26 September 2010

Manusia tak pernah puas.

Rude Awakening : Iphone?
Salam semua..
Baru aku sedar semalam,manusia ini ternyata cepat alpa dengan suasana sekeliling.
Dan aku sedar,aku ni jenis cepat beralah.Kalau orang nak pijak kepala aku sesuka hati pun,aku rasa kadang-kadang aku sendiri tak sedar.


Banyak jenis perangai manusia aku dah jumpa.


Ada yang luaran nampak oke,tapi dalaman sakit.
Ada yang depan kita ok je,tapi belakang ditikam-tikam.
Ada yang nampak je jahat macam samseng,tapi hakikatnya hati dia sangat baik.
Ada yang nampak je baik,tapi sebetul-betulnya hati busuk macam bangkai.


Lagi-lagi kalau dalam soal berkawan.
Ada yang aku nampak berkawan sebab bersebab.Bukan sebab ikhlas nak berkawan.
Sampai sekarang aku ingat lagi ayat ini.
'Kalau berkawan itu ikhlas dari hati,takkan diburuk-burukkan kawan sendiri depan orang lain.'
Dan secara tak langsung mata aku dah terbukak sedikit.
Ye perangai aku mungkin teruk di pandangan mata-mata yang tak boleh terima diri aku,tapi kena sedar,diri sendiri tu cukup sempurna ke untuk diterima orang lain?


Sebab itulah ayat ini seringkali aku ucap dalam definisi hidup aku.
Manusia itu ternyata tak sempurna.


Sebab tulah kehidupan realiti ni,manusia cepat melatah.
Kau buat salah sikit,orang dah mula bising.
Kau buat sesuatu yang tak boleh diterima,akan mula kecoh satu dunia.Macam kau ni sorang je yang buat salah.
Kau nak bercantik sikit,ada yang mula tak puas hati.Even kau buruk pun,ada orang mengata.
Kau miskin pun orang mengata-ngata.Lagikan pulak kalau kau kaya.
Kau baik dengan orang,komfem kau dipijak kepala.Kalau kau ego?Paham-paham sendiri.


Nampak tak kat situ,yang manusia tak pernah puas?


Dulu,masa zaman sekolah,mungkin aku cepat nak tau pasal hal orang lain.Agak-agak kalau dapat masuk campur pun dah kira ok.
Tapi sekarang bila pikir balik,biarlah hal orang lain tu.Tak perlu nak ambik port sangat.Jadi cool saja,sudah mencukupi.
Tapi kalau kau buat cool,tapi ada jugak yang bising dengan life kau,itu aku taktau la.Mungkin jiwa dah sakit sangat.


Dahla.Aku buat entri ni pun bersebab.Mungkin sebab tergamam.


P/s : Dulu aku lain,sekarang aku dah berbeza.Berbeza dari dulu.


2 comments:

Nabiel said...

berbeza cmner tuh ra?hehehe..
mmg laa..manusia mne pnah puas..
gaji 5juta klu bg pn still tk puas~hehehe..
sbb ape tk penah puas?sbb tk penah bersyukur..kn?

Emora Valeria said...

berbeza la.aku dulu senang je nak kena buli.sekarang tak dah.mane boleh senang2 orang pijak pale aku.betul tu.tak pernah bersyukur =)