10 August 2010

Bulan puasa dah menjelang tiba ^_^

Rude Awakening : Sebulan penuh keberkatan..
Salam semua..
Akhirnya bulan puasa pun masuk tiba.
Bila bulan puasa masuk,tak sah kalau takde iklan2 raya di tv.Puasa pun tak masuk lagi dah mula bising dengan iklan kuih raya,tak pun iklan kedai Kamdar,nak promote beli kain2 untuk buat baju raya.
Takpe,sebulan je. ^_^


Tahun ni,tak merasa aku bersahur dengan keluarga.Dah terbayang nasik putih,ikan masak kicap dengan telur masin untuk bersahur.Dari meliat sungguh nak bangun sahur,jadi semangat sikit. ^_^
Dan2 time puasa gak ah aku duk terbayang ape ah ibu masak untuk berbuka.Kalau tak tahan sangat,memang akan telefon,tanye makan ape untuk berbuka.
Dapat dengar nama masakan ibu masak pun jadilah.


Kelas start takde mulai esok sampai Ahad.5 hari cuti.Nak balik,pikir duit tambang bas bernilai RM40.80 pergi dan RM40.80 balik.
Member2 yang duk dekat dah mula dah seronok nak balik.Budak cina kelas aku pun dah angkat beg pergi MC nak balik.
Aku ni tak kemana2.Hostel saja.
Takpelah,tunggu cuti raya.Baru syok nak pulang. ^_^


Sempena bulan puasa yang akan menjelang tiba esoknya,aku nak ucap selamat bersahur,berpuasa dan juga berbuka.
Puasa itu biarlah dipenuhi dengan pahala dan juga amal ibadah kepada Yang Maha Esa.
Jangan lupa Terawikh ye.. ^_^//


P/S : Aku dah lupa baju raya sendiri warna ape =='


08 August 2010

Tahniah sahabatku ^_^

Rude Awakening : Dua tahun lagi..
Salam semua..
Hari semalam ternyata sangat penat.Dah macam orang bekerja tahap kesibukan aku semalam.Bukan sibuk belajar,tapi sibuk ke sana ke mari.Tutorial yang berlambak pun tak terbuat lagi =='
Oh memandangkan hari semalam merupakan hari Konvo,aku nak selitkan sekalung tahniah kepada kawan sekelas,Alen kerana telah mendapat penganugerahan Anugerah Naib Canselor. ^_________^
Alen,lepas ni kita belajar sama2 kat library ye! Sila beri tunjuk ajar sifu !

Semalam itu hari gembira untuk dia
Semalam itu hari bersejarah buatnya
Apa yang aku boleh buat,hanya senyuman di muka
Kerana kejayaan itu adalah kejayaan untuk dikongsi bersama

Dia tak kenal erti penat maupun letih walau seinci
Melihatkan dia selalu belajar di library 
Ternyata segala usaha memberikan hasil
Bilamana sijil Anugerah NC tersemat erat di genggaman diri

Kepada Alen,aku nak ucapkan syabas tak terkira
Kerana mendapat takhta anugerah itu untuk kali pertama
Teruskan usaha wahai sahabat
Selagi berusaha,selagi itu kamu berjaya

Penganugerahan kepada dia itu aku jadikan semangat
Untuk aku belajar dengan sepenuh hati selepas ini
Teringin juga nak memegang pingat sendiri
Nak banggakan ibu,abah dan juga famili
 Dah terbayang dah dua tahun akan datang..Camnilah aku pakai jubah nak graduate nanti.
=='
Perlukan ketinggian2...

06 August 2010

Biarlah hati ini bersuara buat kali pertama

Rude Awakening : Pabila hati ini sudah tertaut pada hati yang lain...
Salam semua...
Tatkala aku bukak saja laman mukabuku,ada satu post tagged dari Cik Ryn .
Printscreen dari Mukabuku
Kadangkala hati juga perlu bersuara
Terima kasih kepada cik Ryn kerana sudi mengambil tagline aku sebagai entri beliau sebelum ni. =)
Hati..
Bagi aku, hati ini cukup susah untuk aku paham sebenarnya..Walaupun hati tu hati sendiri.
Bilamana kadangkala hati ini cukup degil untuk meluahkan sesuatu.
Bilamana kadangkala hati ini cukup susah untuk menerima kenyataan.
Bilamana kadangkala hati ini cukup pelik untuk ditafsirkan.
Hati ini..Aku sendiri tak pasti.
Dalam masa yang panjang ini,aku sedar hati aku ni kadang2 aku sendiri tak paham ape yang dia nak.
Cukuplah dengan satu ketika itu,hati ini tertunggu2 hati seseorang ini.
Hati itu yang membuatkan hati ini seringkali gembira.
Mendengar sebutan namanya,cukup membuatkan hati ini senang sepanjang masa.
Ada ketika itu,hati ini teringin nak menyatakan yang hati ini sayang dan suka pada hati itu.
Diberi macam2 petunjuk tapi hati ini terasa macam sia2.
Bila hati itu seringkali semacam ingin mengelak dari perbualan itu.
Tapi takpe,hati ini jiwanya ada kesabaran.Biar hati ini menunggu sehingga hati itu bersuara sendiri.
Tapi..
Hati ini seakan2 menunggu satu benda yang tak pasti.
Sampai ke satu tahap itu..Hati ini sudah berputus asa untuk menunggu hati itu.
Sampaikan aku bermonolog sendirian dengan hati ini
Mungkin itu bukan jodohmu wahai hati...
Hati ini seakan2 pasrah dengan kenyataan yang sakit untuk ditelan.
--------------------------------------------

Wahai sang jejaka yang berhati mulia,biarlah hati ini bersuara buat kali pertama
Hati ini sudah lama terpaut pada kau tatkala persahabatan ini sudah terjalin kiranya
Kau buatkan hati ini gembira di saat hati ini berduka lara
Kau buatkan hati ini sering tersenyum di saat hati ini bermasam muka
Hati ini hanya menunggu satu jawapan yang boleh menjawab persoalan yang aku simpan lamanya
Kau kadangkala memberikan harapan,tapi kadangkala tak.Aku buntu sebenarnya..
Sampai ke satu tahap itu,hati ini mula berputus asa
Hati ini aku pujuk supaya tunggu,tapi hakikatnya penantian itu menyeksakan
Kadangkala hati ini menangis kerana aku tau aku tidak layak untuk bertaut di hati kau yang satu
Wahai jejaka,aku tau kau sedang membaca isi hati aku
Moga kau tau selama ini aku sayang pada kau
Tapi sekarang..biarlah hati ini sayang atas dasar persahabatan yang akan kekal selamanya
Sehingga nyawa aku ditarik sekalipun,aku tetap sayang pada kau
Sebagai seorang abang,seorang sahabat sejati pada aku
Teruskan perjuangan untuk mendapat takhta ijazah,kerana itu impianmu selama ini
Aku tetap bersama kau 

P.S : Hati ini seakan2 bermain dengan perasaan.Aku benci.