23 June 2010

Kisah Cinta Aku Bermula...

Rude Awakening : Malaysia panas!Kasi sejuk sikit dengan aircond ^_^
Salam semua..
Setelah seminggu aku melayan sedara aku yang datang jauh dari Sarawak dengan belon,akhirnya mereka pulang.Dah rasa kekosongan la pulak.Takde bunyi anak sedara aku yang baru umur setahun menangis nak botol susu.Takde dah bunyi perbualan loghat Sarawak mereka dengan abah aku.Tunggu kepulangan kami pulak ke Sarawak,baru aku dapat dengar balik suara mereka.Terima kasih sebab bertandang. =)
-----------------------
AGENDA UTAMA
Kisah Cinta Aku Bermula..

Cinta..
Oh aku bukan nak berjiwang atau bermadah kata
Sekadar nak mengingati kembali peristiwa cinta lama
Kalau nak baca,silakan setia bersama



Kisah cinta pertama aku bermula seawal umur 12 tahun
Teringat pertama kali kawan baik aku berkata
Si Z suka pada kau,kau tak percaya?
Aku geleng kepala,tersenyum sepanjang masa
Sebab tak percaya ada yang mula tersuka 
Last2 aku terima sebab aku suka 
Ala biasala cinta monyet pertama,sape yang taknak cuba
Jangan nak kata,lepas isytihar si aweknya
Tetiap hari aku rasa dapat panggilan darinya
Tapi bukan pakai handphone,hanya public phone ke nombor rumah saja
Aku teringat lagi
Kau nak berjumpa masa rehat
Aku segan gila tak teringat kata,takut pun ada
Makan pun tak jamah,air pun tak minum
Sanggup berlapar masa tu
Tapi sebab keseganan aku yang terlampau2
Aku tak jadi nak jumpa
Sebab aku pengsan,perut kosong gila =.=' Maafkan aku ya 
Tapi lepas habisnya tahun 6
Aku dan dia dah jauh..Lama2 hilang tanpa khabar berita
2 tahun lamanya aku menunggu..last2 putus begitu saja
Sekarang si dia sudah punyai kekasih baru,aku doakan kau dan dia bahagia selalu

Kisah cinta kedua aku bermula bila masuknya tingkatan 3
Si D datang,mencuba meluahkan perasaan yang sudah dipendam sejak tingkatan satu katanya
Aku terdiam,tatkala aku takde secebis sayang langsung padanya
Tapi aku terima bukan kerana cinta tapi kerana simpati dengannya
Selama aku bersama,lama2 aku jatuh cinta juga
Aku tau si dia tak sehebat mana,tak sehensem mana
Tapi kasih sayang darinya buatkan aku tertaut padanya
Aku ingat lagi jam tangan pemberiannya
Untuk hari jadiku yang ke 15
Tapi semua tu kenangan lalu
Sedar tak sedar,dia mula menipuku
Telinga aku hanya mendengar khabar kau mula mencari kembali kekasih lama
Sampai tak tertahan,aku mintak dilepaskan
Tamat sudah cinta 3 bulan aku bersamanya
Sampai sekarang aku dah tak dengar khabar berita darinya

Kisah cinta ketiga aku bermula sejurus selepas beberapa bulan aku hidup single
Teringat lagi,kawan2 aku selalu menyebut nama si A
Aku teringin nak melihat dan berjumpa
Dan doa aku termakbul juga 
Masa tu ada majlis open house di rumah kawan
5 minit aku dan dia bertentangan mata
Senyum memanjang tak terkira
Ingatkan terhenti kat situ saja
Malam tuh jugak mendapat panggilan dari si dia
Dan esoknya juga aku sudah menjadi kekasih hatinya
Apa orang kata,love at a first sight eh?
Itulah yang aku rasa pabila dengannya ^_^
Walaupun si dia di KL,aku di Perak
Tapi aku dapat rasakan beliau selalu ada bersama
Tapi sayangnya bila cinta jarak jauh,hati aku mula tertaut pada orang lain
Bila dia dapat tau,dia mintak putus lepas 10 bulan kami bersama
Tapi sebulan lepas tu,aku dan dia rujuk kembali,menyambung cinta antara aku dan dia
4 bulan lepas tu,aku mintak putus kerana orang ketiga
Jodoh mungkin tak kesampaian,aku terima
Sekarang si dia juga dah berpunya,aku doakan juga kau bahagia

