30 November 2010

Hobi baru dikala cuti sem bermula ^_^

Rude Awakening : Mata kuyu..
Salam semua..
Sekarang dah hari keenam.Entah cuti sem ni aku rasa best je nak mengira hari ni dah hari keberapa aku bercuti.
Best jugak sebenarnya.Kepada yang tak bercuti lagi,jangan cemburu ye.Aku pun baru start cuti.


Selama enam hari aku bercuti,baru aku terasa aku dah mula ade hobi baru.
Punca pun sebab aku nak kasi hadiah kat si kacak 24.
Poyo lebih before cuti habaq mai kat diri nak belajar skill baru nak edit gambar.
Nanti lah tunggu si cantik manis nak ajar manipulasi gambar.
Sekarang ni aku nak fokus kat benda ni dulu. =p


Baru aku tau susah jugak nak buat paper crane.Ke aku sorang je yang cakap susah?Setengah jam buat baru siap satu.Tuh pun krepot.
Hasil origami saya setakat ni.Banyak lagi nak buat ==
Akhirnya dah berjaya menggemukkan bintang kecil itu. ^_^
Yang origami burung belakang tu abah aku buat.Yang kuning ni aku buat.Nampak cacat.
Aim di hati nak buat seratus origami bintang ngan hati kecik.
Tapi boleh ke ni.
P/s : Agak-agak kalau aku buat vlog tutorial origami ok x? =p

29 November 2010

Saya baru 20,si dia? =)

Rude Awakening : Nak masuk hari kelima..
Salam semua..
Sekarang hari keempat aku di rumah.Belum masuk hari kelima memandangkan jam belum masuk ke pukul 12 tengah malam.Dan sekali lagi rutin harian aku tak macam kat hostel.Kalau tidur lambat,boleh bangun lambat.Yelah orang dewasa kan kena bagi cukup tidur 8 jam.
Eh yeke?
Tapi jangan harap nak bangun lambat kalau kat rumah walaupun malam tu tidur stok jam 2-3 pagi.Paling lambat nak bangun dalam area 8 pagi.Mau tak ting tong kepala aku pagi tu.


Dalam cuti sebulan ni,aku rasa nak belajar buat origami je.Hari ni try buat origami bentuk panda,haremjadoh tak jadi.Origami bentuk hati nasib baik jadi,kalau tak,memang aku sekeh-sekeh kertas ni.


Sekarang dah jam 11.34 malam.Lagi 26 minit lagi nak ke hari Isnin bersamaan 29 November 2010.
Dan di kesempataan ini gak ,aku nak ucap awal kat si dia.
'Selamat Hari Jadi yang ke 24'
walaupun awak tua,tapi bagi saya awak tetap muda

Awak..
Semoga Allah memberkati dirimu
Dari segi makan,minum dan rezekimu
Dari segi kewangan,pelajaran dan hidupmu
Dan semoga Allah mengurniakan usia yang panjang
Awak..
Saya tetap disini,disamping dan disisi awak
Walaupun sekarang kita jauh beribu batu
Tapi saya tahu awak sentiasa dekat di hati saya

Awak..
Tatkala umur awak sudah menjangkau 24,saya masih di takuk 20
Tapi hati awak dan hati saya tetap menjadi satu

Saya sayang awak...Selamat Hari Jadi sayang..

25 November 2010

Hari pertama di rumah...

Rude Awakening : Hari pertama di negeri pertamaku..
Salam semua..
Alhamdulillah,akhirnya setelah dua bulan aku tak balik rumah,akhirnya sampai jugak aku ke tempat kelahiran aku.
Muka gembira nak balik Perak petang tadi =p
Bukak mata dari tidur sebab terlampau letih(bukan sebab driving tapi tidur lambat-bangun awal), aku tengok adela perubahan sikit kat tempat aku.Tesco pun dah ade dah badan dia.Tapi tak sepenuh recover.
Sape yang cakap Tesco dah siap,siap kau.Bagi harapan palsu betul.
=='
--------------------------
Macam biasa,balik rumah bukan capai remote control tv,tapi capai laptop nak online.
Benda utama nak buat,mesti FB,takpun blogwalk.
Tengah-tengah syok baca status orang kat FB,tetibe sorang mamat ni YM.
VC : Salam
EV : Wasalam
VC : Katne tu??
EV : Kat rumah dah.
VC :Erm..umah kat ne da? da lupe da
EV: Manjung da
VC: Manjung?Mane tu?
EV: ==' Perak la.Takkan taktau
VC: Taktau la
(beberapa saat lepas tu)
VC: Manjung.. Ilmu bru tu.haha
(Terus tak dilayan sebab dah terlampau geram)
Pftt!Patut aku yang gelak,bukan dia.Hampeh cikadak betul.Ilmu baru ye.
Ye aku tau Manjung boleh dikatakan bandar yang kecil,kalau nak dibandingkan dengan Ipoh.
Bila post status camni kat FB,baru aku tau bukan dia saje yang taktau Manjung tu kat mane =='

Hurh.Haru biru otak aku tengok.Senang cite,lepas ni aku cakap je la aku duduk kat Lumut.
Kalau Lumut pun taktau..Aku taktau nak cakap pe dah T_T
P/s : Ape guna internet.Search kalau taktau.