12 August 2010

Dulu dan sekarang dah rasa lain..

Rude Awakening : Hari kedua berpuasa..
Salam semua..
Cepat je dah masuk hari kedua berpuasa.Lagi sejam lebih lagi,berbunyi la pulak azan Maghrib tanda dah masuknya waktu berbuka.Kalau kat rumah ni,time2 camni aku dengan adik2 aku mesti dah terduduk depan tv tunggu waktu berbuka puasa.Agak2 lagi setengah jam nak berbuka,mesti dah duduk depan makanan,sambil2 tuh usik2 sikit makanan dalam pinggan tu dengan sudu.
Oke dah mula terbayang makanan depan mata. =='
-----------------------
Dulu dengan sekarang aku rasa dah cukup lain.


Dulu satu keluarga akan berbuka puasa bersama2.Sekarang ni aku rasa tinggal adik aku yang bongsu dengan ibu abah je kat rumah.Aku kat Melaka.Adik aku yang sulung kat asrama.
Alahai tinggal bertiga je kat rumah.Tuh belum tentu lagi kalau ibu atau abah kena outstation.Tinggal berdua je kalau nak berbuka puasa pun. 


Dulu,adik aku cukup suka ajak aku main chess sebelum bukak puasa.Tak pun main kat luar sat,hirup udara luar yang nyaman.Tapi sekarang aku taktau.Adik aku tinggal sorang2 je.


Dulu,time2 camni abah dah ajak pergi bazar ramadhan.Kalau aku,aku mesti mintak belikan pengat pisang.Tak pun bubur cha cha.Tapi sekarang,aku kat hostel ni tunggu member2 ajak.Pengat pisang tuh belum tentu ade jual ke tak.


Dulu,belum petang lagi dah tanya ibu nak masak ape untuk berbuka.Sekarang ni,tanya pun pakai handphone.Dapat dengar suara ibu pun dah cukup.


Aku sebenarnya dah mula homesick ni...Degil sangat kan taknak balik untuk 5 hari bercuti ni.
T_________T
Ah emosi tunggang terbalik dah aku rasa.
P/s : Entri kali ni pendek.Aku taktau nak tulis apa kali ni. =='

6 comments:

RastaMat said...

Oioi..
men chess ngan aku jom...
hehe...

Mya said...

jom lah balik hujung mgu ni :)

Privacy_Resident said...

pengat pisang! wuwwuwu nak jugak!

Satio - Telefon Bimbit gua terbaru ;)

Tengku Mann said...

takpe..puasa sorang2 kadang2 leh jimat duit...asalkan perut kenyang..^_^

Emora Valeria said...

aku tak reti men chess la bro.hehe...
mann,betul2.mya,jom~

paan sabri said...

betul la tu.. da bulan pose ni aku pon jadi homesick.. haha