29 August 2010

Dalam minggu-minggu ini,baru aku perasan..

Rude Awakening : Dah puasa ke 19 ke 20 eh?
Salam semua..
Aku rasa dah bersawang gila blog aku.
Idea makin kurang.Jangan kata idea aku dah tua setanding dengan umur aku.
Macamlah tua sangat.20 je baru. =='
Dalam minggu-minggu yang aku tak update entri,macam-macam benda aku tau dan tempuh.
Dalam minggu ni,baru aku dapat tau ubat batuk dengan nescafe,bila digabung memang akan beri kesan yang buruk kat badan.Campuran cecair ni memang tak kasi aku tidur.Dan juga sakit perut selama sehari. 
Tapi makan ubat pun,batuk aku tetap berterusan sampai sebulan.Terbaiklah.
Nescafe kegemaran Si Cun saya dan juga jejaka saya.
Dalam 2 minggu berturut-turut ni aku dipenuhi kuiz dan test yang membebankan otak aku sekali gus.Minggu lepas ok lagi,tapi minggu ni dah semacam nak gila.Test material esok malam,tapi sampai sekarang aku keliru dengan chapter-chapter material.Mana satu chapter 4 dan 5 ni?
Ah Khamis ni pulak ade test Thermo.Ha komfem pengsan.Lagi berserabut otak kanan dan kiri T_T

Dalam minggu sebelumnya,aku baru dapat tau yang aku dah mula hilang skill edit gambar.Aku rasa Photoshop aku dah bersawang gila tak terusik.Punca semua ni mesti Si Malas punya kerja dengan Si Kekurangan Idea.Paling latest yang bagi aku dah tak latest punya edit ialah gambar kawan aku yang aku edit jadi hantu.
Sangat basic dan koman bagi aku.Tolong.Kawan aku pun dah advance gila dari aku. T_T
Hasil edit aku sendiri.Nampak dah basic gila kan.
Ni hasil karya kawan aku,Anum.Advance sangat dah ni. T_T
Dalam minggu sebelum-sebelum ni,baru aku tau yang demam 'ZackZukhairi' makin menjadi-jadi.
Ini aku dapat detect masa kelas Termo aku.Kelas termo aku macam biasa akan dimulakan dengan video-video.Pensyarah aku kata,nanti takdelah kitorang rasa mengantuk dalam kelas.
Encik Halim memang memahami student.
Hari tu entah macamane,secara tetibe beliau tanya.
'Saya nak tunjuk video kat korang semua.Ha sebelum tu saya nak tanya,kenal ZackZukhairi tak?'
Hoh terkejut biawak jugak aku masa tu.Pakat-pakatlah dua tiga orang duk sahut kenal,termasuk aku.
Tapi ade juga dua tiga orang yang tak kenal sape gerangan jejaka terkenal ni.Mungkin belum familiar lagi.
Diambil dari mukabuku beliau.
Esoknya aku tengok homepage Mukabuku aku,dah ade budak kelas aku yang baru nak tekan butang 'Like' kat Realiti.Konspirasi.ZackZukhairi.
Hoh penangan Zack betul sekarang ni.Even handphone aku dan laptop sekarang dah ber-wallpaperkan kartun bulat-bulat tuh.
Ni dah balik Malaysia ni agak-agak kena serbu ke tak? ^_^ 
Hasil karya beliau yang aku buat jadi wallpaper.Comel je. ^_^
Dalam minggu ni atau lepas tak silap aku,baru aku tau cara-cara nak bergaya macam seorang gadis yang berpewatakan 20.Baru aku tau beg besar iaitu handbag perempuan sangat cantik.Dan selipar yang ala-ala gadis juga cantik.
Mungkin aku sudah mula naik sedikit kematangan.Mungkinlah.
Hurh buat malu saja.
Sekarang dah ade 4 selendang.Oke kena belajar melilit jugaklah lepas ni.

Dalam minggu ni baru aku tau aku dah lama tak balik Perak.Entah dah ade Tesco ke belum kat Manjung tuh.
Manjung dah makin maju.Sape cakap Manjung mundur,memang silap lah.
Oke tetibe aku ter-emo.

Dalam minggu ni baru aku perasan budak-budak direct entry kelas aku memang bersembang dengan aku melalui chatting maya saje.Kalau dalam kelas diam je ngan aku,aku pun tak reti nak bertegur jugak.Bila ditanya,jawapan senang je aku dapat.
'Kau dalam kelas senyaplah.Aku nak tegur pun takut.'
Err..Aku tak garang pun.Dan aku sebenarnya pemalu.Harap maklum.Lepas ni bertegur je dalam kelas.Aku oke je ^_^

Dalam minggu ni baru aku tau aku sebenarnya tau lagu-lagu Rock Kapak tapi taktau tajuk lagu je.
Hurh ni lagi la sengal. =='
Kalau nak tanya aku,jangan bagi tajuk lagu.Kena nyanyi depan aku,baru aku dapat detect.

Oke dan aku last sekali,aku baru perasan yang aku dah mula rindu kat diri aku yang skema masa dulu.
Dulu rajin jugak nak belajar.Sekarang dah kurang sikit.
Ape nak jadi ngan diri aku ni =='
Tolonglah jadi nerd yang suka belajar.Please.

Dah aku dah merapu banyak.Sekian.

11 comments:

Lya said...

hahaha.. dasyat ah.. huhu.. ariff pun kalah kut..

SweetyMui2 said...

incik zack ni kalau g mana2 sekarang semua dah kenal kot..
nak gambar antu gakkkkkkkkk:D

oReNdeViL'89 said...

syooh! siyes kacak gmba anum edit tuh~
ak rasa xlama lg fahrin kalah kot, kalo x pun org igt dia fahrin. lol

Emora Valeria said...

Mui2,mau gamba antu gak eh?hehe..kasi pose hantu gak.baru lea edit cam hantu.
Ema,tau xpe.aku tertekan tak dapat edit camtu T_T
Oh lya,memang dah terkenal zack ni.lepas ni jangan terkejut kalau masuk majalah.

ell myra said...

betul2! sape ckp manjung mundur. dush same die.

Anastasia Ann said...

wah wah wah banyak kesedaran plak ko rasa minggu ni. haha


Ehh eh, aku pun sama. Online je kepoh, luar aku pendiam ++++ pemalu. :((

Emora Valeria said...

ellya,tau xpe.hehe..
Ann,aku banyak kesedaran sebab aku bukak mata secara tetibe sebab nak amik ilham buat entri.huhu..

DiNa-DiaNa said...

u r so cute my dear..
alert ngan kehidupan..
paling cute tu...wujudnya si malas dan si kekurangan idea...

cmne nak buang 2 minatang tu ek???
hehehehee...

Emora Valeria said...

Ehe..Dina,nak buang due minatang ni kena ade si usaha.Baru hilang.hehe..Tq ^_^

ZACK ENTRY said...

dua-dua zack memang ada kat Malaysia sekarang..=P

Emora Valeria said...

ZE,tau xpe.hehe..tapi ZE tak ketemu lagi.