29 June 2010

Masuk FB je dapat duit?Kaya la kalau camtu.

Rude Awakening : Oh Brazil menang eh malam tadi?
Salam semua..
Ye ternyata aku peminat yang tak alert dengan jadual perlawanan.Baru Subuh tadi aku tau Brazil menang 3-0 dengan Chile.Hoh terbaik Brazil.Biar peminat yang tak terlalu tegar ini menyokong anda dari jauh sampai ke final. ^_^
Dah cukup pasal bola.Aku tak reti nak cerita pasal bola.
-------------------------
AGENDA UTAMA
Masuk je dapat duit?Senangnya.
Klik imej di atas untuk tumbesaran yang hebat ^_^
Tengah syok duk ber-FB,melayan member2 yang sekepala,sesengal aku..Hehe..Tetiba pop-out notification dari member sekolah dulu.
Tag gambar pe lak ni...Usya sikit.
Bukak2,nampak gambar di atas ni.
Alamak..Gambar ni lagi.Nanti kasi remove tag.
Masuk FB je dapat duit
Tajuk dah menarik.Kasi baca sikit.
Aku bacala komen2 dalam gambar tu.Ternyata benda ni menyenangkan orang2 di atas itu untuk mendapat duit dengan hanya masuk FB,online2 tanpa ada sebarang tekanan kerja macam orang lain.
Ada satu komen tu tulis,dalam 4 hari saje dah dapat RM1000.
Oh gile ah.Orang lain cukup sebulan baru boleh sentuh duit beribu camtu.
Aku bab2 bisnes dan duit ni aku cukup tak reti.Kalau nak diikutkan poket yang saban hari kering,nak je aku masuk dan join.Tapi hati cam tak terbuka lagi nak join benda2 ni.
Ada pernah sekali member aku sorang ni ajak masuk bisnes camni gak.
'Ang try la join bisnes ni.Senang je.Pi cari orang,cakap2,pastu nanti duit masuk.Makin ramai,makin banyak ah duit.'
'Erk,boleh ke camtu?'
'Boleh lah.Nak tak join?'
'Hee..Takpelah weh..Mak bapak aku marah kang.'
Camtu je aku jawab.Mak bapak aku mesti marah.Senang je. ^_^
Tapi sebenarnya aku tak paham pun sistem bisnes yang cam piramid pe jadah tu.
Sistem dia camni la kot.Nampak ada bentuk piramid ^_^
Aku mintak tolong member aku yang pernah masuk benda ni explain.Tapi still aku tak paham.Yela otak bukan otak bisnes,aku blur sikit bab nak paham benda2 cam di atas ni.
Teringat masa zaman aku ketagih Myspace,ada gak benda camni.Ape tah nama dia,Myspace Tunai kut.Cari orang melalui Myspace,pastu nanti dapat duit.Kira cam sistem piramid tuh la.Yang ketua dia atas sekali tu handle.Memang ramai gak ah,lagi2 budak sekolah yang join.Kalau masuk page diorang,penuh iklan pasal join2 bisnes ni.Bukan tu je,kalau hantar komen kat aku je,mesti bagi link suruh join.Macam kena paksa je.
Last2,aku pun tertekan dan takde mood langsung nak Myspacewalk masa tu .=='

Elaborate panjang mane pun pasal ni,bukan aku tau sangat pun.
Kalau korang expert benda ni,cuba explain kat aku.Kut2 la aku boleh paham ^_^
Agak2 kalau aku join benda ni,mau dapat beribu2.Dah selalu sangat on FB.

P/s : Dari dulu sampai sekarang teringin nak tau,duit hasil dari bisnes di atas ni halal ke..Aku nak tau je.

22 comments:

Miss Izah Mohamed said...

MACAM-MACAM LA SKRG NI.. NK CPT KAYA

Lucid Ikemal said...

cmne nak remove tagged pic?

Rara said...

Izah,tau xpe.Ikemal,kasi klik la remove tag. ^_^

cronixsoul said...

sape yg ckp senang tu? tanye dye duit tu dye dah boleh beli kete ape? BMW? Dah melancong mane dah?

MLM versi alam maya~ cari orang tipu orang~

Rara said...

erk..bawak bertenang saudara.hehe..aku tak tertanye benda tuh weh.

lilema_ said...

besow la tuu..ak pown salu kena gak..kdg2 dpt dr msg gak.mls nk layan

Rara said...

huhu..ema,aku pun.tapi member aku suke tag benda tu.tak berputus asa betul

Thoha said...

salam.macam2 yang orang buat sekarang ni nak cepat kaya..kalo tak silap hukum login fb dapat 100 ni haram..tak tahu benda betul ke tak..

Rara said...

thoha,betul tuh.oh yeke.k2.terima kasih atas pendapat anda.^_^

SweetyMui2 said...

kdg2 annoying tgk bnda ni..dorang siap send msg lagi.ntah btul ke x..hishh

syaril said...

selagi mampu cari duit hasil titik peluh sendiri,takyah lah join benda2 ni.dah sah2 duit yg kita dpt hasil titik peluh kita halal kan :)

Rara said...

syaril,betul tu.sebab tuh takmau join. =)
Mui2,sangat annoying gitu..sebab aku tengok yang join ni takde pun sampai tahap dapat beli rumah

Tengku Mann said...

chek pun tak tau nak komen apa...sbb sume dah terangkan kat atas tu...^_^

Rara said...

Mann,dah terangkan eh?hehe.Ok2.hehe

esyam said...

agak2 mark zuckerberg pengasas FB senang2 ka nak bg duit walaupn nilai kekayaan dia 13.6 bilion,hr2 bg duit free dia pn leh miskin ekekek....

Rara said...

esyam,betul gak an.hehe..

Asfan Ash said...

personally, HARAM<
ade unsur gharar

Rara said...

Arc,thanx for the info ^_^

Asfan Ash said...

tu org katela...tp aku rase mmg de unsur gharar pon...lgipon xmenepati syarat sah perniagaan

Neo_matrixzz said...

huhu..xminat bende2 camni..nak tarik2 org pastu paksa2..xmau ar

Rara said...

arc,ok bro.terima kasih..terjawab skit da persoalan aku.
Neo,same ah.tak minat juga.

RastaMat said...

Sumenye dalam jangkaan..
Aku dah agak mesti akan ada hamba2 duit akan buat macam ni..
Islam mengHARAMkan SISTEM PIRAMID.
Sebab??
Ko yang keje macam nak mampos,tapi bos ko yang kaye nak mampos..
Abes ko??
Sampai ke mampos x kaye2..
sape setuju??
Tapi di Malaysia, ramai yang berbalah sebab kebanyakan organisasi yang mengamalkan konsep macam ni melenting dengan hukum ni..jadi, sebab itulah wujudnya istilah overtime.
keje lebih mase dan ada habuan..
Jadi,kalau kite tgk pada sistem yang ditunjukkan di atas,aku berpendapat ia adalah SISTEM PIRAMID yang melampau..
Sila dapatkan kepastian daripada ustaz @ ustazah yang lebih paham..
aku paham dari ape yg aku blajar dulu..
tak taula klu diorang dah tukar silibus..