Salam semua..
Seperti mana hari semalam,hari ini juga hujan turun dengan lebat.Bagaikan tangisan seorang gadis yang kecewa dengan cinta.
Bak kata kawan aku,pujangga sudah mula berbicara.Bilamana satu demi satu ayat yang aku keluarkan dari jiwa aku semakin berpuitis dan semakin tidak difahami oleh sesetengah pihak.
Aku dapat rasakan hari demi hari luahan isi hati aku ingin aku keluarkan sepuas hati.
----------------------
Hari ini merupakan hari cuti tak bertauliah untuk aku sendiri,bilamana hari ini aku terpaksa pontengkan diri gara-gara kesihatan aku yang saban hari makin teruk.Padahal batuk je =='
Kata jejaka aku,bunyi batuk aku saja mengalahkan orang yang menghisap rokok.
Pabila abah pun sudah membebel disebabkan kedegilan aku yang tak nak pergi ke klinik untuk dirawat kali kedua,aku pun gahkan juga untuk ke klinik walaupun dalam hati rasa nak tidur untuk seharian.Ada sebab aku degil.
Pertamanya,bilamana mata aku ni cukup pantang bila melihat pembantu doktor yang menjaga kaunter pertanyaan klinik tak memberikan senyuman langsung kepada pesakit.Hurh..Rasa nak tarik je bibir masing2 sampai ke telinga. =='
Orang lain pun puasa jugak kak.Semua orang penat.
Keduanya,bilamana doktor tak sampai lagi,tapi klinik dah bukak.Terpaksa tunggu.Nasib baik tak sampai 10 minit.Kalau setengah jam,rasa mau hentak je kerusi kat lantai.
Ketiganya,bilamana aku memberikan maklumat tentang sakit aku,doktor hanya mengangguk saja.Tak pun bagi jawapan,tapi jawapan yang sama aku dengar tiap kali aku berjumpa dengan doktor.
Aku perlukan jawapan lain dari jawapan ini.Dan aku taknak anggukan.Tolonglah.. T_T
Keempat,bilamana pembantu doktor itu sekali lagi menjawab pabila aku bertanya.
'Kak,tu surat MC kan?'
'Ha'ala dik.Nape?Taknak ke?Kalau taknak takpe.'
'Eh takdelah.Saje je tanya.Memang mintak pun tadi.'
'Oh kut2 la doktor tuh saje je bagi.'
Rasa mau hentak2 je kepala beliau kat dinding =='
Kelima,ubat yang aku dapat semua sama je. T_T Kalau makan tak ok lagi,aku berserah je la kat Allah.Boleh ke camtu?
Boleh buat koleksi ubat lepas ni =='
--------------------------
So konklusinya sekarang..Aku nak jumpa doktor Meor sahaje T_T
Ah dah la.Aku nak rehat sementara tunggu bukak pose ^_^ Selamat berbuka semua..
4 comments:
pandangan awak same ngan su..su mmg xsuke pi klinik sebab2 yang cam tu lah..mmg semua org cakap su degil..hihi..
hehe..tol kan sue?kite geng ah..hehe
ko mmg seorg yg degil la ra!
jenuh nsht..xmkn2..hehehe
eh saye suke pergi klinik dr pergi hospital kerajaan.doktor kt hospital kerajaan xperamah lgsg!doktor dkt klinik peramah gile kot :)
Post a Comment