Salam semua..
Terus terang aku habaq,aku dah lupa ni dah raya ke berapa.Tolong kirakan untuk aku. ^_^
Raya beraya bagi aku di kampung ibu sudah jadi macam biasa pada raya kedua.Raya pertama je berbaju kurung.Orang lain aku tengok sampai ke malam berbaju kebaya dan kurung.Tuh pun semata-mata nak tangkap gambar dengan encik pakwe masing-masing.Belum lagi raya kedua dan seterusnya.
Eh aku dah tertonggeng jauh.
Memandangkan 4 hari aku duduk diam-diam kat rumah nenek,tak sah kalau perut ni tak diisi melebihi kadar yang sepatutnya aku perlu isi.Sebab masakan nenek aku semua sedap-sedap.Termasuklah makanan raya,tengahari,pagi,petang dan malam.
Dan paham-paham sendiri lah bilamana berat akan naik secara perlahan,disusuli dengan pipi yang makin lama makin mengembung.
Aku tak salahkan masakan yang sedap.Mungkin sebab hobi aku yang suka makan buatkan aku camni.
Ayat takleh blah la.
Selamat Hari Raya semua.Oh tema oren kali ni.Oke tak?
Abaikan posing aku yang mengada-ngada bila sepupu aku snap gambar ni secara tiba-tiba
Aku sudah kembali berisi lagi.Sangat benci.Oh tak,sangat suka sebab ada lagi yang sayang.
Ada kawan seFB dan seblog sudah mula nampak perubahan pada wajah aku dari segi saiz pipi sebenarnya.
Ada yang siap memanggil aku Humpty Dumpty disebabkan ini.
Aku tau Humpty Dumpty itu bulat.Tak payah sebut dua tiga kali dengan nama itu.
Humpty Dumpty telur.Aku manusia.Lain la. ==
Ha dah emo terlebih pulak.
Takpe.Ini inisiatif diri untuk berusaha ke arah hidup yang sihat dengan kurangkan makan dan bersenam lebih lepas ni.
Tapi makan tetap makan.Taknak diet.
Satu je yang aku tau.Biar orang camni nak cakap atau mengejek,janji aku selesa dengan diri sendiri walaupun kadang-kadang aku pun bising bermonolog pasal saiz badan dan pipi.
Lepas raya ni,aku joging balik la nampaknya.Encik Sporty,sila paksa kaki ini untuk memakai kamu ya.
P/S : Dulu gila sneakers,sekarang gila wedges.
2 comments:
hehehe~kesian ak tgk gurls2 nie..
ade yg kena usaha nk trunkn berat blik..sbb mkn terlebey..
laki bt dunno jek..haha
hehe..laki takpe.perempuan ni kalau gemuk sikit,mule2 la nak bising.
Post a Comment