26 July 2010

Hari semalam mengajar aku

Rude Awakening : Hari2 ku tempuhi dengan segulung dugaan
Salam semua..
Tatkala aku duduk keseorangan melayan MyLine serta lagu di kotak laptop,aku terpikir sejenak tentang perkara semalam.Bilamana seorang lelaki yang ku gelar anonymous sudah mengacau jiwa aku semalam dengan ayat yang ternyata bagi aku sebagai seorang perempuan sangat sensitif untuk aku telan,maupun menerima.
Printscreen dari Formspring
Pagi dihiasi gelak tawa aku dan rakan serumah,bertukar menjadi tangisan sebentar dari diri sendiri pabila melihat ayat2 di atas ni.Bukan sedih,tapi tersentap.Tersentap bila perkataan MURAH itu sengaja diperbesarkan.
Soalan demi soalan bermain di legar fikiran.
Aku tak melayan,dikatanya sombong.Bila beramah,begini pulak yang timbul
Salahkah aku berkawan?
Otak aku ketika itu sudah berkecamuk dengan persoalan yang tak dapat aku jawab.
Semua benda aku buat masa tu,jadi serba tak kena.Belajar subjek Proses,hanya segelintir fakta saje yang masuk.
Ah sudah..Beliau berjaya membuat jiwa aku kacau hari ni..
--------------------------------------
Petang menyusul tiba.Aku bangun dari tidur dengan harapan boleh melupakan apa yang berlaku pagi tadi.Tapi harapan itu sekadar harapan.Benda itu sentiasa berligat dalam otak.
Aku cukup pantang bila benda remeh sebegini berlaku.
Mulalah aku menelefon kawan karib aku.Mulalah aku bersms dengan kawan yang aku rasakan dapat memberikan aku sedikit kelegaan.
Mulalah aku menyuarakan masalah itu ke rakan serumah,sebilik.
Petang itu juga aku membuka balik website Formspring itu.Ternyata ada tindak balas dari si anonymous.
Printscreen dari Formspring
Sekali lagi aku terdiam.Adakah ini satu nasihat atau satu cara untuk menjatuhkan aku sebenarnya..
Jiwa kacau sekali lagi.
Pelbagai cara aku cuba untuk mengambil ini sebagai perkara positif sebenarnya..
Tapi cara itu tak boleh buat aku lupakan terus perkara ini.
Aku pelik.
Bila masa aku mencari scandal,sedangkan hidup aku dipenuhi dengan rakan2 aku sendiri.
Bila masa aku bercouple,sedangkan hidup aku sudah mencecah setahun hidup keseorangan tanpa cinta.
Bila masa aku cepat tersangkut dengan kata2 seorang jejaka,sedangkan aku still lagi hidup keseorangan.
Manusia..
Bak kata orang,manusia ini cukup tak puas hati dengan kesenangan maupun kelebihan seseorang.Manusia ini akan sentiasa mencari segala cara untuk menjatuhkan seseorang.Secara sengaja atau tidak sengaja.
Hari semalam itu..Mengajar aku sebenarnya.
Biarlah orang nak kata apa pasal kita.Kalau sentiasa mengambil kisah dengan apa orang kata,susahlah nak hidup.
Kepada pihak anonymous semalam,ingin aku ucapkan terima kasih sebenarnya kerana mengajar aku untuk sentiasa tabah dan kuat dalam hidup aku.
Terima kasih walaupun ayat2 kau berikan pada aku pedih untuk aku baca semalam.
Tapi ingat wahai saudara,manusia itu ternyata tidak sempurna.
Printscreen dari Formspring
Terima kasih kepada kawan2 kerana memberikan aku secebis nasihat dan juga motivasi diri untuk aku. ^_^
Setiap hari penuh dengan motivasi diri.Bak kata orang,itulah yang membuatkan hidup kita menjadi lebih matang.

16 comments:

SweetyMui2 said...

YaAllah v..org dengki kat ko kot.huu.ni yg susahnya single ni v,layan sket sume nak jadi bahan..dunia2 sigh~

Emora Valeria said...

Mui2,taktaula dengki ke pe.aku taktau yang hantar ni kenalan rapat aku ke tak. takpela,dugaan kut

Tengku Mann said...

sabar je la ra...itu mungkin dugaan dr allah kepada hambanya...banyakkan berdoa dan sentiasa meminta pertolongan dari-Nya...banyakkan juga berzikir...^_^

RastaMat said...

Dunia berteknologi lebih memberi tekanan yang tak pasti..
contohnya fitnah2 macam haram kat form spring ko tu..
nasihat aku,
SILA BUANG FORM SPRING KO TU JAUH2..

hahahaha...

takyahla buang mase ngan benda tu..
ko kene macam tu, ok lagi..
ada orang kene maki hamun lagi dahsyat beb..
ngarotla natang tu..

cume nasihat je..takyah ikot kalau ko rase tak betol

Peace of Lorve!!!

Emora Valeria said...

Mann,sabar itu separuh daripada iman kan? ^_^
Rastamat,aku tau ada yang lagi teruk kena dari aku sebab aku pernah baca.takpe nasihat kau bagi aku terima gak.

afiff edogawa said...

ah mat.. kau bg nasihat je pndai eh.. ble nk wat fb?? loser...

saba ek ra... biasela, dlm hidup ini mst ade yg x puas ati ngan kita.. abaikn je mrk sume tu...

Tengku Mann said...

yup..sabar tu separuh drpd iman..mungkin allah nak menguji awk agar tak lalai dan selalulah ingat kpd-Nya...

ini mungkin ujian kecil drpd allah..mungkin ada ujian yg lebih besar lagi drpd ini dlm hidup awk...

yg penting sentiasa berdoa..

Emora Valeria said...

Afiff,mat takmau wat fb ah.hehe..takpe,sabar itu lagi baik dari melenting kan? ^_^

cronixsoul said...

hehe.. dun sad sad.. kalau aku la, lagi suke kalo orang mengata aku.. sebab orang yang selalunya buat ayat mcm tu, dia ada banyak kelemahan.. this is a psychological fact that lagi banyak kelebihan + kebaikan kite, lagi banyak musuh n orang yang cemburu dengan kite. orang yang dengki dengan orang lain tu sebenarnye dia cuba menutupi kelemahan diri dia yang sebenar dengan mencari keburukan orang lain. Selalunya orang yg macam ni tak banyak kawan n ramai orang yg xsuke dye.. klu ade pon kawan2 stakat berseronok but no one will be with him/her bila ade sesuatu masalah.

Emora Valeria said...

Naim,aku pun rasakan begitu.psikologi manusia kan..Takpelah.Malam tadi baru aku terpikir hikmah2 semua ni.kawan2 aku ada untuk aku.itu pun dah cukup ^_^

KembarA KehidupaN said...

arwah atok den penah cakap..."kalau ade owg ckp mcm ni,ko buat bodoh je,kalau layan leh jadi gila"...

Emora Valeria said...

Kembara,pandai pun. ^_^ cakap kat atok,atok pandai.

KembarA KehidupaN said...

erk..die da xde da..huhuhu..xpe nnti apiz doa kat die,apiz kirim k hihihi

Emora Valeria said...

^_^ terima kasih apiz

RastaMat said...

Afif P****K..
bek ko diam..
nanti ko dengan kete ko aku tukar cat baru..
hahaha..

opsss...
sory kerana berkelakuan kurang sopan..

wakakaka...
chillax!!!

ZACK ENTRY said...

jangan di layan..saja jer nak buat kecoh..