09 January 2011

Cinta dengan ini,tapi Kahwin dengan yang itu.

Salam semua..
Petang Ahad ni memang agak bosan.Taktau nak buat ape.Nak bukak photoshop,satu patah idea pun tak terkeluar.Mana pergi idea edit aku,aku pun taktau.


Start esok aku rasa dah mula la nak busy dengan macam-macam benda.Memandangkan semester ni punya lah banyak benda nak kena buat,lagi-lagi projek untuk subjek PDD aku,makin tak keruan la otak aku lepas ni.
Dari semalam lagi aku duk pikir nak buat product ape untuk projek PDD ni tapi aku rasa semua benda yang aku pikir semuanya tak best je.Aku lagi rasa malu bila kawan aku sorang ni cakap tak degree langsung idea.Memang aku agak kaku jugaklah masa tu.
Ye otak aku memang tahap budak-budak lagi kalau nak diikutkan.Memang tahap kemampuan aku sampai situ lagi.Tak terdaya lagi aku nak sampai degree punya standard sebab aku tengah cuba.
Kalau nak diikutkan zaman aku matrik,eh tak.Dari zaman sekolah lagi aku cukup senang dengan subjek yang berunsur Biologi.Sampai matrik,bila aku dapat tau aku dapat Sains Fizikal,masuk kelas pun satu harem pun tak paham,petang tu jugak aku ubah jadi Sains Hayat.
Dan bila dapat je IPTA,memang tak terduga aku still lagi dapat course yang berunsur Fizik.
Kadang-kadang aku terpikir,memang dah takdir ke..Aku lari macamane sekali pun,tetap dapat benda yang sama.
Nak taknak,memang aku teruskan jugak la sampai ke semester 4.


Sampai sekarang aku still lagi pikir,betul ke tak tindakan aku teruskan course yang dari dulu aku try nak avoid.Minat aku dengan course yang aku ambil sekarang ni memang jauh sangat menyimpang.
Pernah sekali member sekolah aku dulu cakap..
'Ingat..Jangan bercinta dengan Fotografik tapi kahwin dengan Engineering.Maksud dia,kau minat bidang tu,tapi kau buat bidang lain.'
Dan aku rasa memang aku tengah buat benda tu.
Kadang-kadang tengok orang yang berjaya,aku rasa seronok je.Sebab aku tahu,aku rasa macam payah je nak berjaya camtu kecuali kalau aku berusaha.Mungkin boleh kut nak survive.Bercinta dulu dengan subjek ni.Aku rasa mungkin ok.


Dah lah..Malas nak luah banyak sangat.Simpan je dalam hati. ^_^

9 comments:

hafizmohamad said...

eh okayh la cinta org lain kawin dgn org lain
haha
lagipun banyak bidang banyak ilmu banyak kepakaran
tabah ye sis E!
:DD

Emora Valeria said...

hehe..camtu lak..maseh dik. =)

Muhammad Safie said...

career in future x semestinya same dengan aliran yang kita ambil skang..so rilek je...masa depan nanti sape tau..

zool said...

tak pe.. ambil sebagai ilmu. akan datang tengok je rezeki kat mana. sapa tau leh jadi photographet berjaya

Emora Valeria said...

Neo : maseh. =)
zool : tq bro zool.semangat dah ni ^_^

My MiRa said...

wah...dah ambik phd>????best nyer....hope one day mira pown dapat wat phd....baru nk habis degree ni haa....
by the way biasa dh terjadi bercinta yg lain kawin yg lain...tu namanya jodoh

Emora Valeria said...

eh phd tak sampai lagi.baru second year degree.huhu..

ARC™ said...

huhu goodluck la dengan jalan yg ko pilih nih :)

ko bosan? aku nak mntk tlg ko edit 1 gamba ni. bleh? kalau aku mmg xreti buat ah :P

Emora Valeria said...

arc,thank you2.aku on je.bagi gambar. =p