05 September 2010

Sampainya di rumah..

Rude Awakening : Secara langsung dari rumah sendiri.
Salam semua..
Pagi sahur di rumah,aku dapat berita yang bagi aku tak dapat terima.
Streamyx sudah tiada,tinggal broadband saja untuk hidup T_T
Tidak.Balik hostel ni kalau takde Streamyx lagi,memang nak kena cepuk Streamyx ni dengan aku. 
Tiba-tiba teringat Big Mac.
Dan akhirnya jasad dan nyawa aku selamat sampai di Manjung.
Dari pukul 8 malam sampai 2 pagi aku hidup sementara dalam bas.Sakit satu badan.
Terima kasih Transnasional.
Sampai rumah,dapat tidur 2 jam,bangun sahur.Dan tidur balik untuk lagi 3 jam.Dan bangun,lepas tu tidur balik.
Bangun-bangun,suara dah keluar tak keluar.Damn.


Masuk ke kawasan Manjung,aku dah serupa rusa masuk ke kampung.Serius macam dah jakun.
Rumah-rumah yang dua bulan sebelumnya baru naik tiang,sekarang dah sepenuhnya siap.
Tuh baru kawasan perumahan.Belum lagi jelajah satu Manjung setelah dua bulan aku tinggalkan.
Ala macam aku ni belajar kat luar negara lak kan.


Pagi tadi juga aku belajar sesuatu.
Setiap kecantikan itu lama-kelamaan akan hilang kecantikannya.Dan setiap benda baru,lama-lama akan menjadi benda lama juga.
Kasut yang aku beli tak sampai dua bulan dah rosak tapak.Pertama kali aku beli,lawa.Dah dapat kat aku,memang nahas aku kerjakan.
Kereta kesayangan aku,eh bukan.Kereta abah yang aku pinjam di kala cuti semester dah tercalar dan retak skirtnya.Rasa nak nangis pun ada.Bagai muka bersih,tetiba ada calar-calar.
Abah,agak-agak kalau tukar berapa ratus kena?


Ah sudah.Aku rasa dah merepek gila babeng kat sini.
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin walaupun lagi beberapa hari lagi nak sambut.
Oh kad raya,aku tak post lagi.Sape-sape yang nak,bagi tau eh.
Eceh,macamlah orang kenal aku. =='


P/S : Tadi tiba-tiba mimpi si Zack update 3 entri untuk blog beliau.Dua kartun,satu entri bercerita.Ade petanda kah?

4 comments:

s h a f i q h a s h i m _____ said...

streamyx kena potong ker??

Emora Valeria said...

bukan kena potong.dah tak pasang dah.rosak katanya.

AesyaZealous said...

hahah. smpai terbawak2 dlm mimpi zack tu erh

Emora Valeria said...

aesya,agak ah.memang terkejut gak ni.hehe.