21 June 2010

Emora Valeria ke Nur Syaheera ni?

Rude Awakening : Selamat Hari Bapa abah!Selamat Hari Ibu ibu!
Salam semua..
Aku tau hari ibu dan bapa sudah lepas,tapi biarlah aku nak ucap lagi sebab aku rasa setiap hari bagi aku adalah Hari Bapa dan Hari Ibu.Aku tak reti nak ungkapkan Selamat Hari Ibu dan Bapa kat parents aku tapi aku rasa melalui perbuatan aku,aku harap mereka tau aku sayangkan mereka setiap hari,walaupun kadang2 aku ade gak bagi mereka sakit hati.Maafkan along ya?
----------------------
AGENDA UTAMA
Nickname juga boleh jadi berpengaruh. ^_^
Sebelum tuh aku nak introkan balik diri aku boleh?Tapi intro tang nama je la.Ang bukan nak tau semua pun kan?Hehe..
Nama sebenar dan sebetulnya Nur Syaheera Binti Ahmad,anak kelahiran Perak.
Ternyata itulah nama aku yang sebetulnya,bukan Emora Valeria kerana itu sekadar nama komersial je dalam dunia maya.
Nilah aku.Salam kenal ^_^
--------------------
Lumrah kalau setiap manusia ada satu nickname supaya orang akan ingat kat kita.Ade nickname yang kreatif gila,ade yang simple gila dan ade jugak yang unik gila.Tapi ade gak yang guna nama betul,tapi diputar sedikit supaya nampak lagi menarik.Kan?
Nickname ni bagi aku sangat berpengaruh lagi2 dalam dunia blogging dan juga dalam dunia laman web sosial seperti Facebook dan Myspace.
Tak percaya?Aku kasi satu contoh la,khusus untuk bloggers.


Zukhairi Md Rahim.Familiar tak dengar nama ni?Ni nama penuh beliau,terima kasih kat cik awek beliau sebab kasi tau ^_^
Ok kalau aku sebut ZackZukhairi,agak2 korang kenal tak?
'Eh komfem kenal!Blogger yang buat entri best2 tuh,yang suka Lisa Surihani,muke macam Fahrin Ahmad kan?Kan2?'
Ok itu contoh ye.
Nampak tak kat situ,dengan nickname tambahan Zack di depan nama betul beliau,orang boleh ingat yang beliau seorang blogger.
So bagi aku,nickname itu ternyata sangat penting.
Kawan aku nak tau sangat maksud nama betul aku.
Ramai dah tanya kat aku mana dapat nama Emora Valeria ni,sebab bunyi sebutan dah macam mat saleh tapi muka melayu.Ape kes?
Ha biarlah aku bagi sejarah silam mane aku dapat nama ni k?
Bermula dari masa aku kat matrik Perak,tahun 2008.Masa tuh aku kat dalam bilik.Waktu tu aku rasa hari Sabtu sebab aku ingat lagi aku tengah rileks gila baring atas katil.Serius tengah bosan tahap hyper mase tuh.Nak pandang ke luar,mamat2 hensem tak lalu pun kat kawasan hostel perempuan.
'Haih giler bosan..Nak online pun takde wifi.'
Bila bosan,otak aku ni dah start berfikir.Aku berpaling kat dinding,mata tertumpu je kat kertas yang aku tampal,tertulis nama aku.
'Syaheera...Kalau potong Syahee..Jadi Ra.Eh nak buat satu nickname baru ah.'
So aku mulalah susun nama aku jadi pendek ke panjang,bergabung,tak bergabung.Macam2 nama aku kasi sambung.Nak dipendekkan cerita,aku dulu minat emo,walaupun aku takde pun rupa emo.Punyala poyo mase tuh.
'Kalau Emo..gabung ngan Ra..Emora.Hoh!Sedap disebut!'
So jadilah nama aku,Emora..Tapi masa tuh Valeria tak wujud lagi.Aku kasi tambah Juliet kat belakang nickname aku sebab nak kasi panjang sikit. ^_^
Ala2 nama mat saleh gitu kan..Hehe.


Dipendekkan lagi cerita,Valeria tuh wujud lepas aku clash dengan boyfie aku.
'Eh ade kena mengena ke ngan balak kau?'
Komfem ade.Dulu mase aku still bercintun dengan boyfie aku,akulah yang tolong reka nickname beliau untuk dikomersialkan kat Myspace.Aku letak Emobel Romeo,so orang boleh tau aku  awek beliau,ade sangkut paut ngan beliau,so jangan kacau.Tapi ade gak yang gatal2 pi kacau gak.Ceh!
Betapa bongeknya aku masa tuh. =='
So konklusinya bila dah menjadi status single kembali,aku decide untuk tukar terus nama belakang aku dari Juliet ke Valeria.Jahat tak aku? =='


'Mane dapat Valeria weh?Ade maksud tak?'
Aku sendiri pun taktau maksud dia.Tapi agak2 sedap nak sebut ngan Emora,aku letak je la.Eh leh lak camtuh. ^_^
So itu la sejarah nickname aku dibentuk.Dah terjawab dah jawapan korang?Kalau dah terjawab ,takpe.
------------------------
Aku kadang2 nak tergelak.Ramai yang ingat nama aku Emora Valeria.Dalam facebook la ramai yang tanye.Sampaikan ade yang sembang dengan aku dalam bahasa inggeris pada mulanya gara2 nama aku yang seakan2 nama budak dari luar negara.Ada yang sampai tanya kat aku,aku ni Muslim ke,duduk mana..Padahal aku duk kat Perak ja dan ternyata aku muslim..Even budak cina kelas aku semua pakat panggil aku Emora sebelum diorang tau nama betul aku.Kadang2 sedih gak nama betul aku diorang taktau. =='
Kalau terjumpa ngan budak2 U kat kampus yang kenal aku melalui facebook,mesti diorang sebut Emora,bukan Syaheera.Sebab nama ni yang aku duk ketengahkan kat facebook. ^_^
So pada para Facebooker dan juga Blogger maupun Myspacer,ingin aku khabarkan di sini bahwa nama sebetul aku bukan Emora Valeria k ? ^_^ Aku mintak maaf kalau nama aku ni buatkan korang tertanya2 dan konfius seketika. ^_^

P/s : Kalau sebut nama Emora Valeria,korang ingat apa?

11 comments:

RastaMat said...

Aku nak panggil ko Syaheer..
ok tak??
hahaha...

Rara said...

Ala Mat,name tuh member aku dah panggil mase sekolah.haha

lilema_ said...

at last, terlerai suda teka teki.ahakz

RastaMat said...

Adesss..
Aku nak panggil ko NurSy (nur-syi)..
Baru macam arab sket..
Pasni tok2 arab sume ngorat ko dalam bahasa arab..
hahaha...

Rara said...

ema,bagus2 bila dah terlerai.hehe..penat nak jawab soalan yang same.huhu
Mat,sedap gak uh.T kut2 aku dah bosan name ni,aku kasi tukaq.hehe

SweetyMui2 said...

ntah nape kalau tgk je emora valeria aku ingt citer2 sepanyol kol 3.30 tv3 dulu2..haha

Rara said...

Haha..agak2 name ni name spain kut.hehe

Anonymous said...

ni salasilah kuarga ke hape agagagagaga..di terangkan dgn detail bagai haha

Rara said...

Kid,kena terang.sebab t takyah diorang duk tanya g.hehe

Tengku Mann said...

bagus2...kadang2 nama sebenar kita pun org tak tau...padahal nama sebenar kita lagi sedap didengar & mempunyai maksud yg b'makna....^_^

Rara said...

Mann,betul tu ^_^