31 August 2010

Merdeka bagi aku?

Rude Awakening : 31 dah?
Salam semua..
Hari ni dah 53 tahun kita merdeka.Tapi aku tak terasa teruja berbanding tahun sebelumnya.
Selalunya kalau kat rumah,pagi-pagi pukul 8 atau 9 pagi aku dah terpacak depan tv,tengok perarakan sambutan kemerdekaan.
Sanggup tunggu berjam-jam semata-mata nak tengok kereta perarakan yang berbunga-bunga tuh.
Tuh dulu.Sekarang ni?Duduk depan laptop,main FB.Takpun paling koman pun,tidur.
Tak bersemangat langsung.
Incik Google kasi.Terima kasih ^_^
Bila ditanya apa itu kemerdekaan,ramai akan menjawab :
'Merdeka bagi saya merdeka segala-galanya.'
'Merdeka itu bermakna bebas dari segala anasir jahat.'
'Merdeka itu merdekalah.Aku pun taktau sebenarnya erti dia.Janji sambut.'
Dialog ini takde kena mengena dengan dunia realiti melainkan ada secara tak sengaja.
Kalau tanya aku?
Merdeka bagi aku ialah hari dimana para Mat Rempit akan beramai-ramai tersidai di tepi jalan macam orang takde rumah.

Merdeka bagi aku ialah hari dimana orang ramai akan berkumpul beramai-ramai di tapak kosong untuk menyaksikan bunga api yang tak berapa seronok bagi aku.

Merdeka bagi aku ialah hari dimana budak-budak kecik seawal 9 tahun sudah pandai berkeliaran di luar seawal 12 tengah malam dengan membawa basikal,Erti kata lain,basikal rempit.

Merdeka bagi aku ialah hari dimana polis-polis akan mula membuat sekatan jalan disebabkan masalah mat rempit.

Merdeka bagi aku ialah hari dimana bunyi-bunyi berdesingnya enjin motor yang tak enak didengar mula menjajah kesunyian malam.

Merdeka bagi aku?Hari yang boleh dipanggil Hari Mat Rempit sebenarnya.
Tak percaya,tengok sendirilah malam merdeka.Bukan malam tahun ni saje,malam tahun sebelumnya sama juga.
Aku kadang-kadang dah muak nak tengok benda yang sama berlaku setiap tahun nak merdeka.Lagi-lagi tahun ni pulak clash masa dengan bulan puasa,memang dah tak meriah sangat macam tahun sebelum ni.
Aku takde rasa nak menyambut merdeka.Lagi suka nak menyambut raya yang tak lama lagi nak menjelang tiba.
---------------------------------
Apa-apa pun terjadi,aku bersyukur kerana Malaysia sudah bebas dari dijajah.
Selamat Hari Jadi wahai tanah airku.
^_^

P/S : Eh tahun ni aku tak beli bendera berkayukan gula-gula.Ade jual lagi ke?

4 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

curi gambar... hehehe..

Rapuan

ZACK ENTRY said...

salam merdeka..=)

Nabiel said...

takde maksud kemerdekaan dah bg budak2 tuh~tau nak enjoy jek..
malam2 kua, tengok bunga api..kaco pmpn sane, kaco snie~merdeka ka?
knon2 bawak bendera..nak jek ak cmpak ngan safety boot nie ha~hehehe

Rara said...

biel,ang baling ja ngan safety boot tuh.agak2 dah kena kat pale diorang ,habaq mai kat aku tau.hehe.