21 May 2010

Penularan nama group gila panjang di Facebook

Rude Awakening : Ah sengal!
Salam semua..
Hari ke berapa dah eh aku bercuti.Tapi semestinya lambat lagi aku nak masuk semester tiga ^_^.Takpe,ade lagi masa untuk aku kurangkan ketembaman aku. Eh,ade kaitan ke?Abaikan.
Cukuplah pendek ni je mukadimah aku.Aku dah geram ni.Teruskan ke agenda. 
---------------
AGENDA UTAMA
Facebook diserang virus ke?

Macam biasa,aku tetiap hari akan onkan Facebook aku.Saje hilangkan bosan.Tapi hari ni,masuk saje laman Facebook,aku dah geram dah.Scroll punya scroll,sakit hati aku ja.Penat jari aku menggelek roda kecil kat tetikus aku ni. ==' Aku rasa dah menular dah benda ni.Sebab ramai dah kena dan ramai yang dah 'join'.
Kepada Facebooker,mesti kenal gila kan?
I'M AWESOME
Kalau sekali tuh aku boleh berkira lagi..Ni sampai berjela2 nama I'm Awesome ni diulang.Aku rasa nak separuh penuh kut home aku dengan benda ni. =='
'Ah,asal la diorang ni rajin sangat nak join benda alah ni.. =.=! '
Nak delete pun takleh sebab kat wall home.Aku pun buat2 tak nampak je la.Takpe la,kasi jari ni joging sikit kat atas roda tetikus ni.
-------------
Balik dari makan2 kat kedai Chef Abah ( Toke,kasik diskaun ah..Dah state dah kedai toke ni ^_^), macam biasa aku on lagi FB.Usha notification,si TF kata jangan la gatal duk like benda panjang2 tuh.Oh terus aku ke wall.Memang panas je hati ni bila tengok ade benda ni..

Lagi satu group yang ternyata sengal!
I LOVE YOU!WHY DO YOU NOT BELIEVE ME?
Di sini,aku nak mengaku bahawa aku tak tekan langsung itu LIKE button kat group cam &@*! je kat atas ni.Sila take note ye..Aku tak tekan langsung dan aku taktau pun ade group ni.==' Aku dapat rasakan benda ni spam semata2 di FB. 
Terima kasihla ye sebab bagi aku idea untuk entri kali ni.Ah!!


16 comments:

lilema_ said...

muahahaha! ak br tulis en3 psl tu, tp lom publish lg..sengal tol ak tgk.bikin jari jemari ak cramp :(

Anonymous said...

makin menggila lah depa nie..support team kat fb tue mcm dah goyang...xamik ape2 tindakan ke?

Rara said...

Ema,ang post je entri tuh.Bikin panas je.Aku pun terkena sekali ni..huhu.

Sir,tindakan seterusnya tuh taktau lagi la..

bH said...

sangat menyusahkan orang page tu sume...crolling pun bosan 'eh bile nak abes ni' scrolling 'ermm' scrolling 'like' =)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Memang banyak mende alah ni.. Pinar2 mata nengok.. Huhu.. Ku pun tak tekan like.. Pilih yang mane betul2 berkenan jek. Heehee.. :)

liyanaziz said...

tau x pe, agak sakit ati sebab kena scroll panjang lak tu.. ade yg kata virus, tul ke?

Rara said...

bh : kalau jari lea bercakap tuh menjerit dye.hehe

Farhana : Betul tuh.tapi ni bukan atas gi tekan secara rela ni.ni memang spam.

Liyana : rasenye la.sebab tak tekan pun kena ni.

nina asri said...

eee.sep la ngn nyna.
tak suka betul grup i'm awesome tu.
panjang bejela.semak betul.haish -.-'

Rara said...

nyna : taw xpe..agak2 bile nak abes eh virus ni

Nabiel said...

ade ke ra?naseb baek ak xkne ag~
hehehe~
ko jgn nk knekn aku yea!lalalala

zool said...

buat masa ni tak penah kene.. jahat kan diorang ni

Aesya Zealous said...

tau xpe pnjg gle. penah dpt hottest sexy video kat fb? itu spam. jgn klik!!!huhuh

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

ada satu group tue dah macam panjang report dia punya tajuk.hangin jer.

Rara said...

biel,t aku bagi kat ang..hehe..

bro zool,taw xpe.sangat jahat o..

Aesya,yg tuh dapat gak.memang remove terus.huhu..

MFJ,dah makin banyak group name panjang ni.

topo said...

"aku nak mengaku bahawa aku tak tekan langsung itu LIKE button kat group cam &@*! je kat atas ni"

pergh.. padahal kat gambar no 2 tu terang2 tulis Emora like why do you belive me bla3....

hahaha

Rara said...

topo,memang aku tak tekan pun.tuh aku pelik.adoiyai~