Kisah cinta keempat aku bermula bila aku sudah menjangkau 16
Cinta dengan si S,senior sekolah aku masa tu
Badan sama kecik je dengan aku
Kawan aku kata sepadan,aku tersenyum
Dia cuba nak ikatkan aku sebagai tunangnya yang satu
Aku menolak kerana umur masih muda ketika itu
Lama2..cinta aku dan dia tak seindah dulu
Masalah demi masalah mula muncul dari segala sudut
Kadang2 aku rasakan si dia membebankan aku
3 bulan lepas tu,aku mintak putus sebab aku pun taktau
Dan khabar berita darinya juga sampai sekarang aku taktau

Kisah cinta kelima dan terakhir bagiku muncul setahun lepas tu
Tak tersangka kawan baik sejak tingkatan dua sudah lama menaruh harapan
Aku terima si N kerana aku sayang
Sebab dia,aku mula kuat dan tak mudah dipijak
Dia banyak mengajar aku erti kehidupan
Dan banyak bersabar dengan kerenah aku yang dah tersedia sengal
Kenangan manis yang aku teringat sampai sekarang
Malam hari graduasi dia berikan aku cincin Mickey Mouse sebagai tanda sayang
Tapi kenangan hanya kenangan
Selepas setahun 11 bulan aku harungi dugaan bersamanya,aku mintak putus juga
Bukan saje2 tapi ibuku tak berkenan
Ditambah pula dengan tekanan asyik bertikam lidah saja lepas aku sambung belajar di Melaka
Aku tau dia tak sanggup,tapi aku terpaksa
Sekarang aku tengok status di FBnya sudah berpunya
Aku taktau betul ke tak,tapi aku doakan dia bahagia juga di samping sesiapa

Kisah cinta keenam aku?
Entahla,aku pun taktau
Sudah nak mencecah setahun aku hidup tanpa cinta
Ye aku tau ada kawan2 aku yang tak percaya
Tapi nak buat macamana,dah takde yang berkenan
Aku admit aku juga kadang2 sunyi
Kadang2 cemburu dengan pasangan yang sedang hangat bercinta
Hurm..biarkan saja.Nanti lama2 akan ada juga
Yang pasti cinta keenam aku,aku nak kekal sampai ke jinjang pelamin
Sekarang biarlah aku fokus ke pelajaran aku
Jadi budak solo pun ok pe.Saham naik.Haha!

Oke abaikan statement last itu ye.

Ah panjang sangatla pulak kisah cinta aku yang sengal terlampau
So sampai disini sajalah kisah cinta aku 
Nanti kisah cinta keenam menyusul,aku cerita lain entri ^_^
Sekian..

P.S : Cinta kepada Allah juga yang paling suci. Tapi kita kadang2 tak pernah nak hargainya

12 comments:

Tengku Mann said...

best baca citer ra ni...lucu ada, sengal pun ada...yg penting: (Jadi budak solo pun ok pe.Saham naik.Haha!)..saya beri 5 stars...^^

Rara said...

Haha.. ^_^ Yang tuh statement secara tibe2 tertaip.hehe

Lucid Ikemal said...

xble blah ade nma N. haha

Rara said...

Ikemal,ade nama N sebab ikut nama betulla..hehe..

Unknown said...

wow smpi 5 kisah...klu wat drama bersiri..mau cecah 5 season..wakaka..bestnya ada exp luv2 jiwang2 gitu..muahahaha...nice share..ah ha

Rara said...

Ichi Miro : Maseh bro ^_^ Tapi sengal2 belaka je ceritanye .hee

Neo_matrixzz said...

huiyoo..macam drama bersiri la..banyakknye kenangan..

Rara said...

maseh neo.agak2 ade ke nak wt jadi drama? =p

.o r k e d. said...

ta pe. pengalaman mngaja utk jd lbey matang. mcm2 org da ra jmpe, kn? so u know to manage ppl then. (:

Rara said...

orked,tq =)btw betul tuh.pengalamn sentiasa mengajar kite jadi lebih matang ^_^

cronixsoul said...

boleh buat telenovela nih...

Rara said...

hehe..boleh eh?