,jangan pi perabis kat Jusco tepi jalan


Otak merewang lagi memikirkan suasana semester depan
Macam2 perangai dan kerenah aku akan kenal
Yela dah nama pun senior,mestilah ade si junior
Belum lagi nak tambah lagi budak2 baru masuk ke kelas aku nanti
Dengar cerita sepuluh orang lelaki,dua orang perempuan
Wah bahagialah pandangan mata melihat jejaka baru yang datang
Ra,sempat lagi kau nak menggatal
Fokus kepada pembelajaran,itulah tujuan asal


Segala semangat dan keazaman dijiwa perlu dibawak ke Melaka
Jangan tertinggal sebarang kata2 di Perak sana
Semester depan,usaha perlu ditingkatkan
Jangan sampai menurun pulak dari pointer yang asal
Nanti tak pasal2 malu denggan rakan2
Tunjuk kat orang lain aku pun boleh buat


Kepada rakan2 FB dan juga di bloggie
Terima kasih sebab menemani aku selama dua bulan ini
Tunggulah kemunculan aku dengan status baru nanti
Tapi taktau bila,memang kosonglah jawabnya nanti
Eh jangan telefon pulak cik ambulans maupun hospital
Aku sihat2 saja,jangan risau,itukan FB sahaja.
Nanti senang2 kita berborak macam biasa


Ha sudah2 la aku berceloteh
Aku rasa dah dua kali aku berseloka sedemikian rupa
Jangan gelak ye aku bersajak untuk kali kedua
Nanti aku katok kepala baru tau
^_^
P/S : Terima kasih ibu sebab hadiahkan kaklong rantai loket E. ^_^ Sayang ibu~
E untuk EV.E untuk Emora.E untuk Eera ^_^

12 comments:

Kazen said...

welkambek to kampus

Umie Nadhirah said...

amik course ape kat Melaka?

chokilala said...

good luck naik sem ni. hohoho. aku tengah LI, dah start seminggu awal :P

Emora Valeria said...

Kazen,maseh2..hihi..
Umie,course pembuatan la dear.. ^_^
Choki2,LI dah ka?Gud luck2!

Tengku Mann said...

hahaha...sorry.. tak tahan dah..pasal
pakaian dalam pun nak citer ke ra...

oh..baru tau ra ni jenis menggatal...hmmm

rantai E tak lengkap tanpa rantai V... :D

alisha said...

jaga diri elok-elok kat melaka .
rantai tuh , cantik sgt .
:)

Emora Valeria said...

Mann,sekali sekala buh benda kecik,pa salahnya.hehe..takpe.E pun ade kira hidup gak.hehe..
Alisha,terima kasih sayangs.. ^_^

zairie said...

ev.. jangan lupa wat asg.. hehe

Emora Valeria said...

za,itu wajib diingat! ^_^

oReNdeViL'89 said...

bubye! muahaha! jgn asek cuci mata, nti buta! wakakaka

Emora Valeria said...

ema,yelah2.aku tak cuci mata.hehe

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Rantai loket E tue tak besar ke?Nanti macam hip-hop pulak.Keh Keh.