09 September 2010

Mood raya episod satu

Rude Awakening : Hari terakhir sudah
Salam semua..
Pejam celik,pejam celik,dah sampai pun hari yang ke 30 kita berpuasa.Bagi aku tahun ni macam cepat je masa berlalu.
Dan syukur ke hadrat Ilahi kerana bagi aku peluang untuk menyambut hari raya dengan keluarga dan orang yang aku sayang.

Memandangkan raya akan menjelang esok harinya,aku rasa dah makin ramai yang tag nama aku kat kad-kad raya versi maya di mukabuku.
Kalau dikira-kira,rasanya dah lebih dari sepuluh.
Printscreen dari mukabuku aku.Abaikan gambar Sailormoon.
Akan penuhnya notification bila dah start tag poskad raya di dinding mukabuku.*Wink~
Dan bermula esok mulalah mesej raya masuk dalam inbox hp.
Teringat masa zaman sekolah dulu.Dalam bulan puasa tu,tetiap hari aku akan jenguk kotak surat rumah,mengharapkan sekeping kad raya.Dulu memang cukup suka kumpul kad raya.Sebab boleh simpan buat kenangan.Lagi-lagi masa tuh tengah duk dilamun cinta,memang cukup suka dapat kad raya dari orang tersayang sebab kad dia mesti lain dari lain.
Paling best bila dapat kad raya buatan sendiri dari kawan-kawan.
Tapi sekarang semua pakat main kad raya versi Photoshop.
Kalau dapat tagged ramai,aku rasa boleh penuh notification dengan photo tagged.
Pandai betul facebook ni.
Paling simple pun guna microsoft word dengan
powerpoint.Taip,printscreen,upload,tagged.Siap.
Dan trend sekarang , ucapan raya secara video.Boleh dengar suara sambil menatap wajah pemberi ucapan.

Aku mungkin akan buat kaedah ber-video.Boleh korang tengok muka aku yang blur sambil buat ucapan raya.
Tapi aku tunggu hari esok.Buat ucapan dengan berbaju raya.Siap ade bunyi azan raya.Barulah ade semangat nak buat ucapan raya.
Dahlah,aku dah merepek lebih.Selamat Hari Raya semua. ^_^
P/S :Tak sabar nak beraya esok hari.Boleh makan lontong sepuas mungkin.

3 comments:

Nabiel said...

wahhh~
ang pn nk bt ucapan raye?nk tgk!nk tgk!hehehe

Tengku Mann said...

hihi!!!! best3..^________^

Rara said...

biel,esok tunggu video aku ye..hehe..