30 January 2012

... at least aku tak..

Duduk rumah,aku rasa biar aku tak makan sangat pun takpe.
Cukup la sekadar kurangkan buncit je.
Paling koman pun,1 kg?

Yelah, dah ramai sangat kata aku ni kuat makan.
Ye,aku perasan.
Tapi gaya macam aku dah naik 10 kg.

Ye,aku memang suka pun.
Suka orang kata aku dah gemuk.
Suka.. Suka sangat.

Tak percaya? Kau try la tanya jasad aku.
Mesti dijawab, eh memang. Memang dah berat.
Tak kisah pun. Tak kisah.
Apedehal? *bak kata orang

Cuba kau tanya hati aku.
Mau merengek. Mau nak menjerit.
Ye gurau realiti, macam biasa
Ye aku tahu. 
Aku tak terasa pun. Hati aku yang terasa.

Hati,sape yang tahu. Macam kau boleh tengok hati aku macam mana.
Aku tau aku dah naik berat. Tak perlu ingatkan.
Tolonglah paham.
Itu hati aku yang bersuara.

At least aku tak anorexia. Cukup. Tutup cerita.

24 January 2012

Cinta-cinta hati saya

Saya ada mereka. Mereka yang sentiasa bersama saya dalam setiap 24 jam saya di Melaka. Mereka yang selalu memanggil saya dengan panggilan kaklong,walaupun saya tau saya lagi muda dari mereka. ^_^
Saya juga ada mereka. Mereka yang sentiasa di sisi saya dalam hari-hari saya di kelas yang ceria. Mereka yang selalu membantu saya dalam subjek yang boleh buatkan saya menangis dalam gelap gelita.
Saya juga ada mereka. Mereka yang dulunya sentiasa bersama saya di alam sekolah..sampai saya dah besar panjang setua dua puluh dua.
Saya juga ada mereka. Mereka yang dari saya kecil sehingga saya besar sentiasa berada bersama saya. Tak kira susah senang macam mana pun saya,mereka sentiasa ada. Sebab mereka ialah keluarga saya. 
Dan saya ada dia. Dia yang sentiasa gembirakan saya dan menerima saya seadanya. Dia yang sudah menjadi  hati dan jantung saya.

Gembira saya bersama mereka. Mereka yang tak pernah dibenci oleh saya. Mereka yang tahu keadaan saya.
Merekalah cinta-cinta hati saya.
Peduli apa sama musuh-musuh saya. Kerana saya tahu ada yang sayang pada saya.
Awak ada?





02 January 2012

2012. 2012


2012 bermula dengan buku dan nota. Berserabut atas meja. 
Macam biasa student seperti aku akan mula belajar seminggu sebelum. Walaupun sepatutnya kena cover semua subjek dalam masa dua tiga bulan yang lalu.
Student. Sape yang mula belajar untuk final masa baru nak start semester memang aku tabik dengan seriusnya.
=p

2012 aku bermula dengan cerita gembira,cerita duka
Duka itu yang aku tak sangka. Bicara tentang sahabat yang bertarung nyawa.
Dugaan Allah. Hanya mampu berdoa dan beri semangat kepadanya.
Aku tahu dia kuat. Kuat untuk kehidupan. Kuat untuk menjadi kuat.
Tabahkan hati. Kuatkan semangat. Semoga cepat sembuh. Rindu melihat wajah seri gembira.
Wajah yang sering memberi senyuman tatkala berjumpa.
Walaupun jarang berjumpa. Hati tetap senang berbicara dengannya.

2012. Biar apa yang berlaku tahun sebelumnya,biar ia jadi kenangan lama.
Kenangan pahit dibuang,kenangan manis disimpan.
Tahun yang baru ini biar aku menjadi someone yang baru.
Baru dimata aku. Baru dimata sahabat. Baru dimata keluarga.
Azam baru? Tak perlu dibicara tentang azam yang baru.
Biar azam lama menjadi sandaran.
Azam yang tak sempat aku nak laksanakan.

Kepada sahabat handai. Selamat berjuang untuk kejayaan.
Biar usaha. Jangan membabi buta.
Biar susah untuk kesenangan yang mendatang.
=)

Ikhlas dari hati yang sekecil kura-kura.