16 August 2010

Kisah cinta keenam?

Rude Awakening : Hari keenam berpuasa..
Salam semua..
Sudah berhari2 aku perah idea nak update entri tapi ternyata pemikiran aku untuk berfikir kreatif seperti terhenti.
Takkanlah disebabkan bulan puasa,daya fikiran aku juga berpuasa seiring dengan nafsu untuk makan dan minum? ==' 
Hey tak boleh jadi..
--------------------------------
Teringat kembali di mana aku pernah bercerita tentang kisah cinta aku di dalam entri 'Kisah Cinta Aku Bermula' pada cuti semester yang lalu.Bilamana kisah cinta aku terhenti sampai kelima.Keenam pula aku pernah berkata akan bercerita di entri yang baru.
Dan semestinya naluri aku untuk bercerita lagi sudah bermula.
Bilamana kisah cinta keenam aku sudah mula berjumpa sinopsisnya. =)

Kisah cinta keenam aku?
Baru saja bermula..
Detiknya 7 Ogos 2010 aku sudah berjumpa cinta
Yang aku sendiri tak sangka akan muncul tiba2.

Aku ingat lagi pada detik 16.4 si dia mula buzz di YM
Masa tu pukul 4.43 pagi,aku tak tidur lagi
Tiba2 beliau mula meluahkan isi hati
Terlampau terkejut,pukul 8 pagi baru aku dapat nyenyakkan diri =='

Masakan aku tak percaya,banyak berbual bicara dalam dunia maya
Depan-depan tak pernah lagi bersua muka
Kalau jumpa pun sekilas pandang rasanya
Ditambah pula si dia ini lain gayanya
Takkanlah dia nak pandang gadis seperti aku yang sebegini rupa =='

Mula-mula aku menolak cinta dia
Memandangkan hati aku pada masa itu sudah suka pada hati yang lain
Mulanya si dia kecewa,diam membisu buat seketika
Tapi lama2 tu si dia mula tak kisah,kawan dengan aku seperti biasa

Dalam cuti semester itu,si dia selalu menelefon untuk berbicara
Kadang2 aku seronok mendengar gelak tawa dan suara si dia
Sampaikan aku mintak si dia menelefon lagi semata2 untuk mendengar suaranya
Tapi masa tu hati dan jiwa aku keras lagi untuk menerima
Si dia paham,tapi tetap terus berkawan

Si dia selalu bertanya tiap kali berbual bicara
Sayang tak aku padanya
Aku selalu menjawab sayang tapi sayang sekadar berkawan
Tapi si dia tak berputus asa,teruskan lagi berusaha
Bilamana pada ketika itulah aku baru nampak si dia memang serius dalam segala tutur kata


Bak kata orang,sedikit-sedikit..lama-lama jadi bukit
Bak kata orang lagi,jika kita lagi menolak,dia akan datang lagi
Hakikatnya kata-kata ini terkena pada diriku sendiri
Tatkala hati ini sedikit demi sedikit mula jatuh hati

Hati ini lama kelamaan sudah mula tertaut pada si dia
Bilamana aku melihat si dia selalu membuatkan aku gembira dengan gelak tawanya
Bilamana aku melihat si dia itu begitu manis dipandang dengan senyumannya
Bilamana si dia itu begitu gentleman dalam segala aspek

Penampilannya simple,suaranya romantis untuk didengar
Dia itu jiwanya tenang,selalu terukir senyuman di mukanya
Dia itu biasa saja rupanya,tapi bagi aku dia kacak dari segala rupa
Apa yang aku boleh kata,aku sayang padanya

Kepada si dia yang bernama Zaafaran Zaaba
Entri ini ku ukir ikhlas dari jiwa
Bukan untuk membodek semata-mata
Terima kasih kerana menyayangi hati ini yang tak pernah nak sempurna
Saya sayang kat awak,itulah hakikatnya ^______^


Kisah cinta keenam aku sudah bermula
Moga2 kisah ini berlanjutan sampai bila-bila
Aku pernah kata kisah cinta keenam mungkin cinta terakhir kalinya
Doakan moga-moga aku dan si dia berkekalan,insyaAllah dengan izinNya.

8 comments:

RastaMat said...

OIOI..
sebok bercinta plak ko ni..
pegi ready nak buka puase la weyh...
hahahaha...

apepon,
Semoga kekal ke anak cucu..
Amin......

hehehe...

hafizmohamad said...

sis E!!congrats:DD

KembarA KehidupaN said...

tahniah ye...amin

CronixsouL said...

Tom Anderson 'Likes' This Post =)

May god bless both of you.
aduh... aku lambat la nie.. hihihi

Emora Valeria said...

tq all..naim,ape maksud kau dengan lambat itu? =)

Tengku Mann said...

takde butang like pulak...

semoga berbahagia ye ra...oh, bukan org yg saya sangkakan...^_^

Huda Chentaqu said...

tiada ape yg dpt kuluahkan buat sang pencinta...
hanyalah sepatah dua kate...
moga bahagia & kekal slamenye hendaknya...

Emora Valeria said...

hehe..tq si pujangga. ^_^ amin.