18 January 2011

Si dia ini...

Fakta yang bagi aku sangat menarik dalam diri si dia =p


Pertama : Mata si dia ini cukup cekap melihat handbag wanita. Kalau terlalu kat kawasan kedai or butik yang menjual aksesori handbag,mesti dia yang pandang dulu and ayat yang dia suka guna mesti 'Awak,serius lawa beg tu'.Aku sendiri kadang-kadang naik segan sebab handbag dia tunjuk memang kena dengan taste wanita sekarang.Aku?Banyak kali attempt,baru dapat tau mana satu handbag macam budak-budak and mana satu yang nampak lady like.


Terima kasih awak ajar saya melihat handbag =p Sebab awak,kawan saya start perasan saya dah suka handbag.


Kedua : Bilamana setiap kali ada yang aku tersalah buat atau tak patut buat,dia akan jadi kuat bebel.Macam ibu-ibu yang membebel kat anak sendiri. Paling dia pantang bila aku makan berbunyi dan garu kaki aku..Komfem kena bla,bla,bla..Haha..


Terima kasih awak ajar saya untuk mendengar kata =p Tapi best jugak dengar awak bebel ni.


Ketiga : Si dia memang cukup terkenal dengan gelak tawa yang sangat kuat volumenya.Tak kira orang tu buat lawak sikit atau terlampau lawak.Komfem dia tergelak sampai sakit perut.Even kawan aku yang lepak sama-sama mase tu muka monyok ke hape ke mesti nak tergelak sama tengok dia gelak.Aku dari nak marah terus jadi tak marah.Kalau jarak jauh antara aku dan dia dalam 50 meter pun,rasenya dah boleh dengar dah suara dia gelak.


Terima kasih awak sebab gembirakan saya dengan gelak tawa awak ^_^ Saya tak kisah pun awak gelak kuat-kuat pun.Hehe..


Keempat : Muka dia cukup susah nak tunjuk perasaan sebetulnya.Kalau dia tension sekali pun,dia tak pernah atau susah nak tunjuk kat orang.Dia tengah sedih pun orang taktau.Kecuali kalau dia buat luahan perasaan.Aku?Memang tak ah.Senang je orang nak detect kalau aku tengah bad mood.Sekarang ni pun aku tengah belajar nak kawal muka supaya tak jadi ketat.


Terima kasih awak sebab mengajar saya camane nak kawal emosi.Sekarang pun dah kurang emo =p


Kelima : Si dia ni memang friendly.Maksud aku susah nak buat sombong dengan orang.Sampaikan dia pun risau kut-kut aku cemburu ke tengok dia friendly dengan kawan perempuan dia yang lain.Tapi takpe,aku pun dah tau dia macam mana.Biar jadi diri sendiri,kan elok ? =)


Terima kasih awak sebab awak selalu ajar saya jadi peramah dengan orang.Ni pun tengah cuba.Tah jadi ke tak.


Keenam : Dia ni jenis tak kisah sangat kalau aku ni buncit ke tembam ke pendek ke.Dia terima aku seadanya.Dan aku pun terima dia seadanya walaupun kadang-kadang aku suka buat lawak pasal perut buncit dia. =p


Terima kasih awak,sebab awak terima saya dalam hidup awak.

Sayang awak..

5 comments:

Huda Chentaqu said...

OMG!!!! yunk i luv this post....
soooo sweeeeet~~ smoga bahagia dgn si dia.. ;-)

Emora Valeria said...

ehee..yunk,i segan you. =p tq my dear~

Mya Amira said...

wee..
sweet, happy selalu :)

Tendou Souji said...

wish both of u happy 4 ever

A'IM said...

menarik tol si dia tu kan..